*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
FWD>>>>>>>
==============================================================================
==

Kepada,
Muslimin & Muslimat
Yang dirahmati Allah swt.

Assalammualaikum.

DERMA PEMBINAAN MASJID AL YAHYA TAMAN KLUANG BARAT 86000 KLUANG, JOHOR DT.

Dengan segala hormatnya  dimaklumkan berhubung perkara di atas kami
Jawatankuasa Pembinaan  Masjid ingin memohon jasa baik muslimin &
muslimat dapat memberikan derma bagi membantu pembinaan masjid ini.

2. Pembinaan masjid ini telah terhenti semenjak bulan Mei 1998 dan
terbengkalai sehingga sekarang.  Pembinaan masjid ini telah dimulakan
pada bulan Oktober 1997. Pembinaan masjid ini telah terhenti setakat 51%
kemajuan pembinaan.   Kos pembinaan masjid ini adalah dari sumbangan
orang ramai sebanyak RM431,000.00 dan peruntukan dari Kumpulan Prasarana
Rakyat Johor sebanyak RM900,000.00.   Dianggarkan masjid ini boleh
menampong seramai 1700 orang jemaah apabila telah siap nanti.  Oleh
sebab kegawatan melanda negara, peruntukan dari KPRJ tidak diterima.

3. Kedudukan masjid ini terletak di dalam kawasan Taman Kluang Barat,
bersebelahan Stadium Daerah Kluang dan Kawasan Perindustrian Mengkibol.
4km dari bandar Kluang menuju ke Air Hitam, Batu Pahat.

4. Di sini kami merayu kepada semua penerima surat ini agar dapat
memberi sumbangan sebanyak minimum sebanyak RM10.00 dengan memasukkan ke
dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad.  No. Akaun 1 – 036 – 00228 –
65.  Atas nama AJK Pembinaan Masjid Al Yahya. Terdahulu adalah
diharapkan agar muslimin dan muslimat dapat menyemak  nama akaun sebelum
memasukkan duit ke dalam akaun ini.  Ini adalah untuk mengelakkan
sebarang  perkara yang tidak di ingini berlaku.

5. Seterusnya kami memohon jasa baik muslimin dan muslimat agar dapat
membantu kami membuat 10 salinan (photostat ) / e-mail dan menghantarkan
kepada saudara atau sahabat yang dikenali.

Sekian semoga apa yang muslimin dan muslimat lakukan ini akan mendapat
pembalasan dari Allah swt. dengan sewajarnya Insy’alah.  Kami
mengucapkan jutaan terima kasih di atas  sumbangan dan kerjasama ikhlas
yang telah diberikan.

Sekian terima kasih.


Abd.Aziz Bin Che Embi            Roslan Bin Hj.Othman
Pengerusi J/kuasa.               Setiausaha Pembinaan
Pembinaan Masjid Al Yahya        Masjid Al Yahya
H/P 010-7262670                  011-734228


Raja Rozhan Bin Raja Jaafar
Bendahari Pembinaan
Masjid Al Yahya
019-7163174


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke