eGroups My Groups | ADIL-Net Main Page | Start a new group!


 
----- Original Message -----
From: Aris Adnan
Sent: Sunday, September 10, 2000 11:05 PM
Subject: Kenyataan Media Jemputan Mengiringi Wira-wira Reformasi ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Pada 11 Septermber 2000

KENYATAAN MEDIA
JEMPUTAN MENGIRINGI WIRA-WIRA REFORMASI
KE MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR PADA 11 SEPTEMBER 2000

____________

Sempena menyambut Bulan Reformasi 2000 dan bagi menunjukkan sokongan kepada pejuang-pejuang reformasi, warga Kuala Lumpur dan Lembah Klang dijemput hadir ke Mahkamah Sesyen 1B esok, Isnin, 11 Sept 2000, pukul 8:45 pagi hingga pukul 9:00 pagi.

Tujuan perhimpunan adalah untuk mengiringi wira-wira reformasi yang akan dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa mengambil bahagian dan menganjur perhimpunan di Masjid Negara pada 19 September tahun lalu.

Kira-kira 30 orang ditahan tahun lalu kerana membantah sikap cuai kerajaan di atas dakwaan keracunan arsenik Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa dalam penjara di Sungai Buloh.

Mereka yang akan didakwa esok termasuk tokoh-tokoh parti politik daripada keADILan, PAS dan PRM dan beberapa orang aktivis reformasi. Antara lain mereka terdiri daripada Tian Chua, Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Ng Lum Long, Azmin Ali, Goh Keat Peng, Gobalakrishnan, Dr. Hatta Ramli, Sanusi Osman, Sivarasa, Malek Husin dan Puspalingam.

Para penyokong diminta berhimpun secara aman, berjabat tangan dan menyampaikan ucapan selamat berjuang kepada wira-wira tersebut dan terus bersurai dan beredar dari mahkamah sebaik sahaja mereka masuk ke dalam mahkamah.

Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru agar pihak polis memberi kerjasama kepada para penyokong yang akan mengiringi wira-wira mereka kerana mahu menunjukkan semangat setiakawan dan sikap solidariti mereka.

Hj. Saari Hj. Sungib
Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,
Parti KeADILan Nasional
10 September 2000

 


------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/

Kirim email ke