*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenapa nak kena jernihkanUmno? Umno tengah kotor ke?
Kata Pak Lah, Umno berjuang kerana Islam...??? 
How ironic? Tapi kenapa tak nak laksanakan undang Islam? Kenapa hina
hukum/undang-undang Islam???
Lagi kenapa kena mintak ahli-ahli Umno kembali kepada perjuangan asal parti?
Adakah kebanyakan ahli-ahli Umno dah tersasar dari perjuangan asal??? 
Atau adakah kebanyakan ahli-ahli nya bertelagah dan mengamalkan perjuangan
berdasarkan puak serta diri seperti yang Pak Lah nasihat dibawah???
Hmmm!!! Banyak juga hal-hal yang tersurat dan tersirat didalam Umno yang Pak
Lah telah sampaikan...

UMNO kenal pasti isu jernihkan kedudukan parti
BATU PAHAT 9 Sept. - UMNO telah mengenal pasti isu penting yang perlu diberi
penerangan dalam usaha menjernihkan kedudukan UMNO, khususnya perkara yang
ada hubung kaitnya dengan parti pembangkang, Pas. 
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, banyak
perkara yang ditimbulkan oleh Pas telah menyusahkan orang Melayu kerana
semua ini ada hubung kait dengan politik. 
''Islam sahaja memang untuk menyatupadukan umat, tetapi Islam yang
dipolitikkan, maka timbullah bermacam-macam tanggapan yang boleh memecahkan
perpaduan,'' kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen
UMNO Johor di sini, petang ini. 
Kata Abdullah, ahli UMNO mesti memahami, walau apapun yang dilemparkan oleh
Pas ia perlu sedar UMNO itu berjuang kerana Islam. 
Mengenai tindakan polis di Ipoh, Perak yang memantau 11 kumpulan pelampau
termasuk NGO yang dipercayai mempengaruhi fikiran rakyat supaya membenci
kerajaan, Abdullah berkata: 
''Saya tidak dapat apa-apa maklumat daripada polis.'' 
Tetapi kata Timbalan Perdana Menteri itu, pihak polis memang sentiasa
memantau keadaan ini jika terdapat mana-mana pihak yang mengancam
keselamatan negara. 
Ditanya apakah selepas kumpulan Al-Ma'unah, ada kumpulan lain yang juga
bermotif sama, Abdullah menjelaskan, ''buat masa ini tiada. Saya tidak
menerima apa-apa laporan mengenainya.'' 
Sementara itu, semasa merasmikan Konvensyen UMNO Johor beliau meminta
ahli-ahli UMNO kembali kepada perjuangan asal parti dengan mengukuhkan
perpaduan untuk memastikan parti itu terus mantap. 
Beliau menegaskan, parti akan lemah sekiranya ahlinya terus bertelagah dan
mengamalkan perjuangan berdasarkan puak serta diri. 
Katanya, perpaduan kaum di negara ini turut bergantung kepada kekuatan UMNO
yang menjadi tulang belakang komponen Barisan Nasional (BN). 
Beliau juga meminta ahli-ahli UMNO, khususnya di negeri Johor menerima
kepimpinan yang ada. 

© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke