KENYATAAN MEDIA

SOLAT HAJAT BEBASKAN ANWAR DI MASJID NEGARA PADA 22 SEPTEMBER

 

 

Satu Solat Hajat Bebaskan Anwar akan diadakan di Masjid Negara selepas Solat Jumaat esok, 22 September. Solat hajat itu akan diketuai oleh seorang tokoh ulama’ muda dan salah seorang pemimpin berpengaruh Parti keADILan Nasional.

 

Solat hajat tersebut akan diiringi dengan doa munajat memohon Allah memberi kekuatan kepada pendukung keadilan dalam perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim.

 

Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru para jamaah di Masjid Negara untuk turut serta dalam solat hajat tersebut.

 

 

 

Hj. Saari Hj. Sungib                                                          

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,                         

Parti KeADILan Nasional

http://bulanreformasi.tripod.com

emel: [EMAIL PROTECTED]

                                               

21 September 2000

 

 

Kirim email ke