Title: RESIPI MEE KARI {RESEND} - Mengapa tak Keluar Minggu Lepas??

Assalamu'alaikum....

Minggu lepas, 8 September ada hantar resipi Mee Kari ni..... tapi nampaknya tak keluar pun.  Kesian kat saya.  Membebel sorang-sorang, tapi tak ada orang yg dapat baca. 

Hari tu "copy & paste" hantar kat Muslimat net pun tak dapat, kena tendang.  Katanya System Admin; "Your mail is undeliverable to:  [EMAIL PROTECTED]".  Bengang jugak.

Kita punyalah berkobar nak bagi netters boleh makan mee kari kita weekends hari tu, tapi tak pa lah, dah cc kat Mencelah ngan Mawar, kot-kot depa boleh tolong forwardkan kalau "tercicir" lagi.  Agaknya Hizbi net dah tak nak terima e-mail dari saya.....  waaaaaaa... sedihnya!

Salam,

AIN


-----Original Message-----
From: Nor'ain Eusoff
Sent: 08 September, 2000 3:12 PM
To: [EMAIL PROTECTED]
Cc: '[EMAIL PROTECTED]'
Subject: RESIPI MEE KARI DAN TIPS MASAKAN KHAS BUAT SEMUA.......
Importance: High


Assalamu'alaikum para netters yg dikasihi.....

Dah lama tak sembang.  Sibuk, sampai dah pening dah.  Tak mau sembang benda-benda lain, ni nak sembang pasal resipi Mee Kari dan beberapa tips masakan yg mudah.  Oleh kerana terlalu lama saya "pending" nak bagi resipi ni sebab terlalu sibuk, jadi hari ni nak publish jugaklah. 

Ramai kawan-kawan (Pn Pabiyen pun pernah mintak jugak), sampai nangis-nangis dia.... Tapi saya dok janji-janji, baru hari ni saya dapat menulis dengan tenang dan tenteram. Kesian Pn Pabiyen, tak dapat makan mee kari saya.  Tapi tak apa, Pn Sri Pabiyen tak ada, Puan Sri Mawar dengan Mencelah Sikit boleh tolong habiskan, kalau tak pun Hantu Raya boleh tolong habiskan.

Sebelum bagi resipi, saya nak bagi tips dulu.  Kalau nak buat mee kari yg sedap, rencah dia JANGAN GUNA DAGING, kalau boleh.   Kalau nak bubuh AYAM, JANGAN MASUKKAN AYAM TU SEKALI DALAM KUAH; goreng dulu ayam tu, cariik-carikkan dan bubuk sebagai bahan sampingan sahaja.  MEE KARI YG SEDAP RENCAHNYA IALAH KERANG, UDANG BASAH DAN UDANG KERING.

Bagi yg "allergic" dengan kerang, bolehlah guna UDANG.  Tapi, kalau nak lebih sedap, masukkan udang & kerang, sure "kow-kow" habis!

Santan kelapa - kalau nak dapatkan santan kelapa yg betul-betul pekat, blender kelapa parut dengan air secukupnya hingga betul-betul halus, hasilnya ialah santan itu bukan sahaja pekat, tapi quantitinya pun banyak.

Lagi satu tips.... kalau rencahnya ialah udang basah, BERSIHKAN KULIT UDANG ITU, KEMUDIAN BLENDER, tapis dan  ambil airnya.  Hampasnya buang! 

Kalau rencah kerang, JANGAN pulak blender kulitnya, nanti blender rosak, susah pulak suami kena beli blender baru!  Bila suami tanya, siapa ajar blender kulit kerang?  Ain lah.. siapa lagi!  Naya, naya!

Rempah kari yg sedap.... sorry to say, so far yg paling sedap ialah BABA's.  Tapi, seandainya ada netters yg ada better suggestion, please let me know.

OK, tak mau membebel lagi, semoga hujung minggu ni bolehlah netters lelaki print dan suruh isteri masak kat rumah.
SELAMAT MENCUBA!


@@@@@  RESEPI MEE KARI FROM AIN'S KITCHEN  @@@@@

(HIDANGAN MEE KARI INI IALAH UNTUK 6 - 8 ORANG)

Bahan Utama: (Untuk kuah kari nya) - Untuk ditumis
======================================

Satu senduk minyak masak
10 ulas bawang merah - ditumbuk halus
10 ulas bawang putih  - ditumbuk halus
2 bungkus kari BABA's - bancuh dengan sedikit air, jadikan pes
1 sudu besar cili blender
Daun kari (suka hati banyak mana, jangan penuh periuk sudah!)
3 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Sebiji kelapa, ambillah santannya dan perahan kedua (pls refer to my tips)
600 gm udang basah (kopek kulitnya dan bersihkan, KULIT tu diBLENDER, ambil airnya)
1 kilo kerang (kalau tak mau kerang, boleh ganti dengan udang kering)
3 biji kentang - potong kecil-kecil
Tauhu kering (yg bila dimasak, nampak terapung dalam kuah)
1 bungkus fish ball (potong kecil-kecil)
2 keping fish cake (potong kecil-kecil)
Garam secukup rasa
Serbuk Perasa (Ajinomoto)
½ kilo sawi

(PERHATIAN:  Saya sengaja masukkan sawi sekali dalam kuah, untuk jimatkan masa)

Bahan-bahan sayuran:
=================
1 bungkus Mee kuning (dicelur)
50 sen taugeh (dicelur)
3 biji telur (direbus dan dipotong 2 atau 4, ikut suka)
2 keping tauhu (digoreng, kemudian potong kecil-kecil)
Daun sup/daun bawang (dipotong halus-halus)
Cili merah (dimayang halus)
Bawang goreng
Daun pudina (untuk lebh "ummpph")

Bahan option:
Ayam goreng yg dicarik-carik.

Cara:
======

Tumis bawang merah & putih sehingga naik bau.  Masukkan pes kari, cili blender, daun kari, buah pelaga
dan bunga lawang.  Setelah semua bahan tadi ditumis hingga bau wangi, masukkan santan cair & kentang. 
Biarkan sekejap.  Kemudian masukkan juga udang basah, udang kering (jika ada), kerang, fish ball, fish cake,
air blender kulit udang dan biarkan dengan api yg sederhana.

Setelah kentang empuk,  masukkan garam, santan pekat, serbuk perasa dan tauhu kering serta sawi.  Kacau sehingga
mendidih.  Matikan api.

Sementara menunggu bahan-bahan untuk kuah masak; sambil tu bolehlah kita celur kan mee dan taugeh.
Telur pun mesti telah siap direbus.  Kalau ada ayam goreng, carikkan sebagai hiasan dengan bahan-bahan
lain.

Setelah semua bahan diatur dengan rapi, bolehlah mengadap hidangan tuan-tuan & puan-puan di samping
keluarga atau tetamu.

********************************************

TIPS SETERUSNYA:

1.      Mengapa saya masukkan sawi dalam kuah?  Sebab nak celur itu, celur ini - leceh!  So, untuk mengelakkan pembaziran

(sebab ada orang tak suka sawi banyak), jadi eloklah sawi dimasukkan dalam kuah supaya siapa nak, cedok aje
dari dalam kuah. senang, kan?

2.      Jangan masukkan garam terlalu awal jika kita nak empukkan sesuatu bahan yg perlu diempukkan dulu.
Kalau tidak, nanti bahan itu tak akan empuk sampai kuah mendidih.  Dalam resipi ni, jangan masukkan garam banyak-banyak sebelum kentang empuk, OK?

Semoga hujung minggu anda bertambah ceria dengan hidangan mee kari istimewa dibawakan khas dari:
AIN'S KITCHEN.

Wassalam

HAKCIPTA TERPELIHARA

Kirim email ke