Royalti Petronas: Hadi puasa 7 hari


KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan
Kerajaan Pusat sebagai pihak "yang tidak lagi boleh dibuat kira bicara",
sekiranya kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan berhubung isu
royalti minyak terhadap Terengganu itu kenyataan sah Kerajaan Pusat.
"Implikasi buruk ialah meletakkan pimpinan Kerajaan Pusat bukan sahaja
sebagai bahan ketawa masyarakat antarabangsa, tetapi sebagai orang yang
tidak lagi boleh dibuat kira bicara. Sikapnya tidak boleh dipakai, janjinya
tidak boleh dipegang."
Demikian kata Abdul Hadi melalui kenyataan 6 September lalu, sebagai reaksi
terhadap cadangan Program Pembiayaan Wang Ehsan oleh Kementerian Kewangan.
Bagaimanapun, beliau menyatakan kurang pasti dengan kesahihan kenyataan yang
menggunakan letterhead Kementerian Kewangan itu. Biasanya dalam isu yang
besar begini, "ia dibuat sama ada oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana
Menteri," katanya.
Menyentuh per! janjian royalti Kerajaan Negeri dengan Petronas, Hadi berkata,
"kesan paling negatif ialah meletakkan pimpinan Kerajaan Pusat sebagai
pemimpin yang tidak lagi boleh dipercayai serta mencemarkan integriti dan
kewibawaannya."
"Kalau perjanjian yang sah dibuat di antara Petronas dan Kerajaan Negeri
boleh diketepikan, apa lagi yang boleh dipegang?" tanya beliau.
Sementara itu, The Star melaporkan Hadi berkata beliau akan berpuasa selama
tujuh hari dan bersembahyang Hajat, memohon pertolongan Allah supaya
memberikan keadilan kepada rakyat Terengganu.
Sementara itu, pensyarah kanan Jabatan Sains Politik UKM, Dr Agus Yusoff
berkata, langkah baru itu akan menyebabkan Sistem Persekutuan tidak lagi
harmonis dan memberikan kesan buruk kepada kestabilan politik negara.
"Saya takut ia akan menindas kerajaan negeri ekoran dendam politik yang
tebal yang akhirnya menikam balik Umno. Dalam budaya masyarakat tani seperti
di Terengganu, semakin ditek! an, rakyatnya semakin melawan," tegasnya.
"Ini kerana mereka sudah biasa menghadapi binatang buas di ladang, atau
berdepan ombak ganas di lautan. Akibatnya mereka akan terus menolak
Umno-BN," tambah Dr Agus lagi. Lebih dibimbangi, katanya, ia akan mewujudkan
kerajaan dalam kerajaan, yang sekali lagi menimbulkan persaingan politik
yang tidak sihat. Secara tidak langsung pilihan rakyat telah dinafikan.
Bagi Pemuda PAS Pusat pula, tindakan kerajaan BN itu seolah-olah
mengisytihar untuk berperang dengan rakyat Terengganu. Ketuanya, Mahfuz Omar
menyifatkannya sebagai tindakan yang sarat dengan motif politik.
"Mengapa royalti Petronas untuk Sarawak dan Sabah tidak pernah dipersoalkan?
Jelas sekali BN bimbang Terengganu akan menjadi negeri contoh yang mendorong
rakyat seluruh negara menolak BN dan memilih BA dalam pilihan raya akan
datang," tegasnya.
"Ia sama sekali tidak menguntungkan Umno, malah membuatkan bukan saja rakyat
Terengganu, ! tetapi memberikan imej di peringkat antarabangsa yang lebih
negatif kepada pemimpin Umno," kata Mahfuz.
Kezaliman BN, tambahnya, akan lebih menyerlah dan ia juga mendedahkan pekung
busuk pemimpinnya yang mengamalkan politik membalas dendam.
Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu berpendapat, langkah menyekat
royalti minyak itu bertujuan menyediakan projek kepada pemimpin Umno
Terengganu yang sudah tidak ada wang selepas tidak memegang sebarang jawatan
kerajaan.
(Berita ini adalah antara laporan muka depan akhbar GERAK, suntingan Ahmad
Lutfi Othman, yang akan berada dalam pasaran).
"DETIK DAN AL-WASILAH SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN
MEDIA"



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke