*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Lanjutan daripada catatan saya mengenai fatwa Qardawi bersabit 'Masjid dan 
Politik' tempohari, saya merasa perlu untuk kita sama-sama mengetahui 
rahsia-rahsia mengenai pertalian di antara Islam dan Politik. Lebih tepat di 
antara hadis-hadis Nabi sallallahu'alaihiwasallam dan politik. Ini ialah 
kerana ada setengah dari kita umat Islam yang terpengaruh dengan pihak barat 
seiring berpendapat bahawa politik itu kotor. Sedangkan, menurut Islam tidak 
begitu.

Justeru, insyaAllah, dari semasa ke semasa saya akan catatkan hadis-hadis 
yang membicarakan persoalan pemerintahan dan politik. Semoga pandangan kita 
kepada politik akan lebih menepati kehendak Islam. InsyaAllah.

Sebagai permulaan, saya catatkan hadis pertama petikan dari buku 'Shahih 
Muslim' (Jilid iv)Bab 'Pemerintahan' Terbitan Klang Book,Klang,cetakan ke-5:

............
Hadis 1790 (Khalifah Dipilih, Tidak Ditunjuk):

Maksud: Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya Aku hadir ketika bapaku (Umar bin 
Khaththab) kena musibah ditikam orang. Para sahabat beliau yang hadir ketika 
itu memujinya. Kata mereka, "Semoga Allah membalasi anda dengan balasan yang 
baik." Jawab Umar, "Aku penuh harap dan merasa cemas." Kata mereka, 
"Tunjuklah pengganti anda (untuk menjadi khalifah)!" Jawab Umar, "Apakah aku 
harus memikul urusan pemerintahan waktu hidup dan mati? Aku ingin tugasku 
sudah selesai tidak kurang tidak lebih. Jika aku menunjukkan penggantiku, 
memang orang yang lebih baik daripadaku- yakni Abu Bakar Shiddiq- pernah 
menunjuk penggantinya. Tetapi jika aku membiarkan kamu memilih sendiri siapa 
khalifah, maka orang yanbg paling baik daripada ku- yakni Rasulullah 
sallallahu'alaihiwasallam, pernah membiarkan kamu memilih sendiri 
penggantinya menjadi khalifah." Kata Abdullah, "Dengan ucapannya itu tahulah 
aku bahwa beliau tidak akan menunjuk penggantinya untuk menjadi khalifah."

Semoga ada manafaat.

Wassalam.


Mati itu Pasti. Tegakkan Solat Sebelum Terlambat

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to