Assalamualaikum semua warga hizbi..... Tajuk di bawah adalah berkaitan. Saya ingin ajukan sedikit pertanyaan dan diharap ada diantara warga hizbi yang sudi memberikan jawapan. 1. Adakah dikira berdosa jika saya tidak sanggup memaafkan 'nya' dan tidak lagi sanggup membiarkan kezaliman yang dilakukan kepada saya dan keluarga saya terus berlaku satu demi satu LANTAS saya membalas kezaliman itu dengan balasan yang sama? 2.Bolihkah sihir dibalas dengan sihir? Adakah kami akan dikira berdosa jika mengunakan cara yang sama sepertimana yang 'dia' kenakan kepada kami sekarang? +++Nb..ini adalah perbuatan dia yg terkini dan kena pada isteri saya. Dah 10 tahun sabarrr. Dah tak tahan sangat dahhhhhh. cilibangi. Note: forwarded message attached. __________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere! http://mail.yahoo.com/
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum warahmatullah, Sifat Pemaaf: Semasa dalam kereta menuju ke ofis di satu pagi Isnin 2 minggu lepas, ada ceramah di radio Malaysia kedah oleh Ustaz Yusof Ahmad- membicarakan tentang satu hadis Nabi sallallahu'alaihiwasallam kepada Anas Bin Malik. Hadis itu membayangkan tentang satu peristiwa di hari Kiamat di mana ada dua orang manusia yang sedang diadili oleh Allah subhanahuwata'ala. Seorang darinya di dunia dahulu telah dizalimi oleh yang seorang lagi. Lalu yang dizalimi memohon kepada Allah supaya orang yang menzalimi dibalas setimpal kesalahannya. Maka yang dizalimi memohon agar Allah memindahkan pahala kebajikan orang yang mezalimi kepadanya. Jawab orang menzalimi, dia tidak apa-apa pahala kebajikan lagi yang tinggal. Lantas orang yang dizalimi mendesak agar dosanya pula ditanggung oleh orang yang menzaliminya. Kemudian Allah menunjukkan kepada orang yang dizalimi sebuah mahligai emas yang berada dalam taman perak. Maka orang yang dizalimi merasa amat takjub melihatnya, lalu berkata sudah tentu para-para nabi, ...(lupa senarai siapa lagi) . . . . dan orang-orang sadiqin sahaja yang boleh mendapat mahligai seindah itu. Lantas Allah memberitahu bahawa mahligai itu boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang sanggup membayar harganya. Maka yang kena zalim itu bertanya apakah harganya? Allah menjelaskan yang dizalimi boleh memiliki mahligai emas itu dengan membayar harganya- iaitu dengan memaafkan orang yang menzaliminya itu. Dengan serta-merta orang yang dizalimi memaafkan kesalahan orang yang menzaliminya dengan mendapat mahligai emas sebagai tukarannya. Ustaz Yusof Ahmad menegaskan tentang kelebihan bersifat pemaaf yang amat digalakkan oleh Islam. Namun, pemaaf hendaklah kena pada tempatnya. Kena bijak menilai masa dan ketikanya. Sekian, Wassalam. > > _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. Share information about yourself, create your own public profile at http://profiles.msn.com. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "jack joe" <[EMAIL PROTECTED]>