KENYATAAN MEDIA

MENYERU ORANG RAMAI BERSEDIA MENGHADIRI PERHIMPUNAN 100,000 RAKYAT

DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL PADA 7 OKTOBER

 

 

Sehingga Sabtu 23 September bila dihubungi, pihak Perbadanan Kompleks Sukan Negara masih menyatakan tiada sebarang keputusan dibuat berkenaan permohonan menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil. Ini bermaksud permohonan masih dalam pertimbangan.

 

Dengan itu, Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru para penyokong reformasi bersiap sedia untuk turun ke Kuala Lumpur pada 7 Oktober. Perhimpunan bermula pada pukul 8:00 malam. Usaha-usaha mobilisasi hendaklah dilakukan dari sekarang bagi membolehkan orang ramai menghadiri Perhimpunan 100,000 Rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

Persediaan yang rapi sedang dilakukan oleh Jawatankuasa Bulan Reformasi bagi membolehkan perhimpunan itu berjalan lancar dan teratur.

 

Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Bulan Reformasi menyeru agar kempen tandatangan menyokong perhimpunan tersebut diteruskan.  Ini bagi membolehkan Jawatankuasa Bulan Reformasi mendesak kerajaan sekiranya permohonan kali kedua masih ditolak.

 

Jawatankuasa Bulan Reformasi meletakkan sasaran tarikh 30 September untuk mendapatkan 100,000 tandatangan menyokong perhimpunan ini

 

 

 

Hj. Saari Hj. Sungib                                                          

Pengerusi Jawatankuasa Bulan Reformasi,                         

Parti KeADILan Nasional

http://bulanreformasi.tripod.com

emel: [EMAIL PROTECTED]

 

24 September 2000

 

Kirim email ke