*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum…kengkawan, seperti biasa le….borak-borak sikit 
ye…..sementara nak tunggu kau orang punya mail masuk. Kejab aje dah 18 sept.

‘Angan-angan Mat Jenin’ ungkapan ini di beri oleh orang 
dulu-dulu…..sebenarnya mencelah sendiripun tak tahu bila…samaada di tahun 
50’an ke….60’an ke….? Tapi maknanya kita faham le, iaitu berkaitan orang 
yang suka mengimpikan perkara yang bukan-bukan dengan tanpa berusaha.

Bagi pendapat mencelah, angan-angan tu adalah satu imaginasi. Sebab, 
rekacipta yang di hasilkan oleh orang barat dulupun…..bermula dengan 
imaginasi, dari penghasilan skrew sehingga kepada janakuasa.

Bila kita cakap tentang imaginasi ni….mencelah rasa apa pekerjaan pun 
perlukan imaginasi.Sebabnya, apabila kita kaya dengan imaginasi…..barulah 
kita dapat menghasilkan sesuatu dengan penuh kreatif. Kalau nak bina 
landscape katakan…….depan rumah, kalau tiada imaginasi, hasilnya nampak 
macam kebun sayur……aje.

Kengkadang kita boleh menilai imaginasi seseorang melalui hand writing 
dia…..adakalanya orang nak baca pun tak boleh, tetapi penuh dengan seni …nak 
kata tulisan khat pun…bukan dia. Tapi berbeza dengan orang bertulisan 
buruk…….dah tu nak bacapun tak boleh, jadi itu orang tanpa imaginasi.

Mencelah ada baca satu artikel yang di tulis oleh seorang philosopher iaitu 
Dr Nigel JT Thomas dari California State University. Dia kata ‘Imagination 
as an Approach to Consciousness’ sebabnya apabila kita ber- imaginasi ,itu 
bermakna .. kita merangka satu permasalahan pada diri sendiri untuk di 
selesaikan!Jadi setiap perengkat yang kita lalui untuk menyelesaikannya…maka 
kita akan menghadapi berbagai-bagai halangan dan kerumitan, tetapi hasil 
akhirnya ialah satu kejayaan!Dan dia kata imaginasi adalah ‘bridge’ diantara 
minda dan fizikal, sebab apabila kita ada imiginasi sesuatu…..dengan spontan 
minda akan mengarahkan fizikal bertindak. (Mawar…..kamu faham ke dak..apa 
yang di maksudkan, ini bidang palsampah)

Imaginasi ada berbagai keadaan sebenarnya……ada yang tak dapat hendak di 
terjemahkan kepada umum, contoh imaginasi daripada kanak-kanak ‘kenapa saya 
suka rumah saya’! satu lagi tu……..budak-budak cuci kereta…..dapat upah duit, 
tolong gilap kasut….dapat upah duit, bagi luruh nyok…..dapat upah duit, 
tolong pijak belakang pak….sekali gol!!!gol!!!….macam nak patah belakang 
bapak!…rupa-rupanya nak pi ‘Sydney 2000’!!! jadi itupun imaginasi jugak 
namanya.

Sebenarnya…apa bila mencelah baca artikel si pholosopher tu….mencelah pun 
ter-imaginasi jugak. Bukannya apa, banyak sungguh kita tengok barangan yang 
menarik di pasaran sekarang diantaranya……talipon, dulu tak boleh, tapi kini 
kita boleh tengok enjin dia… dia orang buat kulit ‘transparent’.Begitu juga 
dengan komputer…….yang terbaru punya kita boleh tengok enjin dia 
jugak….sebab kulit dia dari plastik yang transparent.

Jadi bila cakap tentang transparent ni….mencelah dok bayangkan kalaulah di 
suatu hari nanti ada orang ber imaginasi peti ais di rumah pun nak buat 
transparent……hai bimbang jugak le kita nak guna. Sebabnya sestengah orang 
pergi market seminggu sekali, jadi pada 2-3 hari yang pertama ok le……kalau 
jiran gi ke dapur nampak penuh dengan lauk-pauk dan buah-buahan. Tapi bila 
dah 4-5 hari dia orang nampak…peti saja yang besar sampai 3-4 tingkat (kalau 
dok KL boleh buat sewa setingkat) tapi isi tak ada. Nanti orang nampak gulai 
semalam ada semangkok, sambai dalam piring dengan kacang brendi dua tiga 
batang…pedal dengan hati ada sepasang (isi dah buat mee kari) tapi yang 
menariknya kebiasaannya ....orang simpan ice cream dalam peti, tapi ada 
orang simpan night cream dengan day cream….tapi cream le jugak. Kena ada 
mami jarum….happpp….jangan gi ke dapur!

Tapi sejauh mana sekalipun kita punya imaginasi…jangan sampai  cekek darah 
macam orang tua tu sudah la……. Nak buat macam mana dia punya imaginasi 
bagaikan nak menikah dengan putri gunung ledang…..mahligai kena ada sebiji. 
Biar gila macam Szalinski tak apa lagi….tak kacau orang.

Tapi ini semuanya ‘imaginasi’ mungkin 10-20 atau di tahun 3000….. yang 
bukan-bukan akan ada.

Bye…kengkawan jumpa lagi.

[EMAIL PROTECTED]
(Hakcipta Terpelihara)


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke