KENYATAAN MEDIA

UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA PIHAK PERBADANAN KOMPLEKS SUKAN NEGARA

DAN PARA PENDUKUNG REFORMASI

SERTA

PELANCARAN MEMORANDUM SOKONGAN UNTUK MENGANJURKAN

PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL

______________

 

Jawatankuasa Bulan Reformasi merakamkan setinggi penghargaan kepada Perbadanan Kompleks Sukan Negara yang telah menerima borang permohonan menyewa Stadium Bukit Jalil pada pukul 2:30 petang, 20 September. Pihak Perbadanan menyatakan bahawa permohonan tersebut akan diproses dan keputusannya akan dimaklumkan beberapa hari lagi.

 

Pihak Perbadanan juga telah menerima bayaran pendahuluan sebanyak RM21,000.00 tunai daripada Jawatankuasa Bulan Reformasi. Resit penerimaan sementara juga telah dikeluarkan.

 

Para pendukung reformasi telah memberi sokongan yang padu ketika mengiringi ahli-ahli Jawatankuasa Bulan Reformasi masuk untuk berurusan di pejabat Perbadanan tersebut. Para penyokong telah berhimpun secara aman dan penuh disiplin di kawasan luar stadium.

 

Di atas sokongan padu itu, Jawatankuasa Bulan Reformasi ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pendukung reformasi yang hadir.

 

Bagi meningkatkan pernyataan sokongan padu rakyat, Jawatankuasa Bulan Reformasi melancarkan Memorandum Sokongan untuk Menganjurkan Perhimpunan 100,000 Rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

Kempen ini meletakkan sasaran untuk mendapatkan 100,000 tandatangan rakyat. Tarikh akhir bagi mengumpulkan memorandum ini adalah pada 30 September 2000.

 

Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru kepada seluruh lapisan masyarakat untuk memberi sokongan sehingga tercapainya hasrat rakyat untuk mengadakan Perhimpunan 100,000 Rakyat ini.

 

 

Sekian. Keadilan untuk semua. Ke Arah Malaysia yang Adil.

 

 

Hj. Saari Hj. Sungib

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,

Parti KeADILan Nasional

20 September 2000

http://bulanreformasi.tripod.com

emel: [EMAIL PROTECTED]

 

 

Borang Memorandum Perhimpunan 100,000 Rakyat.doc

Kirim email ke