*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di Sebalik Tabir Kehidupan

Pengalaman 4 Tahun Yang Membongkar Rahsia Kejadian-kejadian Sihir



Oleh

Mohamad Ariff Baharom





Sepintasan Refleksi



‘Aku berlindung dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui dari 
syaitan yang direjam.’

Pengalaman adalah amat berharga bagi seluruh pengertian hidup yang dilalui. Teori dan 
pengetahuan literal semestinya dialami dengan praktis dan amali. Itu adalah kosmologi 
ilmu moden kini.

Bila seseorang mengalami sesuatu yang di luar jangkaan empirikal, biasanya ia dilihat 
sebagai suatu mistri dan dianggap tidak saintifik. Sebenarnya ini adalah suatu 
tanggapan gelojoh. Mungkin inilah yang menjadikan Al-Quran mengisahkan secara panjang 
lebar kejadian manusia dan kaitannya dengan perintah sujud kepada malaikat dan iblis 
untuk Adam [ Q; 2: 30 - 32]. Kisah ini malangnya menjadi lagenda retorik dan bukan 
amali saintifik. Dengan itu, apakah lagi yang boleh membuktikan kebenarannya selain 
dari pengalaman dan keyakinan kepada keterangan keagamaan.

Sejak bermula dengan sejarah kemakhlukan manusia, sihir dicatit sebagai suatu 
makanisma para pendusta. Malah nabi-nabi yang membawa kebenaran pernah dicuba dan 
diserangi kesihiran. Tetapi Allah maha berupaya melindungi mereka. Maka sihir terus 
menjadi tajaan mereka yang berani bersosial dan berurusan dengan sesuatu yang begitu 
jingga. Maka warna hidup sedemikian (kejinggaan) mencari jalan biadab dengan 
mengemukakan respon di luar jangkaan teknologi. Kerohanian dan citarasa dalaman 
menjadi sasaran.

Penulis buku ini mendedahkan segala pengalaman realitinya secara penuh sedar akan 
sesuatu yang disebut mistri tadi. Ia dihadapi sendiri dengan penuh bijaksana dan 
mengerti. Pengalaman dan pergaulannya yang akhirnya dapat menjawab dan menyelesaikan 
ilusi-ilusi malang kepada suatu kemaknaan dalam transformasi kehidupan. Transformasi 
bermaksud perubahan kepada keadaan yang lebih cemerlang, sesuatu yang menjadi impian 
tiap orang. Tetapi bukan semua orang boleh menghadapi dan menerima fenomena negatif 
dalam dirinya untuk berjaya diolah menjadi remedi yang berguna, paling kurang untuk 
dirinya sendiri.

Mengolah sesuatu mistri dan spiritualistik menjadi bahan nyata dan fizik adalah 
sesuatu yang di luar dugaan dan jarang diceritakan kepada orang. Tetapi apakah penulis 
harus memperibadikan pengalaman ini sebagai khazanah diri semata-mata? Di sana ramai 
lagi mereka yang bertungkus-lumus berperang secara sendirian kerana rasa malu, takut 
dan terhina bila diketahui orang. Hatta diperakui oleh para ahli agama. Hal ini tidak 
sebagaimana kepada pengarang ini. Niat dan cita-cita sucinya dilakukan melalui 
pendedahan pengalaman berbentuk penyiksaan yang hampir-hampir melumpuhkan idealisme 
dan perjuangan hidup. Pada saya pendedahan yang dilakukan adalah sesuatu yang amat 
berharga kepada masyarakat.

Walau bagaimanapun, kepada Allah jua semua manusia patut berserah dan bergantung 
perlindungan. Allah swt sendiri mengajar sebegini seperti dalam Surah An-Nas [114: 
1-6] . Ini adalah hakikat alam yang kita hidupi kini dan yang penting ialah usaha dan 
ketabahan, berbekalkan pengertian yang jelas mengenai makna hidup dan tujuan yang 
kudus dari kehidupan tersebut. Wassalam.



Prof Madya Dr. Yaacob bin Yusoff

Pensyarah Sejarah & Falsafah Sains Islam

ITM, Shah Alam.


Baca kisah selengkapnya di :

http://homepages.go.com/~mabah40/TAJUK.HTML







 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke