Assalamu'alaikum,

Dua hari lepas saya join satu seminar "Stress Management at workplace".

Saya nak kongsi satu perkara hari ni dan tanya satu soalan. Yang lain 
mungkin saya akan kongsi kemudian.

Dalam seminar itu, instructor (seorang profesor dan Dr. bahagian psikologi) 
itu antara lain mengajar beberapa senaman yang boleh release tension 
daripada badan kita dan seterusnya memenangkan fikiran kita.

MasyaAllah, salah satu daripadanya ialah lebih kurang macam kedudukan masa 
kita sujud. Cuma tangannya dibetulkan ke hadapan.- lihat sktech yang saya 
attachkan. Kata Dr itu, kedudukan itu boleh release stress dari badan dan 
mengstabilkan organ-organ di dalam badan.

Di akhir seminar tu, saya komen sikit mengenai satu kajian sains yang 
mengatakan ada satu urat darah di kepala yang hanya dapat bekalan darah bila 
kita sujud. Semua hadiririn (bukan Islam kecuali saya sorang) terkejut. Dr. 
itu minta saya e-mailkan report kajian sains itu.

Saya dapat tahu mengenai kajian sains tu dari seorang rakan yang forward 
satu e-mail. Ahli sains tersebut masuk Islam kerana takjub dengan 
penemuannya. Kalau tak silap e-mail asal disiarkan dalam hizbi-net atau 
islah-net. E-mail tu dah saya deletekan.

Justeru, soalan saya:
kalau ada sesiapa yang tahu megenai e-mail itu dan jika boleh artikel yang 
membicarakan kajian sains tersebut, minta tolong forwardkan kat hizbi-net ni 
semula. Sebab saya nak forwardkan pada Dr. itu. Dia minat nak tahu.

Akhir sekali, semakin hari semakin terbukti rahsia-rahsia sesuatu yang 
perkara2 yang disyariatkan Islam.
Wassalam.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.

sujud dan sains.xls

Kirim email ke