*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


-----Original Message-----
From:   Nahariah Mat Lia [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
<mailto:[mailto:[EMAIL PROTECTED]]> 
Sent:   Friday, September 22, 2000 3:35 PM
To:     [EMAIL PROTECTED]; <mailto:[EMAIL PROTECTED];>
[EMAIL PROTECTED]; <mailto:[EMAIL PROTECTED];>  [EMAIL PROTECTED];
<mailto:[EMAIL PROTECTED];>  [EMAIL PROTECTED]
<mailto:[EMAIL PROTECTED]> 
Subject:        Tak hairan!

Assalamualaikum puan-puan sekelian,
Bercakap pasal Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kenapa marah sangat
nampak gayanya! dan merankai-rangkaikan ceritanya.Seandainya anda salah
seorang ditakdirkan memang susah untuk bersalin perkara-perkara tu adalah
lumrah.Saya bukan doktor, apa tah lagi doktor tapi pengalaman saya di GHKL
sebagai pesakit yang menanti kelahiran pun jenuh megadap gua-gua
comel...orang lain yang juga menanti kelahiran di bilik menunggu ada lebih
kurang 10 katil sebelum ditolak ke bilik bersalin /OT (operation
theater).Mana boleh semua ditolak terus  ke bilik bersalin yang terhad
ruangnya, andai kata sesorang itu lama sakit (lambat buka lubang) mana nak
ditempat orang yang lebih memerlukan. Peranan bilik menunggu ni memanglah
untuk menunggu dan mengetahui perkembangan sais lubang.... untuk bayi keluar
maksima 6cm, supaya mudah untuk ditolak ke bilik bersalin. Jika perkembangan
buka sais lubang lambat nasiblah..lamalah di bilik menunggu dengan keadaan
mengangkang,tapi saya tidak sebab saya dioperate hanya di baringkan di situ.
Nak bersalin memanglah kena mengangkang nak anu...pun kena mengangkang juga
kan!.Selup menyelup tu perkara biasalah bagi doktor lelaki atau perempuan,
dah memang kaedahnya begitu! tak percaya boleh lah tanya pakar perbidanan
dan sakit puan, Prof.Dr.Hamid Arshad yang terkenal dan banyak menulis
doa-doa  amalan orang sakit.
2. Kalau pesakit dibogelkan kan sukar untuk saya menerima. saya dah 2 kali
dioperate sekali D&C.Kena tanggal semua pakaian dalam dah tentulah,tapi
dipakaikan  pakaian untuk operate hanya sehelai di badan. Mayatpun tahu malu
tau!sebab tu ia ditutup apabila dimandikan.Tak tahulah kalau doktor tu tak
siuman bolehlah dicadangkan hantar ke tanjung Rambutan/Tampoi.Satu lagi
ingat senang-senang nak biuskan orang tanpa pengetahuan dan kepakaran.
Biasanya bius untuk tahan hanya dalam tempoh masa pembedahan.Contoh paling
mudah bius yang sedikit ketika cabut gigi,apabila gigi dicabut sakitnya
terasa  beberapa minit/jam kemudian.
3.Tak payahlah bercakap pasal maruah.Banyak perkara yang diharus dalam
Islam.Yang bertutup lingkup pun ditangkap berkhalwat contohnya  ustazah di
Johor  baru-baru ni, ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki Cina.
4.Andai katalah doktor-doktor di HTAR di Klang tu betul-betul ikhlas
bertugas dengan niat kerana Allah dan berbakti kepada masyarakat betapa
besarnya ganjaran yang beliau dapat.Bagaimana pula dengan penulis yang
menyebar cerita yang kononnya doktor-doktor muda mengambil kesempatan ke
atas dirinya sedangkan tugas doktor tu memang begitu.Tepuk dada tanyalah
selera? Begitu mudahnya nak dapat dosa dari saluran internet.
5.Nasihat saya kalau tak mahu orang lain tengok suruh saja suami sambut bayi
sendiri? Kalau tak bertaji janganlah nak berkokok.Kalau anda seorang ibu
muda tingkatkan banyak-banyak pengetahuan macamana nak mendidik anak menjadi
cemerlang dan soleh.Sebaik-baik pendidikan adalah yang menyedarkannya kita
adalah hamba yang wajib berbakti kepada Allah jua.  Gunakan saluran internet
dengan perkara-perkara positif ,bukan merangkaikan FITNAH.  Sekian,maaf
terlanjur bahasa.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com
<http://www.hotmail.com> .
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com <http://profiles.msn.com> .

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: IRYAWATI MD SUMAIRI <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke