*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>From somebody to me. Don't know who... but good explaination. Lain kali 
jangan terima cerita orang bulat-bulat...

Subject:        FW: Hospital TAR

Assalamualaikum,
This email I got from a doctor in HTAR... this is her explanation... please 
read. And for your information the "victim" is not Puan Harsa Afina but a 
wife to this person Insan Penin. If you guys want clarification from him, 
please check the email address that I enclosed. Please see also the email I 
got from Azila Kamarudin... the person who forward the story to us.. Bye...


Assalamualaikum.
Saya seorang doktor yang bekerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 
dan saya ingin menjelaskan keadaan sebenar di wad bersalin hospital ini.  
Sesiapa sahaja yang mempunyai sedikit pengetahuan mengenai bidang perubatan 
dengan sekali imbas akan sedar bahawa Pn. Harsa Afina Mat Sakim adalah 
seseorang yang `tahu sedikit tetapi berlaggak macam tahu banyak'. Setiap 
ayat yang ditulis oleh beliau adalah tanpa asas dan tanpa pemahaman tentang 
apa yang berlaku di hospital. Kenapakah saudari begitu angkuh dan 
melemparkan fitnah-fitnah tersebut tanpa mendapat kepastian dari orang yang 
lebih tahu?

`Di hospital TAR, doktor muda yang membuat pemeriksaan BE di bahagian 
kemasukan wad bersalin tidak membenarkan pesakitnya menutup kain semasa 
baring...'

BE tu apa? Selama 5 tahun saya belajar di Universiti, saya tak pernah 
mendengar istilah BE. VE (vaginal examination') adalah. Kalau tak tahu 
istilah, janganlah guna Pn Harsa sayang, janganlah nak tunjuk pandai!  Kalau 
pesakit asyik menutup kain, macam mana doktor hendak membuat pemeriksaan VE? 
Adadkah saudari mencadangkan bahawa doktor membuat pemeriksaan melalui kain 
sarong dan seluar dalam? Pemeriksaan apa tu?

`...sambil menyeluk doktor melihat wajah (terutama yang muda mengandungkan 
anak sulung) dalam keadaan tersenyum....'

Tujuan seseorang doktor melihat wajah pesakit semasa melakukan pemeriksaan 
adalah untuk mengetahui samada pesakit dalam kesakitan atau pesakit dah 
pengsan dan tak sedar diri etc. Tahukah anda dalam exam tahun akhir untuk 
pelajar perubatan, pelajar akan fail (kandas) exam jika tidak melihat wajah 
pesakit sewaktu melakukan pemeriksaan! Ini menunjukkan betapa pentingnya 
melihat wajah pesakit.  Salahkah doktor itu senyum? Senyuman adalah suatu 
sedekah. Kalau wajah doktor masam, apa pula akan saudari komen? Doktor 
Akhbar memang orang yang murah dengan senyumannya.

`BE yang dilakukan juga agak lama sambil 2 jari meninjau ke atas, ke bawah, 
ke kiri, ke kanan dan seluruh bahagian alat perempuan sehinggakan ibu 
terpaksa menahan dari geli dan st**...'

Tujuan melakukan VE ialah untuk mengetahui sejauh mana pembukaan pintu 
rahim. Juga untuk memeriksa keluasan tulang punggung (pelvic assessment). 
Memang itulah caranya pelvic assessment dijalankan... ke atas (sacral 
promontory), ke bawah (spinal curvature), ke kiri dan ke kanan ( both 
ischial spines). Doktor-doktor tidaklah suka sangat memeriksa tulang 
punggung. Mungkin saudari sahaja yang terlebih suka sampai geli dan st**. 
Mudah sangatkah saudari st**?!!!!!??

`Hospital ini suka melakukan pembedahan walaupun tanpa kebenaran. Jika 
isteri anda terpilih sebagai subject untuk operation maka penipuan akan 
dilakukan seperti dengan memasukkan ubat bius ke dalam salur air.Bila isteri 
anda tidak sedar, apa-apa saja boleh di buat Anda cuma akan diberitahu perlu 
operation walaupun tak setuju dan tidak menandatangani apa-apa tapi 
operation tetap akan dilakukan kerana ubat bius telah diberi dan anda tidak 
lagi mampu untuk bersalin normal dan operation perlukerana nanti `anak 
lemas'....

Tidak ada seorang doktor pun yang suka melakukan pembedahan. Pembedahan 
Caesarian Section hanya dilakukan apabila tiada lagi pilihan iaitu bila 
nyawa ibu atau bayi dalam kandungan atau kedua-duanya adalah dalam terancam. 
Adakah saudari ingat kami hanya mengeluarkan kata-kata `anak akan lemas' 
kerana kam ingin menipu? Memang benar anak saudari akan lemas
dan kalau pembedahan tidak dilakukan, saudari akan pulang dengan menggendong 
mayat bayi sahaja. Saudari sepatutnya berterima kasih kerana pulang dengan 
anak yang sihat tapi sebaliknya saudari membuat fitnah-fitnah ini. Adakah 
ini ciri-ciri Islam yang saudari tekankan?

Tentang ubat bius pula........... Ubat bius diberi kerana bakal-bakal ibu 
tidak tahan kesakitan sewaktu bersalin. Kalau si ibu rela menanggung 
kesakitan tanpa bius, doktor tak perlu beri ubat bius. Tetapi oleh sebab 
tidak sampai hati mendengar ibu-ibu meraung kesakitan, kami pun berilah ubat 
bius. Kami tak memaksa semua orang itu menerima ubat bius. Kalau tak hendak, 
cakaplah. Tapi jangan pula mengadu kesakitan.  Pihak hospital tidak 
sekali-kali melakukan operation tanpa tandatangan pesakit. Tandatangan suami 
adalah tidak perlu dari sisi undang-undang kerana si isteri adalah cukup 
matang dan berakal fikiran untuk mebuat keputusan sendiri dalam keadaan 
kecemasan.

`penggunaan alat besi untuk membesarkan `jalan' tidak digunakan kerana 
cerewet dan malas...'

Alat besi ( forceps dan vacuum) adalah alat untuk membantu kepala anak 
keluar. Alat besi bukan untuk membesarkan `jalan'. Untuk pengetahuan semua, 
kedua-dua alat ini adalah merbahaya kepada kedua ibu dan anak. Ia boleh 
mengakibatkan luka dan pendarahan otak bayi jika digunakan pada si ibu yang 
tidak bekerjasama dengan doktor. Oleh sebab itu, doktor tidak gemar 
menggunakan alat tersebut... bukannya sebab kami malas dan cerewet!!!

` Ibu yang telah dioperate dibogelkan dan ditukar pakaian oleh pembantu 
hospital lelaki. Tidak ada pembantu perempuan ke?Atau ramai lelaki pondan 
atau lelaki gila seks?'

Tidak kira lelaki atau perempuan, semua pekerja hospital adalah bersifat 
professional. Kami memandang setiap pesakit sebagai manusia bukan objek 
seks. Mungkin suami saudari ataupun saudari sahaja yang teringatkan seks 
apabila terpandang orang bogel. Silalah kawal nafsu anda.

`Jika bersalin, cubalah pergi ke hospital swasta dan tentukan doktor 
perempuan......'

Jika saudari berfikiran kuno iaitu hanya doktor perempuan patut salinkan 
anak............ silalah pergi ke hospital swasta. Di hospital kerajaan, 
sememangnya doktor tidak mencukupi. Jika doktor sakit puan dihadkan untuk 
doktor perempuan sahaja, maka semakin kuranglah doktor untuk merawat 
pesakit. Nanti ada pula yang komplen kena tunggu lama untuk jumpa doktor.  
Sebagai penutup `rebuttle' saya, saya ingin mengatakan bahawa fitnah 
dipandang berat di sisi agama. Fitnah lebih besar dosanya dari membunuh. Dr 
Akhbar adalah seorang doktor muda yang baik budi dan bersopan orangnya. Dia 
hanya melakukan tugasnya dengan sebaik mungkin. Saya berharap bila anak 
saudari besar kelak, dia akan menjadi seorang doktor atau jururawat dan 
mungkin dia juga akan dilemparkan fitnah-fitnah seperti fitnah-fitnah 
saudari. Silalah mendapatkan fakta-fakta yang betul sebelum membuat fitnah. 
Akhir sekali, fitnah saudari boleh dibawa oleh Dr Akhbar ke mahkamah dan 
saudari boleh disaman kerana libel/ slander. Terpulanglah kepada budi baik 
dr Akhbar untuk tidak mengeluarkan saman.

Sekian.



----Original Message Follows----
From: "mohd nasser husin" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
CC: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Re: Re: Hospital TENGKU AMPUAN RAHIMAH punya hal.
Date: Wed, 20 Sep 2000 07:00:06 GMT


*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sama lah ceritanya dengan kisah anak rakan saya yang selalu menagis hingga
lemas... di bawanya ke hospital daerah Dungun, balik tangan kosong, kata
doktor 'no problem'. So wife saya pun cadangkan bawa ke hospital pakar
ataupun hospital negeri kerana kanak-kanak tersebut masih bermasalah.

You know, sampai sekarang kanak-kanak tersebut telah ditahan dalam ICU
hospital KT.... dah hampir 2 minggu!


>From: jalak lenteng <[EMAIL PROTECTED]>
>To: apanama <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Re: Re: Hospital TENGKU AMPUAN RAHIMAH punya hal.
>Date: Mon, 18 Sep 2000 00:35:37 -0700 (PDT)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>terpanggil saya untuk menambah sedikit
>pertanyaan.Apakah sudah hilang keprofessionalan
>doktor2 dan Hospital2 kerajaan? Kejadian yang hampir
>sama juga berlaku di daerah saya tetapi berlainan kes.
>Doktor2 ( Jabatan Kecemasan )gagal untuk bertindak
>secara professional dan 'calculated risks' dalam
>menangani masaalah kecemasan bahkan mengatakan " hanya
>kes2 kemalangan sahaja yang akan dilayan di Jabatan
>Kecemasan walaupun waktu itu adalah hari cuti/waktu
>malam.Bahkan dia menyuruh pesakit datang seminggu
>kemudian untuk berjumpa doktor lain tanpa memeriksa
>pesakit.Doktor yang mencabar untuk menumbuk waris pun
>ada...Hairan...
>Tapi...what do you expect? Malaysia Boleh!
>Jika ada Pengarah2 Hospital didalam listing ini,
>diharap anda dapat membuka mata dan minda anda dalam
>cuba memberikan perkhidmatan awam yang terbaik pada
>orang awam terutama orang2 kampung yang sangat2
>memerlukan.Kerana kami adalah pembayar2 cukai dan we
>deserve more than this from you.
>
>
>--- apanama <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >
> >
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum,
> >
> > NTV7 / UM, cerita dibawah ni boleh dijadikan bahan
> > berita
> > hangat dan boleh memberi manafaat pada orang ramai.
> >
> > UM, daripada dok perbesarkan berita masaalah air di
> > Kelantan dan Terengganu (macamlah kat tempat lain
> > tak ada
> > masaalah air), baiklah bawa berita masaalah Hospital
> > ni.
> > Berita masaalah air tu, tujuannya untuk memperlekeh
> > kerajaan orang Islam. Berita Hospital tu untuk
> > memelihara
> > orang Islam. Agak2 yang mana akan membawa pulangan
> > pahala?
> >
> > Sekian
> >
> > > -----Original Message-----
> > > From: [EMAIL PROTECTED]
> > > To: [EMAIL PROTECTED],[EMAIL PROTECTED],[EMAIL PROTECTED]
> > > Sent: Mon, 18 Sep 2000 00:29:05
> > > Subject: Hospital TENGKU AMPUAN RAHIMAH punya hal.
> > >
> > >Assalamualaikum and good day,
> > >
> > >Berikut ada mail berkenaan dakwaan salah laku di
> > Hospital
> > >Ampuan Rahimah Klang. Tolong check sikit atau
> > sampaikan
> > >pada yang berkenaan. Kesianlah rakyat yang tak
> > mampu nak
> > >ke Hospital berbayar. Dalam negara serba boleh ni,
> > benda2
> > >basic macam ni patut dah tak timbul lagi. Bersalin
> > atas
> > >troli, bersalin tanpa jururawat dan Doktor, Doktor
> > miang,
> > >dsbnya ni cerita memalukan untuk negara Malaysia
> > ku.
> > >
> > >Untuk makluman:
> > >
> > >1. Tengku Ampuan Rahimah Hospital
> > >   tel 03 - 3323333 fax  03 - 3329089
> > >
> > >2. MALAYSIAN MEDICAL ASSOCIATION
> > >   4TH. FLOOR, MMA HOUSE 124, JALAN PAHANG
> > >   53000 KUALA LUMPUR MALAYSIA.
> > >   TELEPHONE NO. 03-4043 0617, 03-4041 8972,
> > 03-40411375
> > >   FAX NO. 03-4041 8187
> > >   E-MAIL:[EMAIL PROTECTED]
> > >
> > >3. Family Health Development Division is
> > specialised in
> > >   providing health care to the whole family of all
> > age
> > >   groups, through the Primary Health Care concept.
> >
> > >
> > >   Contact Information
> > >
> > >   Telephone 603-2540088 FAX 603-2525579
> > >   4th Floor, Block E, Damansara Office Complex,
> > >   Jalan Dungun, 50490 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
> > >   General Information: [EMAIL PROTECTED]
> > >   Webmaster: [EMAIL PROTECTED]
> > >
> > >----- Original Message -----
> > >From: AHMAD ZAMREE B. SHAARI, ENGINEERING/MME
> > >To: <[EMAIL PROTECTED]>; Azhar, Abduh (GEAE, Malaysia)
> >
> > >Sent: Monday, September 18, 2000 10:45 AM
> > >Subject: H-Net* Re: Hospital TENGKU AMPUAN RAHIMAH
> > -???
> > >
> > >~~~~~~~~~~~
> > >> Assalamualaikum,
> > >>
> > >> Saya berani confirm item no. 2. Isteri saya
> > pernah
> > >> bersalin atas troli tempat nurse/orang lalu
> > lalang.
> > >> Most of the time, Hospital tu congested dan tak
> > cukup
> > >> untuk tampung pesakit yang nak bersalin. Service
> > memang
> > >> teruk. Saya pernah hantar student yang sakit
> > gastrik
> > >> pada pukul 1 pagi at emergency wad. Pukul 3:30
> > pagi baru
> > >> doktor check dan admitted. Itu kes emergency....
> > >>
> > >> > ----------
> > >> > From: Azhar, Abduh (GEAE,Malaysia)
> > >> > Sent: 18 September 2000 10:21
> > >> > To: [EMAIL PROTECTED]
> > >> > Subject: H-Net* FW: [alumni_bsc95] Fwd:
> > Hospital
> > >> > TENGKU AMPUAN RAHIMAH -???
> > >
> > >> > Saya mendapat maklumat ini dari member.  Untuk
> > >> > mendapatkan kesahihan cerita, sila hubungi
> > sender
> > >> > seperti alamat dibawah...
> > >> >
> > >> > Harsa Afina Mat Sakim
> > >> >
> > >==========
> > >
> > >> > > Assalamualaikum,
> > >> > >
> > >> > > Beritahulah kepada saudara-mara, rakan dan
> > sahabat
> > >> > > handai yang berada di sekitar KLANG atau yang
> > berniat
> > >> > > untuk ke Hospital TENGKU AMPUAN RAHIMAH KLANG
> > bagi
> > >> > > tujuan bersalin.
> > >> > >
> > >> > > Di Hospital TAR bahagian ibu bersalin;
> > >> > >
> > >> > > 1. Doktor muda yang membuat pemeriksaan BE
> > (jalan)
> > >> > >    di bahagian kemasukan wad bersalin tidak
> > >> > >    membenarkan pesakitnya menutup kain semasa
> > baring
> > >> > >    supaya lebih kelihatan berbogel dan sambil
> >
> > >> > >    menyeluk akan melihat muka pesakit
> > (terutama yang
> > >> > >    muda mengandungkan anak sulung) dalam
> > keadaan
> > >> > >    tersenyum.
> > >> > >    yang dilakukan juga agak lama sambil 2
> > jari
> > >> > >    meninjau ke atas, ke bawah, ke kiri, ke
> > kanan dan
> > >> > >    seluruh bahagian di dalam alat perempuan
> > >> > >    sehinggakan ibu yang belum terasa sakit
> > nak
> > >> > >    bersalin terpaksa menahan dari geli dan
> > st**.
> > >> > >    Nama doktor ini adalah Doktor A****
> > orangya
> > >> > >    tinggi seperti berketurunan Mamak.
> > >> > >
> > >> > > 2. Di dalam 'Labour Room' tirai yang
> > sepatutnya di
> > >> > >    tarik supaya pesakit tidak nampak sesama
> > sendiri
> > >> > >    dan doktor atau nurse yang lalu lalang kat
> > dalam
> > >> > >    bilik itu boleh terpandang pesakit dalam
> > keadaan
> > >> > >    terkangkang tidak di tarik. Isteri-isteri
> > anda
> > >> > >    diperlakukan seperti tidak ada maruah dan
> > tak
> > >> > >    ubah seperti pelacur jalanan.
> > >> > >
> > >> > > 3. Hospital ini juga suka melakukan
> > pembedahan walau
> > >> > >    pun tanpa kebenaran. Jika isteri anda
> > terpilih
> > >> > >    sebagai 'subject' untuk operation maka
> > penipuan
> > >> > >    akan dilakukan seperti dengan memasukkan
> > ubat bius
> > >> > >    ke dalam salur air. Bila isteri anda sudah
> > tidak
> > >> > >    sedar, apa-apa saja boleh di buat. Anda
> > cuma akan
> > >> > >    diberitahu 'perlu operation' walaupun anda
> > tidak
> > >> > >    setuju dan tidak menandatangani apa-apa
> > tapi
> > >> > >    operation tetap akan dilakukan kerana ubat
> > bius
> > >> > >    telah dimasukkan dan dalam masa 24 jam
> > tentu
> > >> > >    isteri anda tidak mampu lagi untuk
> > bersalin
> > >> > >    secara normal dengan itu operation perlu
> > kerana
> >
>=== message truncated ===
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!
>http://mail.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: jalak lenteng <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mohd nasser husin" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Je Fire" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke