*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum

It seems this chain letter has gone too far. below is an  explanation
and  counter reaction from Shaikh Yusuf al-Qardawi on this issue.
I hope we can get some iktibar from it.

Wassalam.

Dengan Nama ALlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
-------------------------------------------------------------------



Penjelasan Oleh
Shaikh Yusuf al-Qaradawi
Berkenaan Dengan Isu Surat Berantai
-------------------------------------------------------------------
Saya rasa perlu menjelaskan perkara ini kepada sdr/i semua. Berikut
adalah soalan dan jawapan berkenaan "wasiat Sheikh Ahmad" yang
berlegar di ruang  E-mail baru-baru ini. Apakah menurut Islam perkara
seumpama ini boleh atau  tidak? Saya ringkaskan jawapan daripada
Shaikh Dr Yusuf al-Qaradawi, seorang ulama' terkenal apabila ditanya
berkenaan perkara seumpama ini. Ringkasnya, beliau menjawab,
"Perkara ini adalah khurafat" dan tidak boleh dilakukan oleh seorang
muslim.

Di bawah diberikan huraian perinci mengenai isu ini.


----------------------------------------------------------------------

Soalan:

Saya telah terbaca satu surat (wasiat) dan amat terkejut dgn isi
kandungannya. Ia dikatakan sebagai satu wasiat daripada Sheikh Ahmad
(pemegang anak kunci makam RasuluLlah s.a.w.) kepada semua umat di
seluruh dunia. Di akhir wasiat itu beliau berkata: "Di Bombay terdapat
seorang yang telah menyalin wasiat itu sebanyak 30 salinan dan dia telah
dikurniakan Allah rezeki sebanyak 25000 rupiah. Seorang lagi menyebarkan
wasiat itu diberikan rezeki 6000 rupiah oleh ALlah. Terdapat seorang yang
mendustakan wasiat ini, maka dia telah kematian anaknya pada hari itu juga.
" Dia berkata bahawa sesiapa yang menerima wasiat ini dan tidak
menyebarkannya akan ditimpa musibah yang besar. Apakah pandangan
tuan terhadap wasiat ini? Adakah ia benar atau dusta?

------------------------------------------------------------------------

Jawapan Shaikh Dr Yusuf al-Qaradawi:

Ramai orang tertanya-tanya tentang wasiat ini. Sebenarnya ia bukanlah
perkara baru. Saya telah melihatnya semenjak puluhan tahun dahulu.
Wasiat ini dikaitkan dengan seorang lelaki bernama Sheikh Ahmad,
pemegang kunci makam RasuluLlah s.a.w. Jika kita bertanya kepada
penduduk Madinah atau Hijaz tentang Sheikh Ahmad ini dan tugasnya,
kita tidak akan dapat mengesannya atau mendengar khabar berita
mengenainya. Ianya tidak pernah dikenali dan tidak pernah dilihat oleh
penduduk Madinah. Tetapi terdapat orang yang menyebarkan apa yang
dikatakan sebagai wasiat ke negara-negara Islam.

Wasiat itu tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi agama. Persoalan yang
dikemukakan dalam surat itu tidaklah berhajat kepada wasiat Sheikh
Ahmad atau Sheikh Omar. Sesungguhnya al-Qur`an dengan jelas telah
menyatakan sebahagian daripada itu. Kita sudah ada Al-Qur`an dan Sunnah,
kedua-duanya  sudah lebih daripada mencukupi. ALlah berfirman dalam
surah Al-Ma`idah:

"Hari ini Aku sempurnakan bagimu agamamu (Islam) dan Aku sempurnakan ke
atasmu nikmat-Ku serta Aku ridha Islam sebagai agamamu"

Sesiapa yang menyangka bahawa agama Islam, setelah disempurnakan dan
dilengkapkan oleh Allah, masih lagi berhajat kepada wasiat orang yang
tidak diketahui asal-usulnya, sesungguhnya telah timbul keraguan dan syak di
hatinya akan kesempurnaan dan kesyumulan Islam itu.

Terdapat tanda-tanda pembohongan dan kejahatan pada wasiat tersebut.
Orang yang melakukannya telah mengancam serta menakut-nakutkan orang
ramai, iaitu sekiranya wasiat itu tidak disebarkan, mereka akan ditimpa
musibah, kematian anak-anak atau kehilangan harta benda. Inilah yang
tidak pernah diucapkan oleh manusia bahkan tidak ada dalam kitab ALlah
dan sunah Rasul-Nya.

Manusia tidak pernah menerima perintah seperti "sesiapa yang membaca
Al-Quran hendaklah disalin 25 salinan dan menyebarkannya. Jika tidak
melakukan demikian, dia akan ditimpa musibah". Maka bagaimana pula
dengan wasiat yang khurafat ini? Perkara ini tentulah tidak dapat diterima
oleh akal muslim yang memahami Islam dengan kefahaman yang sebenar.

Wasiat tersebut menyatakan bahawa si-fulan dari negeri tertentu yang
menyebarkan wasiat itu telah memperolehi puluhan ribu rupiah. Ini adalah
usaha untuk menyeleweng dan menyesatkan orang-orang Islam dari jalan
yang sebenar. Juga menyelewengkan umat dari sunnah alam dan konsep
sebab dan musabab yang telah dijadikan ALlah sebagai undang-undang
alam ini.

Memperolehi rezeki ada cara-caranya. Berpegang kepada perkara-perkara
khurafat seumpama ini menyelewengkan pemikiran umat Islam. Kita bimbang
kalau-kalau umat Islam mempercayai khurafat ini dan menyangka bahawa
sesiapa yang menyebarkannya akan mendapat syafa'at khusus daripada
RasuluLlah s.a.w. Sesungguhnya syafa'at RasuluLlah adalah untuk
orang-orang yang tidak melakukan dosa-dosa besar di kalangan
umat-umatnya sebagaimana sabda baginda dalam sebuah hadis:

"Orang yang paling merasa bahagia dengan syafaatku di hari kiamat adalah
orang yang mengatakan "tiada tuhan yang lain daripada ALlah" dengan
penuh  keikhlasan hatinya."

Kita memohon kepada ALlah memberikan kefahaman yang benar tentang
urusan agama, menunjukkan jalan yang lurus serta dijauhkan daripada
mempercayai khurafat, rekaan-rekaan dan kebatilan.

Wassalam


------------------------------------------------------------------------

Di sini juga disertakan komen tambahan terhadap isu surat berantai yang
dinyatakan di atas oleh Sdr. Ainollutfi Abdul Latif dan Sdr. Omar Yaacob
yang telah disiarkan didalam MSM-NET.


-------------------------------------------------------------------------


Dengan Nama ALlah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sedikit Penjelasan Mengenai
Isu Surat Berantai


------------------------------------------------------------------------


Baru-baru ni saya terima satu surat berantai yang cuba hendak disebarkan
ke dalam MSM-Net (tetapi tidak berjaya). Mungkin sdr semua tahu
mengenai surat tersebut, yang bermula menceritakan tentang betapa seorang
yang dikatakan "Syeikh Ahmad (Madinah)" bermimpi di depan Ka'abah,
dan yang mengancam bala kiranya ia tidak disalin semula dan disebarkan lagi.

Hairannya, surat seumpama ini saya mula temui sejak saya masih di bangku
sekolah lagi (dalam dua puluh tahun lampau...), dan masih juga diedarkan
oleh umat Islam yang mempercayainya. Kita tidak tahu asal usulnya,
tetapi semasa kecil dahulu saya tahu memang ada juga surat berantai yang
serupa, tapi dari perspektif satu ugama yang lain.

Kalau tak salah saya isu surat berantai ini pernah dibincangkan dalam
MSM-Net suatu masa dahulu. Memandangkan kemunculannya semula kali ini,
saya  rasa elok kita tekankan kembali kesesatan yang dibawanya, dan kita
saling ingat memperingati betapa ia dapat menggugat aqidah seorang Muslim.
Sesiapa  yang menerimanya tidak sepatutnya menyebarluaskan lagi kepada
orang-orang  lain, malah hendaklah memusnahkannya dan menasihatkan kembali
orang yang menghantarnya kiranya diketahui.

Ia nyata telah diada-adakan oleh seseorang yang sengaja mahu merosakkan
pegangan seorang Muslim. Daripada awalnya ia menyebut tentang "Syeikh
Ahmad (Madinah)" yang tidak dikenali siapa dia (sesiapa sahaja boleh mengaku
atau menulis sedemikian), dan tidak ada sumber yang jelas yang boleh
dipercayai untuk mengesahkannya.

Kemudiannya ia menyebut nasib beberapa orang yang menurut arahannya
(yakni menyebarkan surat tersebut) dan yang tidak. Secara logiknya siapa
pula
yang  tahu apa yang terjadi kepada seseorang yang mengambil sesuatu
tindakan..kerana surat tersebut telahpun dihantarkan... Contohnya, tentunya
saudara tidak menyebut apa yang berlaku kepada saudara setelah menghantar
mel
tersebut dalam mel ini, kerana tentunya mel itu dihantar sebelum apa-apa
yang didakwakan berlaku akan berlaku! Menyebut pula nama beberapa orang
kenamaan itu nyata satu pemalsuan yang terang.

Yang terlebih genting, surat ini menyatakan bahawa nasib seseorang itu
bergantung kepada sama ada dia menghantar mel tersebut atau tidak. Ini
jelas mencanggahi aqidah seseorang Muslim. Cuma ALlahlah yang menentukan
sesuatu... dan kiranya kita meyakini sesuatu yang lain dapat menentukan
nasib kita, sama ada untung atau celaka, ianya boleh merosakkan iman
kita.

Tidak ada kecelakaan yang disabitkan dengan sesuatu perkara seperti
dengan burung malam, atau lalu bawah tangga, atau nombor 13, atau
seperti kes ini, menghantar atau tidaknya surat ini.

Juga di dalam Islam, mimpi dan seumpamanya tidak boleh dijadikan
sandaran kepada amal seseorang Islam. Sumber sandaran hukum
hanyalah Al-Qur`an dan  Sunnah dan yang bercanggahan dengan
keduanya hendaklah ditolak. Insya ALlah segala apa yang perlu
dilakukan oleh orang Islam telahpun jelas...
begitu banyak perkara-perkara wajib dan sunnat yang kita kena
atau boleh buat yang mempunyai sandaran dan dalilnya, tanpa kita
perlu mengada- adakan sesuatu kepalsuan yang baru pula.

Insya ALlah sama-samalah kita benteras gejala seperti ini. Sekiranya
surat ini datang kembali janganlah takut untuk mengenepikannya dan yakinlah
dengan ketetapan ALlah sendiri. Dengan yang demikian kita tidak akan
menyumbang untuk merosakkan aqidah ummat ini, sebaliknya kita akan lebih
membersihkan amal kita.

Wassalam.


------------------------------------------------------------------------


By: Omar Yaacob

Part I

I am very surprised to receive this letter. Considering that it had been
around since the time when I was in secondary school in the 70's (and
probably even before then), the staying power of the letter is strong. I
believe that this staying power is due to lack of knowledge among us to
identify that although some parts of the letter contains truth, many
parts  are doubtful and without basis; especially the last part which
promises so much only by copying the letter to others. In fact in the
letters that I used to receive before, there was another portion which
tells of hardship and calamities which befell on those who had ignored
the letter..(thankfully this has been removed from the current version).
If we know some basics about our Islam, then we would not have
been circulating it and thus making it alive.

Part II

It seems that the wasiat has now reached other parts of the world as
well and yesterday someone resent it to the net. So to clear the air, here
is
a continuation of my earlier mail on this matter.

Regarding this so called wasiat of this one Sheikh Ahmad, IMHO the main
problem is not the message itself but the postscript. Small it may seems
but it is connected to aqidah. What I meant by postscript is that
portion which says you must copy the mail 20 times. If you do that, you will
get
some kind of reward. If you don't, some kind of calamity awaits you.
This is the crux of the problem. I used to receive a similar kind of letter
when I was in the secondary school. In it, examples were given of the wordly
reward of those who had make the stipulated copies and some calamities
that had befallen those who supposedly ignored to copy the letter.

Among the things which are fundamental to our faith are:
nothing befalls us except by the decree, poer and permission of Allah.
any 'heavenly' reward or punishment will not happen because we have
ignored any order to do something which in the first place has no basis in
religion ( like copying and distributing some messages) from a human
being (other than the Prophets of Allah).

No one has the right to promise any 'heavenly' reward or punishment in
this world or in the hereafter for the doing of any action unless he has a
firm backing from the Quran and the Rasul through Hadis sahih.
If someone promises such and has no backing.. then he is commiting a LIE
in the name of Allah... because only Allah can promise and only Allah can
fulfill such promises.

Now if someone.. be he sheikh or wali says that if you don't do
something (like copying and distributing a piece of paper or email message)
you
will get great calamity from Allah, we cannot take his words for granted.
Similarly if he says that if you do what he said you will gain great
reward, we cannot take his word for granted. So this is the essential
problem. Some Muslims, out of lack of knowledge, thought that here is
some promise of reward.. so let us do it. Or here is some promise of
punishment, let us avoid it... whereas the promise of reward and punishment
are
themselves FALSE and a LIE said in the name of Allah.

Punishment and reward comes from Allah and has been enumerated in
details in various verses of the Quran and the Hadis. It is those amal which
Allah and His Messenger has promised reward.. those amal are the ones we
have
to concentrate upon and those amal which Allah and His rasul had warned of
punishment.. those are the ones we should avoid. Why busy ourselves
distributing and copying (previously we have to photocopy.. hence cost
money as well) this so-called wasiat.

Well.. someone said.. the message it self is good.. i.e. asking people
to make taubat.. so let's distribute. As I said earlier... some portion of
the message may be good. But what ever good or truth in there is not
something  new. We have enough of verses from the Quran and Hadis Sahih
to remind the Ummah about taubat, istighfar and the coming of the Hour. Why
not
distribute those rather than these sayings of someone whom we don't even
know. Again if you want to distribute, is it because you are obeying the
Postscript as I have discussed above or because of some good it may
contain? If because of the postscript.. then you may be in deep water!
Even if you distribute only because of some good in the message, you may be
distributing something which is wrong. Why take the trouble to
distribute something which may contain a mixture of truth and falsehood?

Someone else say.. he met the prophet (saw) and the prophet asked him to
say so..
Now even dreaming of meeting the prophet is a gray area. There is a
hadis saying if you dreamt of meeting the prophet then it is really him for
syaitan cannot take the form of the Prophet. Some ulama (prof harun din
included) says that the hadis is applicable to the sahabat...i.e. if
they dreamt that they see the prophet in their dream, then they can
recognise
that the person is a Prophet and it must be true. But for people of
later generation.. when they meet someone in their dream who claim to be the
Prophet, how could we tell that the one in the dream really resemble the
prophet or not. So be careful when someone say he dreamt of meeting the
Prophet.. shaitan could come in the shape of Abu Jahal and still claim
that he is a prophet.

Another important point is that.. even if someone claims that he dreamt
of  meeting the Prophet and even if he truly met the prophet, whatever the
 Prophet says is for himself and will not add new things to the deen. If
some says that the prophet has asked me to say this and this zikr.. or
write something.. or do something.. he has no right to say to anounce to
the people... "O people.. the prophet came to me and asked me and you to
do  this...". Why? Because although "sayings of the Prophets" i.e. Hadis
is one primary source of legislation, what is defined as sayings of the
Prophet that can be depended upon has clearly been defined. In the
Science of Hadith (Ulumul hadith) there is no such hadis as someone can
dream or
imagine that the prophet came to him and suddenly we have a new hadis ..
may be another collection besides what we have of the Sihah Sittah and
 'hey presto!' the shari'ah is updated!.

Allah knows best.




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Akram Mohamad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke