*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Boleh tak sesiapa yang tahu pasal qadyani.....sebab apa yang ana 
>dengar di malaysia ada orang islam yang berfahaman qadyani dan 
>juga difahamkan terdapat masjid khas untuk golongan ini di Batu
>Cave....sapa-sapa yang tahu....ana minta penjelasan.

Saya berpeluang berkenalan dengan orang-orang berfahaman Qadyani
di internet. Setahu saya, mereka juga mengakui Nabi Muhammad
sebagai RASUL terakhir dan Al-Qur'an dan Hadith adalah pegangan
mereka. Cuma masalah mereka ialah, mereka percaya masih ada
NABI lagi dilantik oleh Allah sepanjang zaman. Jawatan keRASULan
sudah tamat dengan kedatangan Nabi Muhammad, and tidak ada
RASUL lagi. Syariat Islam adalah syariat yang terakhir dan
sempurna. Sebab itulah orang Qadyani hampir 100% beribadat macam
orang Islam.

Yang menjadi masalah ialah mereka menganggap Mirza Ghulam Ahmad
adalah seorang nabi selepas Nabi Muhammad. Dan seterusnya tidak
mustahil ada lagi nabi-nabi sehingga hari qiamat. Itu pandangan
mereka. Mereka mengira orang Qadyani adalah sebahagian umat
Islam dan mereka juga pergi buat haji ke Mekah. Cara-cara ibadat
mereka adalah mengikut hadith-hadith sahih. Setakat ini mereka
menyokong perjuangan umat Islam menentang semua golongan kafir.

Ada satu yang kita tidak boleh menerima orang Qadyani sebagai
termasuk Ahlus_Sunnah Wal_Jemaah ialah mereka MENOLAK hukum-
hukum hudud !! Untuk mendapat gambaran yang tepat tentang
ajaran Qadyani, silalah baca buku "The Religion Of Islam" oleh
Maulana Muhammad Ali, yang merupakan pemimpin satu mazhab
Admadiyyah yang dikenali sebagai Ahmadiyyah Lahoriy. Sebenarnya
Qadyani adalah serpihan mazhab Ahmadiyyah, yang dikenali
sebagai Ahmadiyyah Qadyani yang diasaskan oleh Mirza Ghulam
Ahmad yang mengaku menjadi nabi.

Dari satu segi mereka adalah lebih baik daripada Golongan
Anti-Hadith (GAH) yang dipimpin oleh Kassim Ahmad. In kerana
orang-orang Qadyani menerima pakai hadith-hadith sahih, tetapi
perangai buruk mereka ialah mereka mentakwil hadith-hadith
berkenaan hukum-hukum hudud..tetapi mereka TIDAK menolak
Hadith.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke