*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kata Dr Mahathir: >Baru-baru ini saya berjumpa dengan Presiden Algeria yang meminta >Malaysia menghantar pakar ke negaranya. Mereka mahu belajar >banyak perkara daripada Malaysia. Beliau mendapati Malaysia >adalah "Negara Islam Contoh" kepada lain-lain negara Islam di >dunia. Bukan Presiden Algeria sahaja berkata demikian bahkan >ramai lagi termasuk Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan beberapa >pemimpin terulung dunia turut mengatakan Malaysia negara Islam >mithali. Ulasan: Kita mesti faham bahawa hukum Hudud bukan setakat diperkata di Malaysia, bahkan seluruh dunia sibuk membicarakan tentang Hudud. Persoalannya...adakah hukum itu tidak sesuai dengan zaman ini dan kenapakah banyak negara-negara Islam tidak mengamalkannya? Persoalan ini sering dibangkitkan dalam forum-forum dalam internet. Orang-orang bukan islam pernah bertanya kenapa terdapat dalam Islam undang-undang yang sukar dijalankan? Kenapakah hukum Hudud tidak dipakai oleh negara-negara Islam sendiri? Persoalan ini memang sukar dijawab oleh orang-orang Islam sendiri, seolah-olah hukum itu TIDAK praktikal dan negara-negara Islam sendiri menolaknya. Maka musuh-musuh islam mengambil peluang ini untuk menyibarkan propaganda bahawa ugama Islam tidak betul. Lebih-lebih lagi orang-orang yang mengaku diri mereka Islam yang berfahaman sekular berkata bahawa hukum Hudud tidak ada dalam syariat Islam. Mereka secara terang-terang menentang Hudud dan mencaci orang-orang Islam yang mempertahankan hukum Hudud. Ini kerana mereka yang berfahaman sekular merasa malu bahawa isu hukum Hudud menjadi penghalang bagi orang-orang Barat memeluk Islam. Oleh itu mereka berusaha mempengaruhi umat Islam sendiri supaya menolak hukum Hudud. Maka di zaman internet ini, muncul satu gerakan secara menyeluruh orang berotak sekular mengajak umat Islam menolak Hudud. Mereka itu biasanya adalah orang-orang Mesir yang menjadi penyokong kuat Presiden Hosni Mubarrak. Sebab itu ketika Dr Mahathir melawat Mesir baru-baru ini, Presiden Hosni Mubarrak memberi lampu hijau kepada Dr Mahathir supaya lebih kuat menentang gerakan Islam di Malaysia. Golongan sekular ada di mana-mana negara Islam. Mereka ditaja oleh Amerika dan Kristian Antarabangsa untuk menghapuskan semua gerakan Islam di dunia ini. Di Turki, parti Islam Refah telah dihapuskan. Di Aljeria pula, parti Islam FIS telah dihapuskan. Maka Dr Mahthir mendapat sokongan daripada Hosni Mubarrak untuk menghapuskan parti Islam Pas di Malaysia. Kembali kepada Hudud. Allah memberi hukum Hudud untuk umat Islam mendaulatkannya. Kita diperintahkan oleh Allah supaya meletakkan hukum-hukumNya di tempat yang tertinggi, mengakui bahawa hukum-hukum Allah adalah paling tertinggi mengatasi semua undang-undang lain bikinan manusia. Sungguhpun negara kita Malaysia tidak menjalankan hukum Hudud, tetapi adalah WAJIB kita sebagai orang Islam MNDAULATKAN hukum-hukum Allah, walaupun dari segi dhahir kita tidak berkemampuan lagi, tetapi dalam ruh keimanan kita, kita mengakui hukum Allah adalah yang tertinggi dan sempurna. Kalau kita tidak berbuat begitu..maka kufurlah kita. Perhatikan satu ayat dalam Al-Qur'an,"..jika kamu taat kepada kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya akan tersesatlah kamu dari jalan Tuhan kamu.."(Surah An'am(6):116). Ayat ini memberi satu amaran bahawa ramai manusia di muka bumi ini adalah sesat. Orang kafir adalah terang-terang sesat, dan lebih merbahawa lagi, orang- orang yang nama mereka Muslim, tetapi pada hakikatnya mereka adalah sesat dan cuba menyesatkan orang lain pula. Ini jelas yang berlaku di zaman internet ini. Mereka menggunakan internet untuk mengheret umat manusia menjadi sesat macam mereka. Lebih-lebih lagi mereka berusaha untuk menjadikan umat Islam sendiri ragu- ragu tentang hukum Hudud ..kononnya hukum itu tidak ada dalam Al-Qur'an, ulama silam telah memesungkan ajaran Islam dengan mengajar hukum Hudud, dam hukum Hudud tidak sesuai dengan zaman moden ini dan umat Islam bebas membuat pindaan pada syariat Islam untuk disesuaikan dengan kehendak zaman teknologi ini untuk menjadi maju. Sebab itulah banyak negara-negara Islam mendapati hukum Hudud tidak pratikal mengikut fahaman sesat mereka. Kita mesti ingat, mereka yang berkata begitu adalah orang-orang yang berfahaman sekular, mereka bukan orang Islam tulin. Lihatlah kepada Turki, wanita Islam yang memakai tudung dalam parlimen pernah di hukum kerana bercanggah dengan undang-undang negara. Lelaki Islam di Turki tidak dibenarkan berpoligami dan perbuatan itu melanggar undang-undang sekular negara Turki. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita mempertahankan hukum Hudud dan mendaulatkannya, walaupun dimana-mana sahaja di dunia ini kerana ia adalah undang-undang Allah. Sekarang timbul satu gerakan seluruh dunia yang ditaja oleh puak sekular, Yahudi dan Kristian Antarabangsa untuk memesung akidah umat Islam di muka bumi ini. Berhati-hatilah, janganlah terpengaruh oleh kata-kata manis Dr Mahathir, Presiden Hosni Mubarrak, Ustaz Nakhaie, dan banyak lagi. Mereka menjadi alat-alat Iblis dan syaitan untuk menyesatkan umat Islam. Kita mesti ingat, pemimpin-pemimpin sekular dari Algeria dan Mesir yang memuji Dr Mahathir pernah menangkap dan membunuh ulama-ulama dan tok-tok guru di negara mereka sendiri. Oleh itu mereka memberi sokongan kepada Dr Mahathir dan UMNO untuk menghapuskan gerakan Islam Pas. Setahu saya melalui internet, saya mendapat gambaran bahawa pihak Kristian antarabangsa mahu semua gerakan Islam dihapuskan. Ini kerana dengan terhapusnya gerakan-gerakan Islam, maka dengan mudahlah Kristian disebarkan secara halus kepada orang-orang Islam di negara-negara umat Islam. Ini kerana apabila orang-orang Islam berfahaman sekular, maka mereka tidak akan mengambil penting tentang ajaran-ajaran Islam...akhirnya generasi mereka yang akan datang menjadi lebih mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah Kristianisasi. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>