Presiden Gamis hadapi enam tuduhan


KUALA LUMPUR, 12 Sept(Hrkh)- Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung
(Gamis) Mohd Huzairi Mohd Hussein menghadapi enam tuduhan daripada
Universiti Malaya berikutan perhimpunan mahasiswa bagi membantah Konsert
Vengaboys dan Bollywood pada 21 Julai lepas.
Dalam perhimpunan ini, kira-kira 1000 mahasiswa berkumpul di perkarangan
Masjid Ar-Rahman dan Jalan Pantai Baru bagi membantah konsert itu yang
disifatkan oleh mereka sebagai tidak bermoral dan boleh merosakkan akhlak
remaja negara ini.
Perhimpunan hampir sejam bermula jam 2 petang itu juga menunjukkan bantahan
mahasiswa terhadap dasar kerajaan yang membenarkan konsert-konsert seumpama
itu diadakan di negara ini.
Dalam kertas pertuduhan terhadap Huzairi, beliau didakwa menjalankan
perhimpunan itu yang merosakkan nama baik Universiti Malaya dan menyalahi
Kaedah 3(a)(i) Kaedah-Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib Pelajar-pelajar),
1999. Beliau yang masih menjadi mahasiswa ! di Akademi Pengajian Islam,
universiti itu, juga didakwa atas lima pertuduhan lain membabitkan Kaedah
3(a)(ii) dan 13 (1) iaitu menyertai perhimpunan haram yang memudaratkan
keselamatan awam dan merosakkan nama baik universiti.
Harakah difahamkan beliau akan menghadiri perbicaraan tatatertib esok di
Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya dan boleh digantung pengajian jika
beliau gagal hadir tanpa sebab yang memuaskan.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke