*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum teman2 semua,

Bila saya berbincang dengan beberapa rakan dari UMNO, ada yang berpendapat 
politik memang sebahagian daripada Islam. Tetapi kata mereka, politik 
kepartian tidak ada. Isu inilah yang seakan-akan menjadi satu isu klasik 
yang selalu dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Bukan mereka tidak tahu 
Rasulullah s.a.w. dahulu juga menjadi ketua negara. Maknanya, Rasulullah 
s.a.w. juga bersiasah atau berpolitik. Tetapi, pemimpin UMNO berhenti disitu 
sahaja. Kata mereka, itu politik Rasulullah s.a.w.. Tidak berupaya kita 
hendak ikut. Kini kita berpolitik parti untuk menjadi wakil rakyat, bukan 
seperti Rasul s.a.w..

Kata mereka lagi, dahulu mana ada parti politik seperti sekarang? Mana ada 
PAS? Mana ada UMNO? Justeru, simpul mereka, politik kepartian seperti yang 
kita ada sekerang tiada dalam Islam. Baru-baru ini pun MB Selangor yang Dr. 
Khir berkata "Ugama dan politik tidak boleh bercampur-aduk" (rujuk akhbar 
Star ahad lepas).

Betulkah begitu? Saya ingin mengukir satu pandangan peribadi yang telah 
memungkinkan saya faham akan isu ini. InsyaAllah, pandangan ini boleh juga 
sedikit sebanyak menjernihkan pandangan kalian bersabit politik dan Islam.

........
Zaman nabi memang tiada parti-parti politik sebagaimana yang kita ada di 
zaman moden. Tiada PAS tiada UMNO dan lain2. Tetapi itu tidak menjadi alasan 
untuk berkata Islam tiada panduan bagaimana umatnya hendak berpolitik 
kepartian.

Jika kita berkata Islam tiada panduan untuk berpolitik kepartian, hati-hati. 
Takut-takut secara langsung atau tidak langsung, kita menafikan kesempurnaan 
Islam itu. Itu bahaya.

Jika kita mengaku Islam itu sempurna dan jika kita mengaku Rasul 
sallallahu'alaihiwasallam diturunkan sebagai contoh terbaik untuk manusia, 
maka bukankah lojik kita juga kena mengaku Islam ada panduan bagaimana 
berpolitik kepartian? Jika Rasul sallallahu'alaihiwasallam diturunkan untuk 
dijadikan contoh bagaimana manusia hidup, dan jika politik kepartian juga 
sebahagian daripada kehidupan, mana mungkin baginda s.a.w. tidak mengajar 
caranya?

Jika di zaman Nabi sallallahu'alaihiwasallam tiada parti-parti politik 
sebagaimana sekarang, dan jika tiada hadis atau ayat-ayat al-Quran khusus 
yang membicarakan politik parti, maka sumber hukum ke 3 dan 4 bolehlah 
disandarkan- Ijmak Ulamak dan Qias. Jadikan Ijmak Ulamak dan Qias sebagai 
asas kepada panduan berpolitik kepartian.

Sebagai perbandingan, di zaman Nabi sallallahu'alaihissalam tiada industri 
insuran sebagaimana kini. Tetapi ijmak ulamak menggariskan panduan bagaimana 
Islam memandu industri insuran. Maka keluarlah takaful. Begitu juga di zaman 
Nabi sallallahu'alaihiwasallam tiada bursa saham sebagaimana BSKL. Maka 
ijmak ulamak berbincang dan mengeluarkan garis panduan bagaiamana berniaga 
saham secara Islam. Maka keluarlah garis panduan saham yang halal dan yang 
tidak.

Berbalik kepada topik politik parti. Jika panduan Islam kita gunakan, 
insyaAllah, terpeliharalah umat Islam dari terjebak ke dalam politik 
kepartian yang kotor seperti yang ada di negara barat- dimana tujuan 
menghalalkan cara. Fitnah/surat layang dan politik wang subur di dalam parti 
itu. Jika Islam yang digunakan untuk memandu suatu parti itu, maka 
insyaAllah parti politik itu akan berjalan lebih 'cool' tanpa politik wang 
dan fitnah/surat layang.

Yang jelas. Islam itu sempurna. Tiada manusia yang mengucap dua kalimah 
shahadat boleh menafikannya. Maka menjadi satu perkara biasa untuk 
mempercayai Islam juga memandu manusia bagaimana berpolitik kepartian.

Semoga pandangan ini memberi sekelumit manafaat. Yang baik dari Allah. Yang 
tidak benar dari saya sendiri.

Wassalam.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke