Ketakutan sebenar Dr Mahathir
Catatan Hujung Minggu
Oleh Zulkifli Sulong

Dewan Undangan Negeri Terengganu yang kebetulan bersidang pada hari Selasa
dan Rabu lepas telah meluluskan satu usul tergempar membantah
sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Pusat membatalkan royalti minyak untuk
kerajaan negeri Terengganu.
Menurut usul yang dikemukakan oleh Adun Ladang, Dr Sulaiman Abdullah dan
dibahaskan lebih lima jam dalam DUN Terengganu itu, Pusat jelas melanggar
perjanjian yang dibuat antara Petronas dengan kerajaan negeri Terengganu.
Yang paling menarik adalah cabaran Ketua Pembangkang DUN Terengganu, Dato'
Abdul Rashid Ngah disambut secara `tunai' oleh Tun Salleh Abbas dalam Dewan
itu.
Ketika membahaskan usul itu, Dato' Rashid kesal dengan sikap pemimpin PAS
kononnya mengambil sikap konfrantasi dengan Pusat sehingga membuatkan Pusat
bertindak menyekat royalti untuk kerajaan negeri.
Sehubungan itu, beliau meminta orang yang be! rpengalaman seperti Tun Salleh
Abbas tampil ke hadapan untuk memberikan keterangan.
Sebaik sahaja habis Dato' Rashid berucap, dan giliran penggulungan dari
barisan Exco Kerajaan Negeri Terengganu tiba, Tun Salleh telah mula-mula
sekali bangun dan menjelaskan perkara itu. Tun dengan jelas berkata, Pusat
telah melanggar bukan sahaja sistem demokrasi dan berpersekutuan di negara
ini tetapi telah salah mentafsirkan istilah royalti yang dijadi ehsan sahaja
oleh pihak Pusat.
Kata Tun, menurut laporan sebuah akhbar harian, ada dua perjanjian bertulis
yang dibuat oleh Petronas dan kerajaan negeri Terengganu. Pertama yang
dibuat pada bulan Mac 1975 dan satu lagi yang dibuat pada September 1987.
Kedua-duanya jelas menyebut istilah yang digunakan adalah royalti dan
bukannya ihsan.
Tun juga menjelaskan, kedua-dua perjanjian itu dengan jelas menyebut hak
kerajaan negeri Terengganu untuk menerima royalti petroleum dalam bentuk
wang tunai.
Jel! as, belum lagi habis Dewan Undangan Negeri bersidang, apa yang diharapkan
oleh Dato' Rashid telah dijawab dengan jelas oleh Tun Salleh, orang yang
beliau percayai.
Sekarang terserah kepada Ketua Pembangkang DUN Terengganu itu untuk berlaku
jujur dan sama-sama menerima hakikat bahawa apa yang dibuat oleh Kerajaan
Pusat melanggar perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri Terengganu.
Persoalan sebenarnya sekarang adalah terletak di bahu Petronas, sebagai
pihak yang membuat perjanjian secara bertulis dengan kerajaan negeri
Terengganu. Adakah mereka mahu menggadaikan prinsip sebagai sebuah badan
korporat yang bertaraf antarabangsa atau tunduk atas kemahuan tuan
politiknya. Petronas mesti ingat, mereka bukan sahaja membuat perjanjian
dengan kerajaan negeri Terengganu bahkan juga dengan badan-badan korporat di
seluruh dunia. Apakah penilaian mereka nanti andaikata Petronas akur dengan
kehendak tuan politik mereka. Ini sebenar tidak sukar un! tuk kita telah
kerana sebagai pegawai yang dilantik oleh kerajaan Pusat, amat sukar untuk
mereka melawan keputusan Pusat itu.
Kita yakin, kerajaan Pusat tidak lagi memikirkan persoalan nama baik atau
imejnya lagi. Apalah salahnya mencalarkan sedikit imej yang sememangnya
sudah banyak tercalar itu berbanding dengan membiarkan PAS membuktikan
kepada rakyat bahawa dia lebih mampu dari Umno/BN dalam mentadbir negeri
dengan bantuan wang royalti itu.
Sebenarnya inilah yang sangat ditakuti oleh Dr Mahathir. Beliau sedar,
dengan imej buruk yang ada kepada Umno, rakyat relah memberi peluang kepada
PAS dalam pilihan raya lepas. Sebahagian dari mereka memberikan undi kepada
PAS sebagai percubaan, setelah kecewa dengan Umno. Ia dibuat dalam keadaan
ragu-ragu - hanya beri sekali peluang kepada PAS.
Tetapi, jika dengan bantuan wang yang mencukupi dari royalti minyak ini, PAS
berjaya membuktikan kemampuannya untuk mentadbir Terengganu lebih baik dar! i
Umno, nescaya selama-lamanyalah Umno tidak akan berjaya merampas Terengganu
lagi. Bahkan, rakyat negeri lain juga akan yakin untuk memberikan undi
kepada PAS dalam pilihan raya akan datang.
Inilah sebenarnya ketakutan Mahathir. Sebab itulah beliau tidak percaya
kepada orang lain lagi untuk memulihkan Umno dan turun ke gelanggang
sendiri.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!

Kirim email ke