*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
….sambungan…..

Muqaddimah 
ALLAH SWT memberi peringatan dalam firmanNya dalam
Surah Ali Imran ayat 178/179 yang bermaksud,
“Dan jangan sekali-kali puak yang kuffur kepada ALLAH
SWT itu merasakan yang ALLAH SWT menangguhkan keatas
mereka itu,adalah satu kebaikan bagi mereka.”

[ Inilah satu peringatan buat orang yang kuffur kepada
ALLAH.Yakni dalam keadaan mereka lawan
ALLAH/rasulNya,tapi masih belum lagi diturunkan
hukuman oleh ALLAH SWT keatas mereka.Jadi, puak-puak
kafir berleluasa melakukan kekejaman dan kezoliman di
atas mukabumi dengan menentang hukum ALLAH SWT.Maka
kepada orang-orang kafir ini,kita nak bagitau kat depa
bahwa janganlah dok rasa penangguhan hukuman daripada
ALLAH SWT ini adalah baik untuk mereka.Dalam lain
perkataan; jangan dok perasan ingat hangpa akan
terlepas daripada azab ALLAH,bila ALLAH bagi chance
kat hangpa buat segala kedurjanaan di atas mukabumi
ini. ] 

“Sesungguhnya,Kami berikan kepada mereka
penangguhan,supaya ditambahkan lagi dosa mereka di
sisi ALLAH SWT; dan untuk mereka itu siksaan yang amat
menghinakan.” (Surah Ali Imran : 178)

“Dan ALLAH tiada membiarkan orang-orang yang beriman
dalam keadaan seperti mereka sekarang,sehingga
dibezakan diantara benda yang tidak elok dengan benda
yang baik.”

[ Dalam tafsir; benda-benda yang tak elok ni adalah
gambaran kepada orang-orang munafik.Lalu dalam ayat
ni,ALLAH SWT nak bagitau kepada kita bahwa Dia tidak
akan biarkan manusia semua ini bercampur baur diantara
orang-orang mukmin dengan orang-orang munafik.Dia
tidak akan biarkan manusia terpinga-pinga untuk
membezakan diantara mukmin dengan munafik.Maka ALLAH
akan buat sesuatu untuk masyarakat mengenali siapa itu
orang-orang mukmin yakni yang betul-betul beriman
kepada ALLAH SWT; dan yang satu lagi pulak adalah
orang-orang munafik yakni yang berpura-pura dalam
beragama. ]

“Dan bukanlah ALLAH hendak memperlihatkan yang ghaib
kepadamu.”

[ Maknanya,ALLAH tak bagi ilmu kepada kita untuk baca
hati orang, yakni kita tak tau samada orang tu munafik
atau tidak. ]

“Tetapi ALLAH SWT memilih diantara rasul-rasulNya
siapa yang dikehendakiNya.”

[ Tetapi ALLAH bagi ilmu ini hanya kepada rasul
pilihanNya yakni Nabi Muhammad s.a.w. Yang mana ALLAH
memberi ilmu pengetahuan ini kepada Rasulullah untuk
mengenali siapakah orang munafik di zamannya.Sebab
itu, Nabi boleh bagi satu senarai nama-nama orang
munafik kepada sahabatnya Huzaifah
al-Yamani.Sehinggakan bila Saiyyidina Umar al-Khatab
r.a. dapat tahu yang senarai nama-nama orang munafik
itu ada kepada Huzaifah; maka Umar pun pi jumpa
Huzaifah,lalu ditanyanya,“Apakah nama aku juga
tersenarai, ya Huzaifah?”…Nampak tak tuan-tuan,
macamana perangai sahabat bila mereka ingin tahu
tentang sesuatu berita yang tak berapa disenangi.Bukan
Umar pi tanya tentang nama orang lain yang selama ni
dicurigainya; tapi dia tanya nama dia sendiri dulu,
yakni apakah dia juga termasuk dalam ‘black list’ yang
dikeluarkan oleh Nabi itu?…Inilah contoh perangai
sahabat yang perlu kita ikut atau amalkan.Kita dok
shock buat ceramah bantai orang ni, bantai orang tu,
tapi diri kita sendiri lagu mana, tuan-tuan?…Inilah
contoh akhlak yang ada pada Saiyyidina Umar al-Khatab
yang menunjukkan kepada kita bahwa walaupun dia adalah
orang no.2 terkanan kepada Rasulullah s.a.w., tapi
masih lagi takut kalau-kalau ada lagi sifat-sifat
munafik pada dirinya.Dia orang kedua selepas
Saiyyidina Abu Bakar as-Siddiq, tuan-tuan.Kalau nak
dibandingkan Saiyyidina Umar dengan kita, siapakah
kita tuan-tuan? Bagaikan langit dengan bumi. ]

“Dan jika sekiranya kamu beriman kepada ALLAH dan kamu
bertaqwa, maka bagi kamu pahala yang amat besar.” (
Surah Ali Imran : 179)

[ Maksud taqwa atau takut kepada ALLAH ialah kita
junjung atau daulatkan perintah daripada ALLAH SWT dan
meninggalkan perkara-perkara yang dilarangkan oleh
ALLAH SWT,samada dalam keadaan orang tak tahu ataupun
dalam keadaan terang-terangan depan orang ramai. ]

Saudara/saudari/muslimin/muslimat sekelian; antara
lain daripada ayat 178/179 dari Surah Ali Imran ini,
ALLAH SWT nak ceritakan kepada kita bahwa walaupun
kita tak boleh nak baca hati orang lain, tapi kita
boleh tau juga orang tu mukmin ka munafik ka.Macamana
kita boleh tau,walhal kita tidak diberi ilmu tentang
benda ghaib atau tidak diberi ilmu untuk baca hati
orang?…Salah satu caranya ialah dengan ALLAH SWT
turunkan ujian dan dugaan kepada manusia.Apabila
seseorang itu diuji, maka barulah kita akan nampak
keperibadiannya yang sebenar, iaitu mukmin ka ataupun
munafik ka.Ujian ni pulak, dia ada 2 bentuk :
i) dalam bentuk kepayahan/kesusahan.Contohnya ialah
seperti kena penyakit, dapat kemalangan, difitnah,
ditekan, dibuang kerja atau ditukarkan ke tempat kerja
yang jauh dan sebagainya.
ii) dalam bentuk kemewahan/kesenangan.Contohnya ialah
seperti orang puji kerana naik pangkat atau pun beli
saham kemudian dapat keuntungan yang melimpah ruah dan
sebagainya.
Ini semua adalah bentuk ujian yang diberikan oleh
ALLAH SWT untuk test hamba-hambaNya; adakah mereka
benar-benar beriman kepada ALLAH ataupun sebenarnya
munafik?
Diantara contoh di zaman Nabi s.a.w., kita boleh
tengok macamana Abdullah bin Ubai dizahirkan oleh
ALLAH SWT akan sifat munafiknya.Kemudian antara contoh
peristiwa yang menzahirkan siapa dia munafik
dikalangan umat Islam di zaman Nabi ialah ketika
berlakunya peperangan Uhud.Bila meletus saja
peperangan Uhud, maka dizahirkan kepada
sahabat-sahabat radiallahu anhum,; siapakah dikalangan
mereka yang munafik yakni yang berpura-pura dengan
beriman kepada ALLAH SWT/rasulNya.Dikalangan sahabat
yang tidak gentar dan tidak lari daripada medan
perjuangan yakni tetap dengan peperangan Uhud,maka
merekalah yang betul-betul beriman kepada
ALLAH.Manakala yang bersifat munafik, awal-awal lagi
lari yakni tidak mahu menyertai peperangan Uhud.Ini
adalah salah satu contoh di zaman Nabi, macamana ALLAH
SWT menguji manusia, khususnya kepada sahabat-sahabat
r.a. untuk membezakan siapakah dikalangan mereka yang
mukmin sejati dan siapakah dikalangan mereka yang
berpura-pura yakni munafik yang menggunakan agama
untuk kepentingan tertentu.
Kita hari ini pun sedang berada dalam ujian
ALLAH.Dengan pelbagai mehnah, tribulasi, dugaan yang
ditimpakan keatas para pejuang Islam, maka inilah yang
dikatakan ujian daripada ALLAH.Samada kita lantang/
berani/ berhati-hati/ melampaui batas atau tidak;
ujian tetap diturunkan oleh ALLAH SWT.Kita ambik satu
contoh, iaitu seperti apa yang kena kepada Ustaz
Shamsuri baru-baru ini.Kita pun tahu, ramai yang
belajar kat dia.Ribuan yang mengikuti
kuliyyah-kuliyyah dia.Sepanjang pengamatan saya yang
kerap juga mengikuti kuliyyahnya, ustaz Shamsuri ni
boleh la dikatakan tak berapa keras/lantang lagi kalau
nak dibandingkan dengan ustaz-ustaz lain.Ada yang lagi
‘deraih’ daripada dia pun ada.Ustaz Shamsuri ni, dia
ada la sindir sikit-sikit, setakat itu saja.Tapi yang
kenanya, dia.Inilah yang dikatakan kalau ALLAH nak
turunkan ujian, Dia tetap turunkan.Tak kiralah hang
keras ka/ hang lantang ka/ hang slow ka; kalau Dia
kata turun, maka ujian tetap diturunkanNya.Yang kena
tangkap tu ustaz Shamsuri sorang saja; tapi yang heboh
dalam masyarakat,kononnya ramai ustaz yang kena.Time
tu,kita pulak jadi lagumana SB,kita pulak tau ustaz ni
kena ustaz tu kena.
Saudara/saudari/muslimin/muslimat sekelian; kita nak
sebut bahwa kenapakah orang yang nak bawa kepada kita
hidayah ALLAH SWT atau orang yang nak didik masyarakat
tentang Islam, orang ini pula ditangkap kerana
dianggap sebagai menggugat keselamatan negara?
Kenapa?? Kenapa orang yang nampak zahirnya memang
boleh membawa kepada keruntuhan moral anak-anak muda,
tidak pula ditangkap? Kenapa masyarakat kita la ni
jadi tunggang terbalik lagu ni? Kenapa??
Lalu ustaz Jailani membaca surat yang diberi kepada
keluarga ustaz Shamsuri ketika malam penangkapan
dilakukan.Disebut alasan penangkapan itu adalah
mengikut seksyen 73 Akta Keselamatan Dalam Negara
(ISA).Lalu ustaz Jailani baca kandungan yang terdapat
dalam seksyen 73 ISA : “Section 73, give the police
power to arrest and detain any person suspected of
acting in a manner prejudicial to Malaysia or any part
thereof or to the maintenance of the essential
services therein or to the economic life thereof, for
up to 60 days without trial or production before a
Magistrate.”…Maknanya,apa yang dikatakan dalam seksyen
73 di bawah ISA ini,ialah bahwa ia memberikan kepada
pihak PDRM kuasa untuk menangkap  atau menahan
mana-mana orang yang disyaki bertindak dalam keadaan
yang mengancam M`sia.

( Jadi, ustaz Shamsuri ditangkap hari tu ialah kerana
disyaki ada benda yang dia buat  yang boleh mengancam
keselamatan negara kita M`sia.Dalam perkara ni,kita
tidak menyalahkan pihak polis kerana mereka hanya
sekadar menjalankan tugas.Tapi yang kita salahkan
ialah orang yang membuat dasar atau orang yang memberi
arahan itu.Kerana kalau kita tanya kepada
muslimin/muslimat yang pernah mengikuti
kuliyyah-kuliyyah pengajian ustaz Shamsuri; selama ni
apakah perbuatannya yang mengancam keselamatan negara
kita M`sia?…Saya percaya, ramai yang pening kepala tak
boleh pikiaq pasai apa ustaz Shamsuri ditangkap.Apakah
keburukan yang dibawa oleh ustaz Shamsuri kepada
kita?…Hairan kita, tak tau nak jawab lagumana.Tapi
kalau tanya kat kita; apa yang Ning Baizura buat pada
anak-anak muda kita?…Haaa! yang ni ramai netters nanti
boleh bagi jawapan.Lagumana peluru pulak
nanti,bertalu-talu perginya.Tapi puak-puak ‘cekodong’
ni peduli apa.Depa seronok dengan gelagat para artis
yang membawa masuk budaya kuning (bertindik pusat
umpamanya) ke dalam kehidupan anak-anak muda
kita.Inilah sebabnya kenapa orang yang
bertanggungjawab membawa masuk budaya kuning yang
merosakkan moral anak muda,dibiarkan begitu saja
kerana tidak dikatakan sebagai mengancam keselamatan
negara.Sedangkan orang-orang seperti inilah sebenarnya
merbahaya dan menjadi barah dalam
masyarakat.Sepatutnya,orang yang membawa agama,
berdakwah kepada kita serta mengajar tentang Islam
inilah yang patut kita ‘jaga kuat’ kerana merekalah
yang akan menjaga negara kita dengan menyelamatkan
bangsa Melayu kita.
Tapi pada pandangan saya,ustaz Shamsuri adalah mangsa
kepada taktik kotor politik umno.Kerana apa yang saya
amati, suasana kuliyyah ustaz Shamsuri agak lain sikit
daripada kuliyyah-kuliyyah yang disampaikan oleh
ustaz-ustaz yang Pro-Pas.Jadi inilah jawapan bagi
persoalan kenapa ustaz Shamsuri sorang saja yang
ditahan,,walhal ada ustaz-ustaz lain yang lagi lantang
tapi tidak pula ditahan…Haaa! yang ni yang nak bagitau
ni.Ustaz-ustaz yang Pro-Pas ni , walaupun hujah mereka
‘power’ tapi untuk menarik orang-orang umno pi
kuliyyah mereka, agak kurang kalau nak dibandingkan
dengan kuliyyah ustaz Shamsuri.Inilah kelebihan ustaz
Shamsuri;  dalam kuliyyah dia tu, orang Pas dengan
orang umno, boleh dikatakan 50-50.Inilah yang
menakutkan peringkat tertinggi umno kerana ia
menyimpang dari agenda mereka yakni tak mau bagi orang
Melayu celik agama.Oleh kerana ustaz Shamsuri
merupakan satu-satunya channel yang paling digemari
oleh puak ‘grassroot’ umno ni, maka peringkat tertnggi
umno pun suruh tutup buang channel tu. ‘Depa’ takutla,
pasai silap-silap haribulan orang-orang ‘depa’ yang pi
mengaji tu boleh lompat masuk Pas kerana dah celik
agama.Yang ni yang depa ‘ kacau mari’ tu. Kalau sampai
peringkat macam ni, apa lagi kita nak kata kat ketua
puak-puak umno ni, yang busuk perut sampai begitu
sekali . )
 Sepertimana firman ALLAH di dalam al-Quran yang
bermaksud,
“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kamu kepada
ALLAH.Dan hendaklah seseorang itu tengok diri dia, apa
yang akan dikemukakannya pada hari esok,yakni pada
hari qiamat.”

[ Mau check diri kita sendiri; ‘well prepared’ kah
diri kita ni untuk berhadapan dengan ALLAH SWT pada
hari qiamat kelak? ]

“Dan takutlah kamu kepada ALLAH SWT, sesungguhnya
ALLAH SWT itu Maha mengetahui tentang apa yang kamu
lakukan.Dan jangan kamu jadi seperti golongan yang
lupa kepada ALLAH SWT, kerana ALLAH SWT akan
membuatkan mereka ini lupa kepada diri mereka
sendiri.Dan sesungguhnya,puak-puak inilah orang yang
fasik.”

[ Jadi dalam ayat diatas ini, ALLAH kata bahwa sapa
yang lupa kepada agama atau sapa yang lupa kepada
ALLAH, maka orang macam inilah yang akan lupa kepada
diri sendiri.Kalau diri sendiri pun dia boleh lupa,
apatah lagi terhadap masyarakat, bangsa dan
negaranya.Jadi, apa yang kita nak bagitau ialah bahwa
orang yang menjadi ustaz, oang yang berjuang untuk
agama, yang buat program dakwah, yang mengaji dan
sebagainya; orang macam inilah yang boleh jaga negara,
bangsa dan menyelamatkan umat Islam.Bukannya seperti
kaki botol, kaki perempuan, kaki judi dan sebagainya;
kerana puak-puak nilah yang akan menghancurkan negara
dan masyarakat kita.Yang nilah yang kita nak
perbetulkan. ]

Jadi sebab itu, kita nak sebut bahwa seksyen 73 bawah
ISA ni kalau kita nak buat sekalipun memang boleh,
tapi mau tangkap puak-puak yang dok hasut generasi
muda kita tu dulu.Contohnya, mau tangkap Ning Baizura
dan artis-artis yang teruk tu dulu tapi dengan syarat,
mestilah dibicarakan mereka dahulu.Bukan lagumana
ustaz Shamsuri kena; hampir 3 minggu dia ditahan tanpa
dibicarakan dan tanpa sebarang bukti
kesalahannya.Jadi, bila jadi lagu ni; maka sapa nak
tanggung dosa akibat perlakuan terhadap ustaz Shamsuri
tu? Sapa??…Oleh sebab itu, kita sedih dengan sistem
yang ada dalam negara kita sekarang ni.Maka sapa-sapa
yang bersubahat menghalalkan cara sistem ISA ini, maka
ia berdosa kepada ALLAH SWT.Jadi, kita mau pastikan
yang diri kita tidak bersubahat dengan sistem yang
zolim sebegini.

Kemudian, ustaz Jailani bagi contoh lagumana teruknya
masyarakat kalau dibiarkan budaya kuning menular dalam
pemikiran anak-anak muda kita.Lalu ustaz Jailani
menceritakan apa yang berlaku di sebuah sekolah
menengah di B`worth.Dimana satu pemeriksaan mengejut
telah dilakukan oleh guru-guru perempuan keatas
murid-murid perempuan sahaja,yakni panggil mereka
semua masuk dalam surau kemudian suruh buka tudung,
nak tengok apa yang ada disebalik tudung budak-budak
perempuan ni.Ada sorang budak perempuan tu, bila dia
buka tudung, tengok-tengok ada ‘love bite’ kat tengkok
dia.Setahu kita ‘gigitan cinta’ ni, orang yang dah
kahwin saja yang ada.Itupun pada pasangan-pasangan
muda yang baru saja kahwin.Tapi adik kita ni baru
tingkatan 3, yakni baru nak ambik PMR, tiba-tiba ada
‘cop mohor’ kat tengkok dia.Ni apa cerita, ni?…Bila
cikgu tanya,“Hang ambik kat mana ‘cop mohor’
ni?”…Budak perempuan tu kata,“Budak lelaki yang dok
kat Jarak,Tasek Gelugor, yang bagi.”…Cikgu tanya
lagi,“Budak lelaki tu kerja apa?”…Terpinga-pinga budak
perempuan tu tak tau nak jawab.Nampak tak tuan-tuan;
sekarang ni senang sungguh anak gadis kita bagi tubuh
dia dekat lelaki yang dia pun tak tahu latarbelakang
budak lelaki tersebut lagumana.Inilah dia kesan budaya
kuning keatas anak-anak muda kita.
Sebab itu kita nak bagi tau bahwa kalau nak digunakan
ISA ni sekalipun; biarlah ia bersyarat :
i) tertuduh hendaklah dibicarakan.Biar ada bukti yang
kata dia salah.
ii) Mau tangkap artis-artis yang bawa kehancuran
akhlak anak-anak kita tu dulu.
Haaa! Ni baru betoi.Niiie dak, tangkap ikut suka
‘depa’ saja.Tuan-tuan tau ka keadaan orang yang
ditahan dalam lokap tu jadi lagumana?…Keadaan di dalam
lokap adalah cukup dahsyat yang menindas seseorang
yang beriman kepada ALLAH SWT.Mau tak kata macam tu,
pasai nak sembahyang lagumana kalau kena londeh sampai
tinggai spender saja.
Sebab itu muslimin/muslimat sekelian; kita tak mau
benda lagu ni berlaku tanpa perbicaraan di hadapan
hakim mahkamah majistret.Kalau betul sekalipun Ustaz
Shamsuri ada membuat satu kesalahan, sepatutnya
bawalah dia ke muka pengadilan untuk dibicarakan
secara terbuka, supaya masyarakat tau apa kesalahan
dia.Jangan la dok tahan dia sampai 3 minggu tanpa ada
sebarang bukti untuk ditunjukkan kepada masyarakat.
Tapi yang dikatakan ISA ni, masalahnya ialah dia tak
perlu kepada sebarang bukti.Dia hanya perlu kepada
‘satisfaction of the Minister’.Maknanya,kalau Menteri
Dalam Negeri kata,“Aku puashati nak tangkap sipolan.”;
maka polis boleh bila-bila masa saja pi tangkap orang
yang disyaki itu.Kalau lagu ni lah tafsiran ISA, hang
ada bukti ka /hang tak dak bukti ka; mau kalau Menteri
Dalan Negeri kata,“Aku puashati.”; maka sapa pun tak
boleh challenge masalah kepuasan hati menteri
itu.Maknanya, kalau kita tak puashati, tapi menteri tu
kata dia puashati; maka kita tak boleh buat apa pun,
tuan-tuan.Inilah dia kezoliman yang ada dalam sistem
ISA ini.
Sebab itu muslimin/muslimat sekelian; kita minta
kepada sesiapa nanti yang mempunyai kuasa dalam
negara, maka hendaklah dibasmikan perkara-perkara yang
bertentangan dengan ajaran agama.

Jadi kesimpulan daripada ayat 178/179 Surah Ali Imran
itu tadi ialah bahwa ALLAH SWT akan bagi dugaan dan
ujian kepada manusia; maka dengan dugaan/ujian inilah
baru manusia tahu siapa sebenarnya yang beriman kepada
ALLAH dan siapa sebenarnya yang munafik.Dalam ertikata
lain; dengan ujian sebegini, maka barulah kita tahu
siapa sebenar kawan kita masa senang/susah, dan juga
siapa sebenar kawan kita yang hanya waktu kita senang
sahaja. Bukan nak kata la, memang kawan masa senang ni
kira berlambak,kat mana-mana pun ada.Bila kita kena
tangkap, muka depa pun kita nampak, ghuyub entah ke
mana.Nak kata ziarah keluarga kita pun kira mau
dah.Dan ada juga sahabat yang bila dengar saja kita
kena tangkap, awal-awal lagi dia datang ke rumah pi
tanya khabar anak bini kita macamana, makan minum
macamana, barang keperluan harian cukup ka.Inilah
contoh yang ada dengan cara ujian/dugaan oleh ALLAH
SWT.Jadi dengan ujian/dugaan tadi, maka barulah kita
boleh tahu siapakah dalam masyarakat kita yang
benar-benar beriman kepada ALLAH dan siapakah
sebenarnya yang berpura-pura di dalam beragama.
Ok la ni mai kita flashback, iaitu mengembalikan
ingatan kita pada zaman pemerintahan Bani
Abbasiyyah.Pada zaman itu, apa yang telah berlaku
kepada Imam Abu Hanifah, apa yang telah berlaku kepada
Imam Malik, apa yang telah berlaku kepada Imam
as-Syafii dan apa yang telah berlaku kepada Imam Ahmad
bin Hambal.Keempat-empat ulama mazhab yang muktabar
ini,kesemuanya menghadapi penganiayaan/penindasan
daripada pihak yang berkuasa,yakni kerajaan Bani
Abbasiyyah.
i) Yang pertamanya,Imam Abu Hanifah.Dimana dia ditawar
oleh kerajaan supaya memegang jawatan Qadi dan ketua
Baitul Mal.Tapi Imam Abu Hanifah menolak tawaran
tersebut atas alasan dia tak mau nanti
pendapat/fatwanya terikat dengan kepentingan
kerajaan.Lalu dengan kenyataannya itu iaitu dia nak
jujur dengan agamanya, maka kerajaan pun tak puashati
lalu menangkap dan menghukum Imam Abu Hanifah.Kalau
nak dibandingkan Imam Abu Hanifah dengan mufti yang
dok ada dalam negara kita hari ini, macam langit
dengan bumi.Contohnya; dalam bulan lepas,ada satu
mufti masuk tv dan dia ditanya oleh reporter,“Adakah
M`sia ni sebuah negara Islam?”…Mufti tu kata,“Ya,M`sia
adalah sebuah negara Islam.”…Tapi bila ditanya sebab
apa dia kata begitu; sebelum dia jawab soalan kedua
tu, dia dok err! err! err! dulu dok pikiaq nak kata
apa.Dia kata,“Err! err! err!…M`sia sebuah negara Islam
kerana ia sebuah negara yang aman damai.”…Inilah
contoh seorang mufti yang tidak ada kewibawaan.Yang
kita nak pertikaikannya ialah yang pertamanya; awat
yang hang dok err! err! err! lama sangat tu pasai apa?
Hang sebagai seorang mufti, kira mengaji tentang Islam
ni kira dah lama dah, yakni sampai ke taraf mufti pun
dah; tapi pasai apa nak jawab alasan negara kita ni
negara Islam sampai err! err! err! lama sangat tu
pasai apa?…Saya rasa para netters pun tahu pasai apa
mufti tu ambik masa untuk jawab soalan reporter
itu.Yang keduanya yang kita nak pertikaikan ialah
pasai apa hang jawab negara kita adalah negara Islam
kerana aman damai tu pasai apa? Pasai apa ‘tok mufti’
nak bohong pada masyarakat? Tahu dak, bila hang bohong
kepada masyarakat dengan title hang sebagai mufti,
maka betapa besarnya dosa hang dihadapan ALLAH
SWT.Kalau hang kata ‘aman damai’ sebagai alasan untuk
menjadikan M`sia sebagai negara Islam; apakah Jepun
yang aman damai itu sebuah negara Islam? Apakah
Singapura yang aman damai serta ada beberapa buah
masjid,sama juga seperti M`sia, pun bolehkah dikatakan
sebagai negara Islam juga?…Sebab itu, kita nak sebut
bahwa mufti macam inilah yang jadi contoh yang
pendapat/fatwanya terikat dengan kepentingan
kerajaan.Sebab itulah juga Imam Abu Hanifah menolak
tawaran untuk menjadi Qadi dan ketua Baitul mal kepada
kerajaan Bani Abbasiyyah.
ii) Kita tengok apa yang kena pada Imam Malik
pula.Imam Malik mengeluarkan satu fatwa mengenai talak
(penceraian).Lalu kerajaan Bani Abbasiyyah suruh Imam
Malik tarik balik fatwanya tadi.Ini baru dalam masalah
talak saja,tuan-tuan; bukannya masalah politik ka,
amanat ka, ekonomi ka; pun Imam Malik dah kena
pressure.Apatah lagi tentang masalah-masalah yang
besar-besar.Imam Malik enggan tarik balik fatwanya itu
apabila dia ditekan oleh kerajaan suruh buat demikian
kerana dia seorang ulama yang jujur dan murshid yang
diberi petunjuk oleh ALLAH TA`ALA.Lalu dia bertegas
apa yang dia kata itu, itulah yang dia yakin; maka dia
tidak akan berganjak daripada pendiriannya.Oleh sebab
dia tetap dengan pendiriannya itulah, maka dia disebat
oleh kerajaan Bani Abbasiyyah.
iii) Sekarang kita masuk kepada Imam as-Syafii
pula.Dia difitnah bekerjasama dengan puak Syiah,lalu
dia ditangkap dan dipenjarakan.Sehinggalah apabila
didapati tidak ada bukti, barulah Imam as-Syafii
dibebaskan.Inilah dikatakan penganiayaan terhadap Imam
as-Syafii kerana tak pasai-pasai orang baik macam Imam
as-Syafii ni ditangkap dan dipenjarakan.Nasib baik
kerajaan pada masa itu dapat membezakan antara benda
baik dengan benda buruk, yakni dilepaskan Imam
as-Syafii kerana tidak ada bukti.
iv) Masuk kepada Imam Ahmad bin Hambal pula.Pada zaman
kehidupan Imam Ahmad bin Hambal,khalifah yang
memerintah ialah al-Ma`mun,yang cenderung kepada
mazhab Muktazilah.Pada masa tu tengah hangat puak-puak
muktazilah dok kata al-Quran itu makhluk.Oleh sebab
khalifah al-Ma`mun menyokong mazhab muktazilah,maka
dia paksa Imam Ahmad bin Hambal supaya menerima mazhab
muktazilah sebagai mazhab rasmi dan paksa Imam Ahmad
bin Hambal supaya mengatakan bahwa al-Quran itu
makhluk.Sedangkan Imam Ahmad bin Hambal berkeras
mengatakan bahwa al-Quran itu qalamullah yang
Qadim.Maka apabila dipaksa dan Imam Ahmad bin Hambal
tetap enggan tunduk kepada pemerintah khalifah, maka
al-Ma`mun menangkap dan memenjarakan Imam Ahmad bin
Hambal, sehinggalah ke zaman khalifah al-Muttawakil
barulah Imam Ahmad bin Hambal dibebaskan.Tapi sudah
terlambat kerana Imam Ahmad bin Hambal meninggal dunia
tidak lama selepas itu kerana sudah lama menderita
dalam penjara.Duduk dalam penjara ni bukanlah satu
kehidupan yang seronok,tuan-tuan.Disana bukan ada
bantal, bukan ada ubat nyamok, bukan ada vcd, bukan
ada home teater ka apa ka dalam penjara tu; pendekata
nak bagitau ialah dalam penjara tu memang tak
seronok.Sebab itu di setengah-setengah tempat dalam
penjara,dibuat satu peraturan untuk menghalang tahanan
daripada membunuh diri.Pasai apa jadi lagu tu?…Ini
adalah disebabkan oleh tekanan yang ada dalam penjara
atau lokap seumpamanya, boleh membuatkan penghuninya
hilang pertimbangan.Sebab itu muslimin/muslimat
sekelian; kita dapati bagaimana Imam Ahmad bin Hambal
dok beberapa lama selepas dibebaskan daripada penjara
oleh al-Muttawakil, lalu dia telah meninggal dunia.
Ini dia cerita 4 orang Imam mazhab, yang semuanya
menghadapi penganiayaan/penindasan daripada pihak
kerajaan.Maka tidak hairanlah kalau di zaman kita hari
ini pun, para ulama dan pejuang-pejuang ugama ALLAH
SWT ditindas,ditekan dan dizolimi.Tapi orang-orang
seperti artis, tidak pula ditekan.Pasai apa artis
tidak diberi pressure?…Sebab artis ni, kawan
‘dia’.Yang tu saja.Bila sampai saat dan ketikanya,maka
digunalah puak-puak artis ini untuk menarik orang
ramai supaya berkumpul.Manakala bagi orang yang
memperjuangkan agama ALLAH,pun berkumpul juga.Tapi
dengan cara baca kitabullah dan baca hadith Nabi
s.a.w..Tapi orang yang menentang/derhaka kepada ALLAH
SWT, ‘dia’ kumpul orang dengan cara memperkudakan para
artis, dengan menggunakan benda-benda mungkar, dengan
mengadakan program-program yang berbentuk kesyaitanan
dan keiblisan.Sebab itu
saudara/saudari/muslimin/muslimat sekelian; orang
macam ‘dia’ ni,hendaklah ditentang dan jangan
dibiarkan berkuasa terlalu lama sebab nanti kita akan
dimurkai oleh ALLAH SWT (minta diindungi ALLAH).   
Jadi, saya harap kita memahami tugas dan tanggungjawab
yang sepatutnya kita lakukan.


Sambungan pengajian kitab ‘Qanun Jinayah Syar`iyah’.

12) Tujuan syara` mengqanunkan hukuman
hudud,qisas,diyat dan ta`zir.
[ Maknanya, kita akan membincangkan tentang objektif
syariat diturunkan kepada kita. ]

…….bersambung………







__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
http://mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke