Assalamualaikum,
Komen yang di post dibawah, dari mana puncanya ? Maksud saya, report tu untuk siapa,
adakah untuk MT UMNO atau untuk rakyat marhain penyokong umno ni sedapkan hati.
Adakah report tu telah diterima oleh Mahathir dan Kabinet UMNOnya ?
On Wednesday, September 20, 2000 salam sejahtera wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu'alaikum,
>
>Inilah satu daripada komen agak membina daripada pemimpin tertinggi UMNO
>bila Anuar Musa mula mencari kesilapan dalaman UMNO untuk membaiki diri.
>Kalau tidak, asyik-asyik tuduh PAS penghasut, PAS
>pemecah-belah..bla...bla.... Terutama 'yang sorang tu'. Meluatnya.
>
>Tapi, tengoklah nanti. Laungan membina semacam Anuar Musa ni tak akan
>disambut MT UMNO dengan sukahati punya. Gerenti ada musuh dia di kalangan
>pemimpin UMNO yang akan mengapi-apikan Mahadey supaya menghentam balik Anuar
>Musa dan cadangan bernasnya.
>
>Gerenti punya. Bukan ke dalam UMNO ni banyak sangat golongan oportunis yang
>sentiasa bersedia jatuh-menjatuh antara satu sama lain dengan bermacam-macam
>cara. Seperti fitnah, rasuah politik wang, dan surat layang.
>
>Jadi, alamatnya sebaik manapun cadangan tu, tak akan ada apa-apa kesan
>positif punya. Yang ada kesan negatif bila pemberi cadangan pula
>dikaratekan, he..he... Inipun takdir Allah untuk mentakdirkan UMNO
>diruntuhkan dari dalam, sebagaimana Kerajaan Rom runtuh suatu masa dahulu.
>
>Kita sama-sama tengok. InsyaAllah.
>
>Wassalam.
>
>
>
>>From: Creative <[EMAIL PROTECTED]>
>>To: [EMAIL PROTECTED]
>>Subject: H-Net* Umno dilatih sebagai tidak lagi terbuka, tidak
>>demokratik...,Anu ar Musa
>>Date: Tue, 19 Sep 2000 19:29:29 -0700 (PDT)
>>
>>Mencipta semula UMNO
>>Oleh: ANUAR MUSA
>>Pilihan Raya 1999:
>>PILIHAN raya 1999 telah memberikan satu kejutan kepada UMNO. Buat pertama
>>kalinya UMNO kelihatan lemah di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Selain
>>daripada gagal merampas Kelantan, Terengganu telah jatuh ke tangan Pas,
>>manakala di kebanyakan kerusi majoriti Melayu, UMNO mengalami kemerosotan
>>undi yang amat ketara. Kawasan-kawasan Parlimen yang dimenangi UMNO dengan
>>majoriti kurang dari 5,000 dalam pilihan raya 1995, kesemuanya jatuh ke
>>tangan Barisan Alternatif (BA).
>>Senario Politik Yang Berubah:
>>Selain daripada faktor politik semasa yang berpunca daripada isu pemecatan
>>Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati UMNO sendiri lemah jenteranya dan
>>kehilangan pengaruh di kalangan pengundi Melayu sendiri. Fenomena ini bukan
>>sahaja dilihat di kawasan-kawasan luar bandar di mana biasanya persaingan
>>sengit diberikan oleh Pas tetapi juga dilihat di kawasan-kawasan bandar
>>yang
>>biasanya UMNO ternyata lebih kuat. Selain daripada itu pengundi-pengundi
>>tradisi UMNO, seperti pengundi pos di kalangan pasukan keselamatan,
>>pegawai-pegawai kerajaan dan juga pengundi-pengundi muda lebih tertarik
>>untuk memberikan sokongan kepada pembangkang.
>>Wake-up Call:
>>Melihat kepada keadaan ini, kejutan yang dialami oleh UMNO ini haruslah
>>dilihat sebagai satu wake-up call yang serius yang tidak lagi boleh
>>dipandang ringan. Walaupun rata-rata nampaknya keadaan ini cukup disedari
>>oleh pemimpin dan ahli-ahli UMNO, sama ada di peringkat tertinggi parti
>>termasuk Perhimpunan Agung UMNO ataupun di peringkat akar umbi namun ia
>>umpama penyakit yang sudah diketahui sedangkan penawarnya masih belum juga
>>ditemui.
>>Selain dari virus pembangkang ternyata merupakan ancaman yang tidak boleh
>>dipandang ringan dari segi merbahayanya, UMNO pula perlu memastikan
>>kekuatan
>>antibody-nya yang benar berupaya melawan jangkitan penyakit dari luar dan
>>dalam.
>>UMNO Perlukan Perubahan:
>>Berdasarkan kepada pengalaman sebagai aktivis parti yang telah melalui
>>proses kenaikan dalam parti daripada bawah, dan telah memegang pelbagai
>>jawatan di peringkat Pemuda, cawangan, bahagian sebelum menduduki Majlis
>>Tertinggi UMNO, saya berpandangan bahawa UMNO perlukan reinvention dan
>>reengineering untuk kekal berpengaruh.
>>Walaupun pandangan-pandangan ini mungkin dilihat agak radikal namun saya
>>berpendapat ia perlu diutarakan, setidak-tidaknya untuk diperbahaskan dan
>>untuk melihat kesediaan penerimaannya oleh ahli-ahli UMNO keseluruhannya.
>>Saya berpendapat sekiranya tidak dilakukan sesuatu yang cukup berani dan
>>drastic yang dilihat oleh orang Melayu sebagai satu usaha yang
>>bersungguh-sungguh dan meyakinkan untuk UMNO melakukan perubahan, saya
>>khuatir UMNO akan terus ditinggalkan dan akan terus kehilangan pengaruh di
>>kalangan orang Melayu sendiri.
>>Pembangkang Yang Semakin Kuat:
>>Tidak dapat dinafikan bahawasanya UMNO tidak lagi boleh mengandaikan
>>senario
>>politik negara sama seperti tahun-tahun yang kebelakangan. Kemunculan
>>parti-parti politik Melayu dengan pendekatan yang semakin 'pragmatik',
>>berinovasi dengan pendekatan yang lebih terbuka, mereka telah berjaya
>>menguasai sokongan akar umbi dan penyebaran pengaruhnya cukup meluas sama
>>ada bandar atau luar bandar.
>>Mereka berjaya membuat appeal dan mempengaruhi pegawai-pegawai kerajaan,
>>golongan menengah Melayu, malah badan-badan bukan kerajaan. Seolah-olah ada
>>satu pola di kalangan orang Melayu yang tidak lagi memberi sokongan padu
>>kepada UMNO dan kelompok ini nampaknya semakin membesar.
>>UMNO perlu melakukan adjustment, bersikap 'luwes' dan terbuka dan tidak
>>seharusnya bersifat statik. UMNO tidak boleh terlalu bergantung kepada
>>nostalgia lama sebaliknya mengambil langkah-langkah yang berani untuk
>>memastikan ia kekal relevan dan berpengaruh.
>>Imej Negatif UMNO
>>UMNO harus berani mengakui tentang wujudnya beberapa masalah yang menjadi
>>punca kelemahannya. Antara kelemahan ini termasuklah:-
>>(i) UMNO dikatakan tidak mempunyai ideologi dan falsafah perjuangan yang
>>jelas. Ia sering dituduh sebagai tidak berlandaskan Islam. Malah ia
>>dikatakan lebih bercorak 'kebangsaan', cita-cita Islam tidak menjadi paksi
>>utama, bahkan hanya satu daripada cita-cita UMNO, yang dibariskan di tempat
>>ketiga daripada enam cita-cita utama dalam Perlembagaan, selepas cita-cita
>>mengenai kemerdekaan dan mempertahankan Perlembagaan. Fasal 3, dari 3.1
>>hingga 3.6 dalam Perlembagaan UMNO harus dilihat semula untuk memberi
>>pengertian baru dan penghuraian dasar serta falsafah UMNO yang lebih jelas
>>terhadap perjuangan yang berlandaskan Islam, serta menyusun priority
>>memperjuangkan tuntutan agama, kekuatan politik Melayu, kemajuan ekonomi
>>bangsa, selain dari hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan kedaulatan
>>negara.
>>(ii) UMNO dilatih sebagai tidak lagi terbuka, tidak begitu demokratik malah
>>menjadi semakin eksklusif dengan peraturan-peraturan yang banyak
>>diperkenalkan secara 'ad-hoc'. Walaupun dengan tujuan yang baik tetapi
>>dalam
>>proses berbuat demikian ia dilihat sebagai semakin tertutup dan
>>mengongkong,
>>dengan peraturan-peraturan yang makin menyulitkan. Ini termasuklah
>>syarat-syarat tertentu bagi melayakkan seseorang menawarkan diri memegang
>>jawatan-jawatan tinggi dalam parti. Banyak peraturan dilihat memberi
>>advantage kepada incumbent dan mereka yang berkuasa.
>>(iii) UMNO dilihat sebagai kurang membuka ruang kepada golongan muda.
>>Terdapat banyak halangan-halangan sama ada kerana birokrasinya ataupun juga
>>kerana amalan-amalan di dalam UMNO itu sendiri, dilihat sebagai menghalang
>>golongan terpelajar dan golongan muda menyertainya.
>>Halangan pegawai-pegawai kerajaan Kumpulan A telah menyebabkan makin
>>kekurangan golongan intelektual mendapat acces dan pembabitan dengan UMNO,
>>walaupun kelahiran ramai pegawai Melayu adalah hasil perjuangan UMNO
>>sendiri.
>>(iv) UMNO dilihat sebagai parti yang sangat kuat mengamalkan 'politik wang'
>>dan rasuah. Semakin banyak perkara ini diperkatakan termasuk oleh pucuk
>>pimpinan setiap kali ada pemilihan Perhimpunan Agung, tidak mengurangkan
>>imej 'politik wang' kepada UMNO malah ia menambahkan lagi keyakinan dan
>>tanggapan orang ramai bahawa UMNO dan pemimpin-pemimpinnya berebut jawatan
>>sehingga sanggup melakukan 'politik wang' dan rasuah. Ini telah menjejaskan
>>imej dan kewibawaan pemimpin UMNO pada keseluruhannya.
>>(v) Amat ketara sekali kurangnya penyertaan wanita muda dalam UMNO.
>>Pergerakan Wanita UMNO sama ada di cawangan, bahagian atau peringkat
>>tertinggi, di monopoli oleh wanita yang lebih berumur. Ini menyekat secara
>>langsung wanita-wanita muda di kalangan umur belasan dan 20-an atau 30-an
>>untuk mendapat tempat dalam kepimpinan.
>>(vi) Dalam UMNO dilihat terlalu kerap berlaku pertandingan di pelbagai
>>peringkat dan nyata sekali, satu daripada punca kelemahan UMNO adalah
>>akibat
>>daripada perpecahan serta sikap berpuak-puak yang wujud di semua peringkat
>>dalam parti. Setiap kali pertandingan berlaku, UMNO tidak mendapat kekuatan
>>tambahan, malah sebaliknya menjadi semakin lemah.
>>(vii) Dalam UMNO didapati semakin lama semakin bergantung kepada individu.
>>Personaliti dilihat menguasai parti. Personaliti yang berpengaruh membina
>>penyokong di keliling mereka. Kesetiaan lebih tertumpu kepada individu
>>bukannya kepada parti.
>>Ketua UMNO bahagian akan memperkukuhkan kedudukan peribadinya dan dengan
>>kekuatannya itu ia mempunyai bargaining power dengan pemimpin atasan yang
>>juga terpaksa mencari pengaruh untuk dirinya juga. Ini menjadikan UMNO
>>dikuasai oleh beberapa personaliti yang kadangkala menyebabkan pemimpin
>>berpengaruh dalam parti walaupun tidak lagi berpengaruh di kalangan rakyat.
>>Ini sebenarnya melemahkan parti. Kekuatan yang sepatutnya berasaskan
>>'harakah' dan 'organisasi parti' yang berteraskan kekuatan kumpulan/syura,
>>bukannya individu.
>>(viii) UMNO adalah sebuah parti yang terlalu banyak kerenah birokrasinya.
>>Ini menjadi semakin parah dengan corak pentabdiran yang terlalu centralised
>>di peringkat ibu pejabat dan Majlis Tertinggi. Kuasa di peringkat negeri
>>dan
>>bahagian semakin tidak ada. Ini menyebabkan ketidakcekapan dalam pengurusan
>>parti.
>>(ix) Proses pertukaran dan penggiliran pucuk pimpinan amat terbatas. Mereka
>>yang berpengaruh yang mempunyai kedudukan dan wang ringgit berpaut pada
>>jawatan begitu lama dan sukar sekali untuk diubah. Pengaruh mereka tidak
>>menyeluruh tetapi sekadar cukup untuk mempertahankan jawatan. Dengan itu
>>parti menjadi lemah, pemimpin dan individu yang dilihat kuat dalam parti
>>tetapi sebenarnya telah hilang pengaruh di kalangan rakyat terbanyak.
>>(x) Tidak adanya tarbiyah politik yang diatur secara sistematik dalam
>>parti.
>>Pegangan politik banyak bergantung kepada unsur kebendaan. Kelemahan
>>tarbiyah politik ini ada kaitannya dengan kesamaran falsafah dan dasar
>>perjuangan UMNO itu sendiri. Kesan kepada barisan pelapis amat ketara.
>>Pergerakan Pemuda menjadi semakin lemah, idealisme perjuangan semakin kabur
>>dan UMNO menjadi semakin tidak menarik untuk disertai oleh golongan muda
>>dan
>>intelektual Melayu yang biasanya tertarik kepada idealisme yang tinggi.
>>Inilah antara 10 perkara yang saya lihat merupakan masalah yang cukup besar
>>dan ia mesti dilihat satu persatu dalam usaha mencari jalan untuk
>>memperbaiki imej dan memperkuatkan semula UMNO.
>>Dalam konteks inilah saya berpendapat cadangan untuk reinvent UMNO tidak
>>cukup dengan hanya mengadakan perbincangan-perbincangan tanpa pelaksanaan
>>tindakan-tindakan yang bijak dan berani yang boleh benar-benar menjamin
>>perubahan.
>>Tidak dapat tidak kesemuanya ini amat bergantung kepada sistem dan amalan
>>dalam parti. Sistem dan amalan dalam parti pula amat bergantung kepada
>>peraturan, undang-undang dan Perlembagaan yang mengawal perjalanan parti.
>>Oleh yang demikian saya berpendapat cadangan UMNO untuk mengadakan pindaan
>>Perlembagaan kali ini tidak harus bercorak 'ad-hoc' lagi, untuk
>>menyelesaikan beberapa masalah-masalah yang timbul dari semasa ke semasa.
>>Telah terbukti sebelum ini, pindaan-pindaan Perlembagaan yang dibuat secara
>>'ad-hoc' tanpa melihat kepada apa yang sebenarnya hendak dicapai dalam
>>perspektif yang lebih luas dan untuk tempoh jangka yang lebih panjang tidak
>>dapat bertahan lama. Contoh yang jelas ialah pindaan untuk mengadakan
>>'sistem undi bonus', sistem had minimum menjadi ahli sebelum layak menjadi
>>calon, Sistem Peratusan Pencalonan dan sebagainya hanya sesuai untuk
>>beberapa tahun sahaja. Selain daripada tidak dapat menyelesaikan masalah,
>>lebih buruk daripada itu ia dilihat tidak relevan dan tidak sesuai dalam
>>masa yang singkat sehingga ia terpaksa dilihat semula dan
>>perubahan-perubahan terpaksa dilakukan sekali lagi.
>>Perlembagaan UMNO kali ini mestilah dibuat secara lebih menyeluruh. Ia
>>mesti
>>dikaji dari perspektif yang lebih luas tentang apakah rupa bentuk UMNO yang
>>akan masuk berjuang dalam senario politik Melayu dan negara yang baru.
>>Bagaimanakah UMNO harus reinvent itself dengan memperkenalkan
>>perubahan-perubahan walaupun dilihat radikal tetapi sebenarnya perlu dan
>>boleh menjamin meningkatkan pengaruh parti sebagai parti Melayu yang
>>tunggal
>>dan utama bagi memperjuangkan nasi borang Melayu dan umat Islam dalam
>>negara
>>kita. Pindaan Perlembagaan UMNO setidak-tidaknya dapat menyelesaikan 10
>>masalah utama yang telah digariskan di atas.
>>Pindaan-Pindaan Utama:
>>(1) Asas dan Tujuan:
>>Saya mencadangkan Fasal 3 mengenai asas dan tujuan UMNO sepertimana yang
>>tercatat dalam Perlembagaan sekarang harus diubahsuai untuk mencapai
>>cita-cita perjuangan yang lebih sesuai dengan tuntutan semasa. Ia perlu
>>menyebut secara nyata perjuangan berlandaskan Islam. Ungkapan UMNO adalah
>>sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu
>>haruslah diperkukuhkan dengan perkataan kebangsaan Melayu berlandaskan
>>Islam. Ini untuk memberi penekanan tentang kebangsaan Melayu yang berbeza
>>daripada nasionalisme sempit yang bersifat jinggopism ataupun assabiyah
>>ataupun semata-mata berteraskan suku bangsa. Pernyataan asas perjuangan
>>UMNO
>>seharusnya berbunyi: ''UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang
>>mendukung cita-cita kebangsaan Melayu berlandaskan Islam demi mengekalkan
>>maruah dan martabat agama, bangsa dan negara'' (dalam Perlembagaan dicatat
>>.... bangsa, agama dan negara). Pecahan-pecahan Fasal 3 juga iaitu perkara
>>3.1 sehingga 3.6 dalam Perlembagaan juga perlu diubahsuai dan disusun
>>semula.
>>Fasal 3.1: ''melaksana, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi
>>secara bijaksana serta menghormati prinsip kebebasan beragama''. Fasal ini
>>mesti menekankan kepada soal menegakkan Islam secara bijaksana dan
>>diletakkan pada 3.1 yakni pecahan yang teratas dan terpenting selaras
>>dengan
>>kedudukan agama yang tinggi.
>>Fasal 3.2: ''Membentuk kekuatan politik orang Melayu dan kaum bumiputera
>>dan
>>mempertahankannya sebagai teras politik negara, dalam konteks Sistem
>>Pemerintahan Demokrasi Berparlimen''.
>>Ayat ini harus diperkenalkan kerana tidak ada dalam Perlembagaan UMNO
>>menyebut tentang UMNO yang berjuang untuk memperkukuhkan politik orang
>>Melayu dan bumiputera yang kini makin berpecah.
>>Fasal 3.3: ''Berjuang memajukan ekonomi bangsa Melayu dan bumiputera
>>khasnya
>>serta rakyat Malaysia amnya serta mempertahankan kedaulatan rakyat dan
>>keadilan sosial bagi semua kaum''.
>>Fasal 3.4: ''Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa
>>Malaysia yang kuat dan bersatu padu berasaskan kepada hak-hak asasi manusia
>>dan hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan bumiputera''.
>>Fasal 3.5: ''Menjamin kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang
>>tunggal dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu''.
>>Fasal 3.6: ''Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan
>>negeri-negeri dan Raja Ber perlembagaan serta mempertahankan kemerdekaan
>>dan
>>kedaulatan negara''.
>>Susunan baru ini diharap memperjelaskan komitmen UMNO terhadap agama yang
>>dipertikaikan selama ini dan menekankan soal UMNO berjuang untuk
>>memperkuatkan politik orang Melayu. Ditekankan juga usaha UMNO untuk
>>menjadi
>>teras politik negara, selain daripada menyebut dengan lebih jelas tentang
>>matlamat perjuangan ekonomi bangsa, hak istimewa orang Melayu yang mesti
>>terus dipertahankan, dan perkara-perkara lain yang telah sedia ada dalam
>>Perlembagaan.
>>(2) Pemilihan MT
>>Antara perkara yang perlu dipinda bagi mengatasi masalah keterbukaan dan
>>amalan yang lebih demokratik dalam UMNO ialah perkara-perkara yang
>>menyentuh
>>Fasal 9 hingga 15 dalam Perlembagaan. Fasal-fasal ini adalah
>>perkara-perkara
>>yang berkait dengan struktur parti daripada Majlis Tertinggi, Fasal 12 yang
>>berkaitan dengan Badan Perhubungan, Fasal 14 mengenai Bahagian dan
>>seterusnya. Fasal-fasal ini menghuraikan struktur pentadbiran UMNO dan
>>kaedah-kaedah jawatan-jawatan dalam UMNO itu dipilih.
>>Saya fikir telah sampai masanya untuk UMNO merombak struktur ini secara
>>menyeluruh.
>>Pada masa ini sistem pemilihan Majlis Tertinggi dilakukan secara sistem
>>perwakilan. Kira-kira 2,000 orang perwakilan daripada 165 bahagian akan
>>memilih 30 ke 40 orang ahli MKT termasuk penjawat jawatan utama seperti
>>Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan sebagainya.
>>Sistem ini mendedahkan UMNO kepada 'sogokan' dan 'politik wang' kerana
>>jawatan yang begitu tinggi seperti jawatan Presiden yang dilihat sinonim
>>dengan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden dengan Timbalan
>>Perdana
>>Menteri. Ini menjadikan jawatan itu menjadi satu rebutan.
>>Oleh kerana jumlah perwakilan yang tidak begitu ramai dan keupayaan ahli
>>UMNO dari segi kewangan semakin tinggi, pemimpin-pemimpin UMNO mengambil
>>jalan pintas memenangi jawatan dengan cuba menguasai perwakilan dengan cara
>>sogokan secara langsung atau tidak langsung. Timbul juga cara-cara yang
>>menyalahgunakan kedudukan dalam kerajaan dan beberapa amalan-amalan negatif
>>yang lain. Adalah jelas masalah ini sangat sukar untuk diatasi. Walaupun
>>pelbagai usaha dan seruan dibuat oleh pucuk pimpinan parti dan pelbagai
>>peraturan cuba diperkenalkan namun ternyata tidak berkesan. Malah peraturan
>>secara 'ad-hoc' telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan
>>ahli-ahli
>>kerana peraturan-peraturan yang tidak konsisten.
>>Sudah sampai masanya untuk UMNO memikirkan kaedah lain dalam cara memilih
>>pucuk pimpinannya, yang bebas dari sogokan dan rasuah. Saya cadangkan
>>pemilihan jawatan tertinggi dalam parti dibuat oleh semua perwakilan
>>cawangan di mesyuarat agung bahagian-bahagian menggantikan perwakilan
>>bahagian di Perhimpunan Agung. Jumlah perwakilan cawangan ditentukan
>>mengikut jumlah ahli yang membayar yuran dan hadir di mesyuarat Agung
>>Cawangan.
>>Sistem pencalonan oleh Bahagian ditiadakan sebaliknya digantikan dengan
>>sistem yang lebih terbuka iaitu mereka-mereka yang ingin bertanding bagi
>>jawatan tertinggi parti boleh menyatakan hasrat dengan mendaftarkan diri
>>mereka kepada Ibu Pejabat Parti pada tarikh tertentu sebelum persidangan
>>bahagian di mulakan dalam tahun berkenaan. Sistem pendaftaran ini pernah
>>diamalkan oleh UMNO beberapa tahun yang lepas.
>>Untuk memastikan sistem pendaftaran terbuka ini mempunyai saringan tertentu
>>UMNO bolehlah mengadakan syarat-syarat, misalnya untuk seseorang itu
>>bertanding bagi jawatan-jawatan tertentu berdasarkan kepada tempoh menjadi
>>ahli, menjelaskan yuran dan telah memegang jawatan tertentu untuk tempoh
>>masa yang tertentu. Ini menentukan supaya yang mempunyai kelayakan sahaja
>>menawarkan diri bertanding bagi jawatan-jawatan berkenaan.
>>Senarai muktamad yang sah diedarkan kesemua bahagian-bahagian untuk
>>membolehkan perwakilan cawangan ke bahagian membuat pilihan.
>>Sudah tentu mereka yang tidak popular amat sukar untuk dipilih dan ini akan
>>menjadikan calon-calon yang benar-benar popular kerana memberikan
>>perkhidmatan di akar umbi lebih peluang untuk dipilih menduduki jawatan di
>>dalam parti. Sistem ini sama sekali tidak membolehkan calon untuk berkempen
>>kerana tempoh pendaftaran bertanding dan mesyuarat bahagian adalah pendek,
>>dan mesyuarat bahagian boleh berjalan secara serentak.
>>* DATUK ANNUAR MUSA, Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
>>
>>�
>>
>>
>>COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
>>
>>
>>---------------------------------
>>Do You Yahoo!?
>>Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
>
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>Share information about yourself, create your own public profile at
>http://profiles.msn.com.
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
-----------------------------------------------------------------------
FREE global voice/fax/e-mail in your mailbox at http://www.hotvoice.com