*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Ni apa cerita ni?  Tak ada kerja yang lebih baik ke selain
dari mengacau keharomian penduduk setempat?

-------------- 
Someone wrote:

Malam tadi (19/9/2000) Masjid Pusat Bandar Hicom (atau 
dikenali Masjid Al-Munawwarah) Seksyen 27, Shah Alam 
didatangi oleh seorang Pegawai Tadbir Agama Daerah 
Petaling, JAIS dengan tujuan untuk mengumumkan bahawa 
masjid ini ditadbir oleh AJK baru 100% yakni AJK lama 
(walau pun tarikh tamat tauliah ialah paga 31/12/2001) 
dipecat semua sekali dengan rakus sekali oleh Pengarah 
JAIS.

Walau bagaimana pun malam tadi suasana masjid cukup murni
dan aman dimana kesemua para jemaah masjid kecuali 
beberapa orang yang terdiri dari AJK baru, pakat-pakat 
menunaikan solat hajat dengan membaca doa qunut nazilah 
untuk memohon kepada Allah muga-muga Allah hancur-leburkan
perancangan jahat orang yang terlibat dengan perancangan 
ini serta memohon kepada Allah semuga Allah memberikan 
taufik kepada orang yang berkenaan.  Melihat keadaan 
demikianlah barangkali Pegawai JAIS berkenaan tidak jadi 
hendak buat pengumuman tetapi akan dibuat pada malam ini
(20/9/2000). 

Jadi kepada semua pencinta-pencita Islam datanglah 
beramai-ramai kemasjid ini untuk menyaksikan pengumuman 
yang tidak bermaruah ini.  

Untuk pengetahuan anda semua, AJK baru yang dilantik ini 
tidak mendapat mandat dari Ahli Kariah Masjid tetapi 
mereka dilantik oleh JAIS yang dicadangkan oleh UMNO.  

Kepada sesiapa yang boleh berhubung dengan HARAKAH, sila 
berbuat demikian muga-muga berita ini dapat disiarkan 
keseluruh negara.


----------------------------------------------------------------------
Get your FREE ShyMail account!
http://www.shymail.com/


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke