*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Saya sebenarnya nak komen mengenai tajuk itu. Kenapa menyesal sekolah agama?

Saya tidak bersekolah agama tetapi sekolah aliran sains. Universiti pun 
aliran kejuruteraan. Jadi, kenapa menyesal sekolah agama?

Pendapat saya tak perlu menyesal. Kenapa saya kata begitu? Saya bercakap 
dari pengalaman sendiri. Sebelum itu, saya nak beri amaran sikit supaya 
tidak berlaku silap faham disini.

Saya menceritakan semua ni bukannya saya tidak bersyukur dengan apa yang 
ada. Saya bersyukur. Cuma, saya nak cerita sebagai pedoman kepada kalian 
semua.

Saya aliran kejuruteraan. Isteri pula perakaunan. Saya kerja jurutera dan 
isteri akauntan. Kalau orang dengar, kencanglah income tu kononnyalah. 
Mewahlah hidup. Senang lenang, rumah besar dan kereta besar. Hakikatnya 
tidak begitu. Hidup kami alhamdulillah. Nak kata mewah, taklah mewah. Kereta 
ada satu. Itupun Wira. (Alhamdulillah). Haji pun belum cukup duit nak pergi. 
Simpanan bank tu boleh kata tak ada. Kami merasakan dengan kedua-duanya 
berkerja profesional, sekurangnya duduk rumah banglo dan kereta pun 
besarlah. Tapi, tidak menjadi sedemikian. Rumahnya pangsapuri 800 kaki 
persegi.

Bukanlah saya tidak bersyukur. Kami bersyukur. Alhamdulillah. Jangan pula 
ada netters yang reply hentam saya tuduh saya tak bersyukur. Cuma keadaan 
kami membuatkan saya berfikir sedikit mengenai falsafah hidup dan nak komen 
sebagai panduan untuk semua jika ada kebaikannya.

Kemudian saya nak banding dengan sepupu saya yang belajar aliran agama. Dia 
sekolah arab. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Azhar sehingga masters. 
Sekarang dia kerja sebagai pensyarah dan isteri jadi guru. Saya tengok dia 
lebih mewah dari kami. Alhamdulillah. Kereta ada dua. Dengar khabar, akan 
menunaikan Haji tahun ini. Bukan dengan isteri sahaja. Malahan mampu lagi 
bawa ibu dan bapa dia. Kira mewah dan senanglah. Kalau tak ada simpanan 30 
ribu jangan cakaplah.Alhamdulillah. Allah berikan hidup sepupu saya itu 
mewah dan murah rezeki.

Justeru, sebagai kesimpulannya, jangan menyesal belajar apa-apa aliran pun. 
Kalau aliran ugama, lebih-lebih lagi jangan menyesal. Janganlah risau samada 
anak-anak kita akan dapat kerja yang gaji besar atau tidak. Nanti hidup 
senang atau tidak. InsyaAllah, jika ilmunya berkat, rezeki Allah akan datang 
tanpa kita duga. Sebagaimana nasib sepupu saya itu.

Wassalam.

>From: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Kenapa menyesal sekolah agama?
>Date: Fri, 22 Sep 2000 05:55:32 0100
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Semasa melayari akhbar online, terjumpa surat pembaca dibawah.
>Kita tak tahu apa punca sebenar beliau tak dapat masuk IPTA.
>Mungkin mata pelajaran tertentu lemah, atau ada sebab2 lain,
>susah nak cakap.
>
>Kalau anak kita, apa tindakan kita selanjutnya?  Susah juga
>puzzle ni ya.
>
>Sekian.
>
>-------------
>
>Surat: Pelajar aliran agama mahu perhatian
>
>21 September 2000
>
>TAHNIAH diucapkan kepada pelajar di seluruh negara yang berjaya
>menempatkan diri di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Semoga
>belajar dengan sedaya upaya agar tidak mengecewakan harapan
>kedua-dua ibu bapa.
>
>Sebenarnya saya pelajar yang memohon ke IPTA, tetapi malangnya
>nasib tidak sebaik mereka. Saya seorang pelajar dalam aliran agama
>yang bersekolah di Seberang Perai Utara.
>
>Meskipun, saya mendapat pangkat satu dalam peperiksaan, tetapi ia
>bukan jaminan mendapat tempat di IPTA. Mungkinkah saya bukan
>daripada aliran Sains atau Sastera atau mungkin juga nasib tidak
>menyebelahi saya. Kadang-kadang timbul juga rasa menyesal
>menuntut di sekolah agama.
>
>Sebagai pelajar agama juga, saya sering ditanya mengenai masa
>depan bersekolah di sana? Pelajaran apakah yang diajar di sana? Ada
>kemudahan dan ke manakah hala tuju selepas tamat pengajian di
>sana?.
>
>Namun demikian, saya lebih bersimpati dengan mereka yang masih
>bersekolah agama. Ke manakah haluan mereka selepas ini pula?
>Bagaimanakah jika hanya mendapat pangkat dua atau tiga? Adakah
>masih ada harapan untuk mereka? Peluang pelajar aliran agama bagi
>melanjutkan pelajaran ke IPTA mungkin hanya di Universiti Islam
>Antarabangsa Malaysia (UIA).
>
>Akhirnya, tiada niat mahu menyinggung perasaan sesiapa, tetapi
>sekadar mahu melihat ada pihak sedia memartabatkan sekolah agama
>sejajar dengan pembangunan negara supaya dan sekolah agama tidak
>lagi dipandang sebelah mata, tetapi dilihat dengan penuh rasa megah
>serta bangga.
>
>PELAJAR SEKOLAH AGAMA, Seberang Perai Utara
>
>
>__________________________________________________________
>This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke