*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
….sambungan…..

Sambungan pengajian kitab ‘Qanun Jinayah Syar`iyah’.

12) Tujuan syara` mengqanunkan hukuman
hudud,qisas,diyat dan ta`zir.

[ Maknanya, kita akan membincangkan tentang objektif
syariat diturunkan kepada kita. ]

Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan
dalam ‘Qanun Jinayah Syar`iyah’ adalah bertujuan untuk
menjaga prinsip perundangan Islam.Perundangan syara`
yang tertakluk dibawahnya ada 5 perkara :

i) menjaga agama
Iaitu untuk  menjaga aqidah orang-orang Islam supaya
tidak terpesong aqidah mereka itu dari aqidah yang
sebenar.Iaitu tidak menjadi orang yang murtad,yang
wajib dijatuhkan hukuman bunuh keatas mereka yang
murtad itu jika mereka enggan bertaubat setelah mereka
disuruh bertaubat terlebih dahulu sebelum mereka
dibunuh.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesiapa yang
telah menukarkan agamanya,maka kamu semua bunuhlah
mereka yang murtad itu.” (HR Imam Bukhari)

[ Tujuan diturunkan undang-undang hudud kepada kita,
yang pertamanya ialah hendak menjaga agama.Siapa-siapa
yang berani menghina/mengejek Islam, maka hendaklah
dihukum orang macam ini.Contohnya; pasai apa yang buat
ISA dulu?…ISA dilaksanakan pada masa dulu ialah untuk
memudahkan procedure menangkap dan menahan
komunis.Tapi la ni bila komunis dah tak dak,pasai apa
ISA masih dikekalkan?…Sebabnya ialah untuk menjaga
‘dia’ mengekalkan kuasa dalam negara ini.Senang saja
jawapannya, kan.Inilah sebenar fungsi ISA pada hari
ini.Kalau lah betul-betul guna ISA ini untuk jaga
negara,maka kejadian penangkapan ustaz Shamsuri tidak
akan berlaku.Tapi disebabkan ada perkara-perkara yang
tertentu,maka kita dapati bagaimana ISA tidak
digunakan dengan cara yang sepatutnya.Iaitu digunakan
dalam keadaan yang menzolimi orang-orang yang baik
kepada ALLAH SWT.  
Nak cerita pasai orang yang baik kepada ALLAH ni;
ustaz Jailani bawa cerita pengalaman beliau
berurus-niaga dengan orang bukan Islam.Lalu ustaz
Jailani pun buat appointment nak jumpa tauke tersebut
pada hari Jumaat,iaitu lunch sekali dengan tauke
tu.Tiba-tiba bila ustaz tengah drive nak pi
pejabat,dia teringat, “Eh!lunch apa hari Jumaat?”…Lalu
ustaz call balik pegawai tauke tu minta tukar tarikh
appointment,pasai nak sembahyang Jumaat.Lali pegawai
tauke tu tanya kat ustaz, “Ini satu perkara penting
ni,iaitu sembang pasai bisnes.Takkan orang Islam tak
boleh tinggai sembahyang Jumaat kot? Sedangkan orang
Kristian boleh tinggai sembahyang depa pada hari Ahad
tu.Depa boleh ganti dengan hari lain kalau ada urusan
penting pada pagi Ahad tu.”…Kemudian ustaz Jailani
kata, “Kami orang Islam tak boleh tinggai sembahyang
Jumaat.”…Lalu jawab pegawai tu dalam keadaan confuse,
“Eh! hari tu ada orang Melayu kata boleh.”…Kemudian
ustaz tanya, “Orang Melayu tu kata apa?”…Pegawai tu
kata, “Orang Melayu tu bagitau kat saya; kalau ada
kerja mustahak, takpa, boleh tinggai senbahyang
Jumaat.Tapi jangan selalu, sekali sekala takpa
la.”…Nampak tak tuan-tuan; ini yang leceh ni.Orang
Melayu mana pun tak tau yang dok buat kenyataan yang
boleh mengelirukan sebegini? Kalau kita tau sapa
‘orang Melayu’ tu,mau pi luku kepala dia sorang sekali
pasai tak mengaji.Sepatutnya,kita sebagai orang Melayu
Islam,mestilah mau ikhlas kepada ALLAH SWT.Kita jangan
nak guna ALLAH hanya bila mau nak masuk syurga
sahaja.Tapi bila kita nak bisnes dengan orang
Cina,kita mula lupa kepada ALLAH SWT.Kita
sepatutnya,sepanjang masa mau jujur kepada ALLAH
SWT,tak kira la samada time nak buat bisnes atau
tidak.Kemudian ustaz kata, “Alhamdulillah,berkat jujur
kepada ALLAH dan sedikit komen dari ustaz untuk
meyakinkan pegawai itu tentang buat bisnes dengan
orang yang beragama yang bersifat jujur,maka pegawai
tu pun setuju untuk pinda tarikh temu janji itu.”
Kemudian ustaz Jailani cerita lagi; bila habih meeting
dengan tauke tu,ustaz pun tanya kat tauke tu untuk nak
ambik hatinya, “You malam-malam buat apa?”…Tauke tu
kata, “Dulu, malam-malam I selalu minum,tapi sekarang
I sudah stop itu habit.”…Ustaz tanya, “Pasai apa you
stop minum?”…Lalu tauke tu bagitau, “Dulu masa I kuat
minum,perut I buncit.Lepas tu bila I minum ini
malam,esok hari bila mau kerja tak dak larat
ooooo!”…Tuan-tuan,ini adalah satu pengakuan yang
dikeluarkan sendiri oleh seorang yang bukan Islam,yang
mengatakan bahwa arak ni memang tak baik untuk
kesihatan dia.Sebab itu,kita yang memang dilahirkan
sebagai orang Islam,sepatutnya kita rasa beruntung
kerana Islam telah menyelamatkan kita.Tapi realiti
dalam masyarakat kita hari ini, orang Islam sendiri
yang tak mau kepada Islam.Depa nak minum arak, nak
berzina, nak tinggai sembahyang dan sebagainya.Ini
yang jadi masalah ni.Sedangkan orang bukan Islam
sekarang ni banyak yang dah mengaku bahwa arak itu
membawa kemudaratan kepada mereka.Jadi, sepatutnya
kita rasa bersyukur kepada ALLAH SWT yang telah
memberi hidayah kepada kita menyebabkan kita masih
berpegang teguh kepada ajaran Islam. ]

ii) Menjaga Nyawa.
Iaitu menjaga jiwa seseorang daripada dibunuh,termasuk
juga menjaga anggota tubuh badan  seseorang.Iaitu
memberi seseorang manusia hak hidup dan selamat
anggota tubuh badan mereka dari dicederakan dan
dirosakkan.Dimana mereka yang membunuh manusia atau
mencederakan anggota tubuh badan orang lain dengan
sengaja, wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat.
Firman ALLAH SWT dalam Suratul Baqarah ayat 178 yang
bermaksud, “Bagi kamu dalam hukuman qisas itu terdapat
jaminan kehidupan wahai golongan yang mempunyai ilmu
pengetahuan.”

[ ALLAH kata: Wahai orang yang cerdik dan berakal
fikiran, Aku nak bagitau kat kamu semua bahwa bila
kamu laksanakan undang-undang qisas,maka barulah ada
jaminan keselamatan untuk hidup.Ini adalah satu
jaminan daripada ALLAH SWT.Sebab itu, sekarang ni kita
dapati bila kita tak buat undang-undang ALLAH
TA`ALA,maka kita tak dapat keamanan.Contohnya, macam
hukuman gantung sampai mati.Hukuman gantung sampai
mati memang dahsyat sebab tali dibubuh melengkari
tengkok kemudian lepaskan dia sampai dia mati dalam
keadaan terjerut lehernya dengan tali gantung
tersebut.Kalau hukuman ini dipertontonkan kepada orang
ramai,pasti mengerikan.Tapi masalahnya sekarang ialah
hukuman ini dipertontonkan hanya kepada beberapa orang
tertentu sahaja.Iaitu hanya doktor perubatan dan
pegawai-pegawai penjara sahaja.Tetapi kalau
undang-undang ALLAH dilaksanakan dan didapati ada yang
bersalah kerana bunuh orang ka, berzina ka, atau
mencuri ka;maka hendaklah hukuman itu dipertontonkan
kepada masyarakat supaya orang-orang beriman tengok
apa yang telah dilakukan keatas si penjinayah tadi.Ini
akan membawa kegerunan kepada manusia.Dan manusia akan
rasa takut dan insaf untuk buat kesalahan,bila mereka
tengok macamana undang-undang ALLAH
dijalankan.Sekarang ni,dengar saja undang-undang
ALLAH, orang dah rasa takut kerana dia ada
`izzah.Contoh senang fahamnya ialah lagumana kereta
Mercedes la,tuan-tuan.Bila kawan call, “Hang nak mai
dengan apa?”…Kita kata, “Mai dengan kereta.”…Kawan
tanya lagi, “Kereta apa hang bawa?”…Kita kata,
“Mercedes.”…Boleh terkejut kawan kita
tu,tuan-tuan,bila dia dengar Mercedes.Padahal Merc
yang kita bawa tu model lama punya,yang ada kepak kat
belakang lagumana UFO tu.Tapi nak kata, itulah
hebatnya nama ‘Mercedes’ dikalangan kita hari
ini.Kawan tu belum lagi tengok model bila punya
Merc,tapi buatkan dengan wujudnya ada rasa hebat
dengan hanya mendengar perkataan ‘Mercedes’, dia jadi
turrrrkujut!….Macam tu la juga dengan undang-undang
ALLAH.Bila sebut saja hudud, bila sebut saja qisas dan
undang-undang ALLAH yang lain; maka manusia akan rasa
takut.Padahal mereka belum lagi tengok perlaksanaan
undang-undang Islam yang sebenar tu macamana.
Jadi, bila dipertontonkan bagaimana dahsyatnya rejaman
batu sampai mati kepada pesalah zina, maka orang tak
akan berani lagi melakukannya,maupun menghampirinya
sekalipun.Oleh sebab itulah, maka hukuman daripada
undang-undang ALLAH ini WAJIB dipertontonkan kepada
masyarakat; bukannya perkara sunat ni,tuan-tuan.Jadi
apabila dipertontonkan,maka kita akan merasa begitu
hebat undang-undang ALLAH SWT yang mampu menggetarkan
bukan setakat orang yang bersalah,malah orang yang
beriman pun merasa takut untuk mendekati
jinayah-jinayah yang diharamkan oleh ALLAH SWT.Sebab
itulah ALLAH kata ada jaminan keselamatan apabila
dilaksanakan hukumALLAH diatas mukabumi ini. ]

iii) Menjaga Akal Fikiran
Menjaga akal fikiran manusia dari kerosakan yang
disebabkan minum arak ataupun minuman-minuman yang
memabukkan.Dimana mereka yang meminum arak itu wajib
dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih daripada 80X
sebatan dan tidak kurang daripada 40X sebatan.
Dalilnya ialah sepertimana hadith Rasulullah s.a.w.
yang diriwayatkan oleh Saiyyidina Ali karamallahu
wajhah.Ini adalah perkataan daripada Sayyidina Ali
karamallahu wajhah yang bermaksud, “Rasulullah s.a.w.
telah menyebat sebanyak 40X sebatan kepada peminum
arak.Begitu juga pada zaman pemerintahan Khalifah Abu
Bakr as-Siddiq,yang menyebat peminum arak dengan 40X
sebatan juga.Dan pada zaman pemerintahan Saiyyidina
Umar al-Khatab,peminum arak disebat dengan 80X
sebatan.Maka kesemuanya itu adalah sunnah.Tapi yang
80X sebatan itu lebih aku sukai.” (HR Muslim)

[ Jadi Saiyyidina Ali karamallahu wajhah cenderung
kepada pendapat yang dipegang oleh Saiyyidina Umar
al-Khatab,yang  menyebat peminum arak dengan 80X
sebatan.Daripada hadith ini, ulama ada 3 pendapat :
a) pendapat yang pertama, kata bahwa 80 X sebatan yang
dibuat dalam zaman pemerintahan Umar al-Khatab itu
mengandungi 40X sebatan daripada hudud dan 40X sebatan
lagi adalah ta`zir.
b) Manakala pendapat kedua pula mengatakan bahwa
hukuman hudud bagi peminum arak adalah 80X sebatan
ialah maximum dan 40X  sebatan ialah paling
minimum.Maknanya, 80X sebatan boleh buat, 70X sebatan
pun boleh, 60 X sebatan pun boleh, 50X sebatan pun
boleh dan 40X sebatan pun boleh.
c) Dan pendapat yang ketiga dikalangan ulama
mengatakan bahwa hudu hanya 80X/40X sebatan sahaja
kepada peminum arak. ]

iv) Menjaga Keturunan
Menjaga seseorang manusia dari melakukan perzinaan
supaya nasak keturunan perwalian dan perwarisan
anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu
tidak rosak.Dimana mereka yang melakukan perzinaan itu
wajib dijatuhkan hukuman sebat dan rejam.
Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang
diriwayatkan dariapda `Ubadah bin as-Sommit r.a. yang
bermaksud, “Ambillah kamu semua daripada aku,
sesungguhnya telah menjadikan ALLAH TA`ALA bagi mereka
(kaum yahudi) itu satu jalan.Apabila penzina lelaki
berzina dengan perempuan yang kedua-duanya belum
berkahwin,hukumannya ialah sebat 100X,kemudian buang
negeri selama setahun.Manakala bagi penzina
lelaki/perempuan yang sudah berkahwin,hendaklah
disebat 100X,kemudian direjam dengan batu sampai
mati.” (HR Imam Muslim dan Imam Abu Dawud)

[ Undang-undang ini adalah undang-undang purba yang
ALLAH telah pun buat kepada kaum yahudi sejak zaman
Nabi Musa a..s. lagi, lalu dikekalkan hinggalah kepada
syariat Nabi Muhammad s.a.w.
Tapi ada satu soalan yang diajukan kepada ustaz
Jailani, iaitu kalau kita terlajak melakukan zina;
apakah kita patut buat pengakuan kesalahan zina itu
ataupun tidak kepada pemerintah?…Jawapan bagi
persoalan ini,dia ada 2 pendapat di kalangan ulama
Islam.Secara ringkasnya :
a) pendapat yang pertama mengatakan bahwa hendaklah
dibuat aduan kepada pemerintah supaya dihukum mengikut
hudud untuk membersihkan diri kita daripada berdosa
kepada ALLAH SWT.
b) Manakala pendapat kedua pula adalah digalakkan
supaya tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa,tetapi
hendaklah bertaubat dengan taubatan nasuha secara
bersendirian kepada ALLAH SWT.
Jadi, apabila kita lihat hukuman yang berat dikenakan
terhadap penzina yang sudah kahwin kalau nak
dibandingkan dengan hukuman yang dikenakan keatas
penzina yang belum berkahwin; ini menunjukkan bahwa
memang tak patut orang yang sudah ada suami/isteri
tapi dia pi puaskan nafsu syahwatnya dengan orang
lain.Tak cukupkah lagi dengan suami/isteri di rumah?
Kalau nak ikut sangat ubah selera, sampai bila kita
nak duduk dalam suasana demikian?…Sampai ke tua
ka?…Bukankah ada satu hadith Nabi s.a.w. yang pernah
kita baca iaitu bahwa ALLAH sangat-sangat murka kepada
orang tua yang suka berzina.Yang mana di akhirat
nanti, ALLAH tak buluq nak bercakap dan tak akan ambik
peduli kepada orang sebegini.Sebab itu hendaklah kita
berpegang kepada agama ALLAH SWT.
Manakala bagi orang yang belum berkahwin, hendaklah
mereka berkahwin, selain ia adalah sunnah Nabi s.a.w.,
ia juga merupakan satu jalan untuk menutup pintu
maksiat.Bayangkanlah kita yang hidup di zaman yang
serba serbi mencabar ini; buka-buka saja mata keluar
rumah, maksiat saja yang kita nampak.Seperti tengok
perempuan yang pakaian serupa bertelanjang, kemudian
tengok pula peha amoi-amoi yang putih gebu pulak; maka
kita akan teransang.Kalau kita sudah berkahwin,
sekurang-kurangnya kita ada tempat untuk melepaskan
syahwat secara halal di rumah.Bayangkan
tuan-tuan,kalau kita tak kahwin; syahwat kita mana nak
pi lepas?…Yang ni semua cerita ‘kacau mari’, betoi
tak?…Jadi, untuk menghindarkan syahwat kita daripada
‘kacau mari’ dan sempena dengan semangat kemerdekaan
yang belum padam lagi; maka saya nak kempen supaya
ikut sunnah Nabi ini iaitu mau kahwin kepada sapa-sapa
yang mampu.Kalau tak mampu, sorry, tarak jalan selain
hang kena kuat buat amalan puasa sunat.Tanyalah
sahabat-sahabat yang dah kahwin; syok ooooo!…Kalau
dulu kita enjoy dengan kawan-kawan dengan dok merapu
tak tentu hala,apa hasil pun tarak.Tapi kalau kita pi
enjoy dengan isteri, rasa pula kelainannya,yakni
hasilnya cukup punya ‘lumayan’.Apa lagi kita nak kata
tentang kelebihan orang yang kahwin, pasai mesti
banyak kelebihannya kerana Nabi yang suruh?…Haaa! dulu
masa belum kahwin,saya kurus kedekiang 48 kg sahaja,
minta askar pun tak dapat, tapi la ni lagumana ayam
daging ooooo! Naik sampai 75kg…Yang ni yang kita kata
seronoknya kahwin tu. ]
v) Menjaga Harta Benda
   Menjaga harta benda manusia daripada dicuri dan
dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan
keatas pencuri dan menjatuhkan hukuman mati atau
potong tangan/kaki kedua-duanya sekali atau dibuang
negeri keatas perompak.Hukuman-hukuman ini tertakluk
kepada cara rompakan itu dilakukan.Sebagaimana firman
ALLAH SWT yang berikut :
a) Daripada Suratul Ma`idah ayat 38 yang bermaksud,
“Pencuri lelaki dan pencuri perempuan,maka hendaklah
kamu semua potong tangan kedua-dua mereka itu sebagai
balasan dengan apa yang mereka usahakan.Dan ini adalah
sebagai hukuman pencegah daripada ALLAH SWT.Dan ALLAH
itu Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

[ Ini adalah dalil pertama kepada hukuman potong
tangan keatas si penjinayah yang melakukan kes
kecurian. ]

b) ALLAH SWT menetapkan hukuman kepada orang yang
merompak, sepertimana firmanNya dalam Suratul Ma`idah
ayat 33 yang bermaksud, “Sesungguhnya balasan kepada
golongan yang memerangi ALLAH/rasulNya,dan yang
melakukan kerosakan di mukabumi, maka hendaklah
dibunuh perompak tersebut ataupun dibunuh dengan cara
disalib penjinayah tadi atau dipotong tangan/kaki
mereka secara bersilang atau dibuang negeri.Yang
demikian adalah hukuman kehinaan di atas dunia ini,dan
bagi mereka di negeri akhirat pula akan disiksa dengan
azab yang amat agong yang akan diturunkan oleh ALLAH
SWT kepada manusia yang melakukan jinayah sedemikian.”

[ Di dalam ayat ini, ALLAH nak bagitau kepada kita
bahwa sesiapa yang melakukan jinayah merompak, maka
dia ada 2 azab yang dijanjikan oleh ALLAH SWT.Yang
pertamanya, ALLAH kata bahwa perompak yang ditangkap
itu akan dihina di atas dunia dengan cara dihukum di
atas dunia lagi.Merujuk kepada ayat tadi,ulama
berpendapat perompak tidak boleh nak bertaubat.Tapi
kalau mai perasaan insaf dan ingin bertaubat kembali
ke jalan ALLAH, maka dia kena buat aduan kepada pihak
pemerintah dengan mengaku melakukan kesalahan
merompak.Bila dia dihukum, maka dosanya di atas dunia
terhapus.Tapi itu hanya dosa atas dunia yang clear, di
akhirat tetap diazabkan.Dosa orang buat rompakan bukan
macam dosa zina; orang buat zina sekurang-kurangnya
ada pendapat ulama yang kata bahwa tak payah buat
aduan kepada pemerintah, hanya cukup dengan bertaubat
bersendirian, Insya`ALLAH, dosa kita di negeri akhirat
dilepaskan oleh ALLAH SWT.Tetapi dalam masalah
rompakan, oleh kerana dia ada 2 kenyataan dalam ayat
tadi,iaitu yang pertama dia dapat kehinaan azab atas
dunia  dan yang keduanya bagi mereka di akhirat azab
yang amat pedih; lalu bagi perompak,ulama berpendapat
bahwa selain dia kena atas dunia,maka dia juga akan
diazab di negeri akhirat.Maknanya,kena dua-dua sekali
yakni di dunia dan di akhirat.
Daripada ayat tadi; bila perompak ditangkap, dia
hendaklah dihukum mengikut cara dia lakukan
rompakan.Yang pertama,kalau dia bunuh mangsa tanpa
ambil harta,maka hendaklah dibunuh perompak
berkenaan.Yang keduanya,kalau dia rompak harta itu dan
kemudian dia juga bunuh mangsa tersebut.Jadi,dia telah
melakukan 2 jinayah pada masa yang sama,maka
penjinayah ini hendaklah dibunuh di kayu salib dan
ditunjukkan kepada masyarakat bahwa inilah perompak
yang telah buat rompakan tempohari…..Dahsyat
tuan-tuan,dalam negara kita belum ada lagi hukuman
macam ini, ataupun tak dak lagi dalam negara kita yang
ditunjuk di depan kita akibat orang yang melakukan
jinayah.Bila tunjuk,barulah kita tahu betapa
ngerinya,lalu sapa pun tak akan berani
mencuba-cubanya.
Lalu ustaz Jailani cerita lagumana di UIA masa dia
mengaji dulu, ada la depa bukak kelab payung
terjun.Lalu pada mulanya,ramailah yang daftar nama nak
masuk kelab,termasuklah budak-budak perempuan yang
tudung labuh-labuh pun nak masuk juga.Kemudian mai
seorang pegawai dari kem tentera bagi taklimat dan
kemudian tunjuk video apa yang berlaku kepada orang
yang gagal mengembangkan payungnya bila membuat
terjunan.Ada satu skrin tu tunjuk lagumana satu
tentera kita semasa buat latihan terjunan,dia gagal
buka kedua-dua payung terjun iaitu di depan/di
belakang, lalu dia jatuh betul-betul atas jalan
tar,maka badan jadi sekeping.Lalu selepas itu ditunjuk
macam-macam lagi yakni ada yang pecah kepala dan
sebagainya; menyebabkan semua siswi kita yang
asal-asal tadi nak masuk,tak jadi belaka.Pasai
apa?…Sebab depa tengok sendiri akibat kalau payung
depan/belakang gagal berfungsi.Jadi, daripada
ramai-ramai yang daftar tadi, la ni tinggai sikit.Yang
sikit tadi dengan bersemangatnya naik la kapalterbang
untuk buat latihan terjun.Tapi bila kapalterbang ada
diatas dan bila buka pintu tengok kat bawah tu,kena
tendang kat punggung,baru depa terjun.Ini ialah kerana
depa tak sanggup nak terjun sendiri pasai ngeri.Sebab
itu dalam Islam,dia nak supaya kita tunjuk ngerinya
hukuman yang ditetapkan oleh ALLAH TA`ALA kepada orang
yang sanggup melakukan jinayah, maka barulah ia
memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat. ]

…….BERSAMBUNG…….                
                         



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send instant messages & get email alerts with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke