*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku Berlindung Dengan Allah Dari Syaitan Yang Direjam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Hai orang2 yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah membahayakan
kepadamu orang yang telah sesat, bila kamu telah mendapat petunjuk. Kepada
Allah tempat kembalimu sekalian, lalu Allah mengkhabarkan kepadamu apa2 yang
telah kamu amalkan. (5:105)


Hj Mohamad bin Jusoh wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> RISALAH PANDUAN UNTUK MENGENAL PASTI AJARAN
> SESAT DAN PENGAMAL-PENGAMAL AJARAN SESAT
> DALAM BENTUK PERSEORANGAN ATAU PERTUBUHAN
>
> BAB 1
>
> Maksud Ajaran Sesat
>
>  Ilmu dan amal yang menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak seseorang
> muslim lagi mukmin melalui lidah, anggota dan hatinya di semua tempat,
> waktu dan masa dikala itu jadilah orang itu,
> 1. Murtad
> 2. Munafik
> 3. Zalim
> 4. Fasik
>
> dan lain-lain istilah yang diringkaskan dalam kata “kufur dan maksiat”.
> Bagi setiap orang Islam,  apabila disebut sesat ertinya Aqidah, Syariat
> dan Akhlak seseorang muslim lagi mukmin itu sudah batal melalui salah
> satu daripada tiga perkara atau dua daripada tiga perkara atau
> ketiga-tiganya sekali serentak, bukan di tempat mengajar atau belajar
> agama dan dengan sengaja iaitu melalui
>
> 1. perkataan
> 2. perbuatan
> 3. qosod hati
>
> Dosa jadi murtad dan dosa segala kerja buat semasa di dalam murtad tidak
> diampun oleh Allah s.w.t. dengan hanya kembali semula kepada agama Islam
> melalui ucapan dua kalimah syahadah, melainkan hendaklah disertakan
> dengan taubat nasoha yang sebenar-benarnya.
>
> 1. Sesat Melalui Perkataan
> Iaitu segala ucapan kata dengan kalimah-kalimah atau ayat yang memberi
> faham di mana kalimah-kalimah atau ayat yang diucapkan itu tersasar
> daripada qowaid syari’yah.  Perkara sebegini berlaku ketika bercakap
> biasa, ketika marah, ketika bergurau senda dan lain-lain.  Ianya
> terdapat juga dalam bentuk jampi serapah mentera yang diamalkan oleh
> orang-orang fasik dan jahil yang diambil daripada orang-orang kafir,
> munafik, zalim, fasik yang dikenali dengan nama Kahin, Arrof, Munajjim
> atau Sami-sami, Padri-padri atau Rahib-rahib.
>
> Peringatan
>  Segala rupa bentuk kalimah atau ayat-ayat atau jampi-jampi daripada
> ulamak-ulamak Islam yang ahli pada babnya walau di dalam apa bahasa
> sekali pun tidak termasuk di dalam bab tersebut.
>
> 2. Sesat Melalui Perbuatan
> Perlakuan atau perbuatan seseorang muslim itu menyerupai sama seperti
> orang-orang kafir dalam ubudiahnya dan dalam hidup hariannya melanggar
> segala hukum syarak samada wajib atau haram dengan sengaja.
>
> 3.  Sesat Melalui Hati
> Qosod dan Iradat jahat yang timbul di dalam hati yang tersasar daripada
> qowaid syari’yah yang hanya pelaku itu sahaja yang tahu.
> Sesat syariat semata-mata yang tidak ada hubung kait dengan aqidah hanya
> menyebabkan dosa besar.  Begitu juga sesat akhlak semata-mata yang tidak
> ada hubung kait dengan aqidah, hanya menyebabkan tidak ada pahala
> sesuatu kebaikan yang diamalkan.
> Menjadi tanggungjawab sebagai wajib fardhu ain setiap muslim mencegah
> dirinya daripada jatuh ke dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang
> jadi murtad.
>
> ? Menjadi tanggungjawab suami mencegah isterinya daripada menjadi
> murtad.
> ? Menjadi tanggungjawab setiap ibubapa mencegah anak-anaknya menjadi
> murtad.
> ? Menjadi tanggungjawab setiap wali-wali (penguasa-penguasa yang
> beragama islam) mencegah orang-orang muslim di bawah jagaannya daripada
> menjadi murtad.
> ? Menjadi tanggungjawab pemerintah-pemerintah Islam mencegah rakyatnya
> yang beragama Islam daripada menjadi murtad dengan mengujudkan suatu
> undang-undang Riddah ke atas rakyatnya.
>
> Umat Nabi Musa Kalimullah a.s. berpecah 71 puak.  Manakala 70 puak
> berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad.  Hanya
> satu puak sahaja yang jadi mukmin lagi muslim.
> Umat Nabi Isa Ruhullah a.s. berpecah kepada 72 puak.  Manakala 71 puak
> berada dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad.  Hanya
> satu puak sahaja yang kekal dalam mukmin lagi muslim.
> Umat Nabi Muhammad s.a.w. berpecah kepada 73 puak.  Manakala 72 berada
> dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak yang jadi murtad.  Hanya satu
> puak sahaja yang kekal dalam mukmin lagi muslim.  Puak Ahlus Sunnah Wal
> Jamaah dalam aqidah, syariat dan akhlak.
> Dewasa ini Ahlus Sunnah Wal Jamaah:-
>  i.  Dalam aqidah itu berada di dalam aliran Abu Hassan Asya’ari dan Abu
>
>      Mansur Maturidi.
> ii. Dalam syariat iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam aliran
> a. Imam Syafie
> b. Imam Maliki
> c. Imam Hambali
> d. Imam Hanafi
> iii. Dalam akhlak iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah dalam aliran
>      Junaid Al-Baghdadi, Al-Qusyairi, Al-Ghazali, Asy-Sya’rani dan
> ulamak-
>      ulamak muktabar seumpama mereka itu.
>
> (A)  72 PUAK YANG SESAT AQIDAH ITU IALAH :
>
> KAUM RAFIDHIYAH - 12 PUAK
> Antara I’tiqad mereka:
> a. Bahawa Saidina Ali turun dari langit atas rupa awan ketuhanan lalu
> berupa
>      manusia maka dilakukanlah beberapa pekerjaan yang dibangsakan
> kepada
>      ketuhanan. Setelah itu naik pula ke langit .
> b. Bahawa Saidina Ali itu nabi; Jibril tersalah membawa wahyu kepada
> Nabi
>      Muhammad s.a.w.
> c. Bahawa Saidina Ali dan Nabi Muhammad s.a.w. bersyarikat dalam
> pekerjaan       Nubuwah.
> d. Bahawa jawatan khalifah itu hanya khusus kepada Saidina Ali. Adapun
> Abu Bakar , Umar dan Osman r.a. sentiasa berada dalam kafir apabila
> menerima dan memegang jawatan khalifah Rasullah. Mereka menyumpah
> sahabat-sahabat agung Rasulullah dan lain-lain sahabat yang tiada
> seketurunan atau sebangsa dengan Saidina Ali.
> e. Apabila roh keluar daripada suatu jasad anak Adam maka masuk pula
> kepada jasad yang lain dengan nama dan rupa yang lain atau serupa.
> f. Bahawa Saidina Ali akan kembali hidup semula di akhir zaman sebelum
> qiamat, menghukum akan semua musuh-musuhnya dan tempatnya sekarang ini
> didalam awan. Guruh dan kilat itu suara cemetinya.
> g. Bahawa Allah s.w.t. terkadang-kadang zahir atas rupa manusia maka
> dinamai akandia nabi atau Imam. Lalu mengajak manusia kepada ugama Islam
> yang lurus. Jikalau tiada demikian itu maka sesatlah semua makhluk .
> h. Bahawa zat Allah Ta’ala itu menjelma masuk dalam sesuatu dan sebati
> dengan dia.
>
> KAUM JABARIAH – 12 PUAK
> Antara I’tiqad mereka;
> a.  Iman dan taat dan kufur dan maksiat semata-mata daripada Allah.
> Tiada        pada hamba ikhtiar usaha, teguh cita-cita dan rangkaian
> doa.
> b.  Gugur taklif syarak daripada hamba.
> c.  Buat baik tiada dapat kebajikan atau pahala, buat maksiat tiada
> dapat  balasan jahat dan putus asa daripada rahmat Allah.
> d.  Buat baik tiada dapat pahala, buat jahat tiada dapat siksa.
> e.  Tafakur itu lebih baik daripada segala ibadat samada fardhu atau
> sunat.
> f.  Sesiapa yang menagih kekasih Allah dan bersih daripada hawa nafsu
> yang jahat dan ada ilmu tiada perlu lagi buat amal ibadat.
> g.  Bahawa orang-orang kafir dan ahli-ahli maksiat tiada akan ditanya di
> akhirat kelak kerana segala-galanya itu Allah yang melepaskannya.
> h.  Bahawa Allah tiada menyeksa segala hamba-hambanya, kalau Allah siksa
>
>      juga maka Allah itu zalim.
> i. Allah meghidupkan segala kafir dan segala orang yang bersalah di
> dalam neraka, selepas itu dimatikan pula dan tiada hidup lagi
> selama-lamanya.
> j. Apabila Allah selesai menjadikan makhluk maka beristirehatlah ia. Dan
> tidak tiap-tiap suatu zahir pada waktunya yang ditetapkan itu dengan
> sendirinya dan putus hubungan dengan Allah.
> k. Apabila sampai kepada darjah kekasih Allah (wali Allah) yang tinggi
> gugurlah taklif syara’ hanya tafakkur semata-mata.
> l. Harta dunia bersyarikat di antara semua keturunan Adam dan Hawa dan
> halal mengambilnya tiada hak tegahan ahlinya.
> m. Apabila terasa di hati hendak melaksanakan sesuatu kebajikan atau
> kejahatan hendaklah segera mengerjakan akandia kerana itu wahyu Allah
> yang dicampakkan di dalam hati.
> n. Barangsiapa belajar ilmu jadilah ia berada dalam syirik dan
> menegahkan daripadanya jadilah ia kafir.
>
> o. Bahawa semua yang difardhu oleh Allah boleh buat jika rajin dan boleh
> tinggal jika malas.
> p. Segala perintah Allah itu hanya sekali sahaja tiada berulang-ulang.
> q. Hamba tiada mukallaf selain daripada iman dan kufur.
> r. Dipanggil mukmin hanya mengucap dua kalimah syahadah, menghilangkan
> dia jadi kafir tidak perlu lagi melaksanakan lebih daripada itu.
>
> KAUM KHARIJIAH – 12 PUAK
> Antara I’tiqad mereka:
> a. Bahawa yang menjadikan kebaikan itu Allah dan menjadikan kejahatan
> itu     hamba dan menghukum kafir akan orang Islam yang melakukan dosa
> besar.
> b. Bahawa zakat tiada fardhu. Boleh menghimpun harta sebanyak mana yang
> disukai walaupun dengan apa cara sekalipun , dan tiada harus memberi
> zakat kepada sesiapa pun kerana tiada tahu mukmin atau kafir.
> c. Allah menghimpunkan dosa syirik jali, tidak perlu mengucap dua
> kalimah syahadah kembali kepada Islam.
> d. Beriman dengan segala yang ghaib itu batal.
> e. Allah tiada menghukumkan makhluk dengan suatu hukum.
> f. Matahari, bulan dan bintang bukan makhluk Allah.
> g. Semua perempuan itu perhiasan bagi lelaki. Boleh wat’ei dahulu
> sebelum nikah.
> h. Saidina Ali itu kafir.
> i. Bahawa Abu Bakar, Umar r.a. itu sahaja mukmin. Tiada tahu lain
> daripada itu kafir atau mukmin.
>
> KAUM QADARIAH – 12 PUAK
> Antara I’tiqad mereka :
> a. Segala usaha ikhtiar, teguh cita-cita dan rangkaian doa hamba memberi
> bekas dengan sendiri setelah Allah menjadikan ikhtiar usaha, teguh
> cita-cita dan rangkaian doa hamba.
> b. Syaitan itu serupa dengan Allah kerana tiada mempunyai ujud yang
> nyata.
> c. Menjadikan kejahatan itu syaitan jua dan menjadikan kebaikan itu
> Allah jua.
> d. Qada’ dan Qadar itu bukan daripada Allah.
> e. Beramal ibadat itu sia-sia kerana tiap-tiap baik dan jahat itu azali
> lagi.
> f. Tiada ada shurga, neraka, hisab, mizan dan belum lagi dijadikan
> Allah.
> g. Bahawa segala amal ibadat itu daripada hamba semata-mata tiada
> diketahui beroleh pahala atau siksa jika melaksana atau meninggal akan
> dia.
> h. Bahawa Allah tiada menjadikan syaitan kerana jika Allah menjadikan
> syaitan maka Allah juga menjadikan kekufuran maka sesungguhnya Allah itu
> berkehendak ujud kekufuran.
> i. Bahawa segala amal ibadat hamba itu makhluk Allah melainkan
> semata-mata iman dan kufur.
> j. Benci kepada ibadat fardhu dan suka kepada ibadat sunat dan
> sembahyang yang empat rakaat dijadikan dua rakaat sahaja.
> k. Segala kitab-kitab Allah yang turun dari langit tiada mansuh, wajib
> beramal dengan semua isi kandungannya.
>
> KAUM JAHMIAH – 12 PUAK
> Antara I’tiqad mereka :
> a. Asma Allah dan Sifat Allah itu makhluk.
> b. Zat Allah itu ujud pada tiap-tiap tempat atas wajah hulul dan
> ittihad,
> c. Orang yang mukmin yang a’si apabila masuk neraka tiada keluar
> selama-lamanya.
> d. Isi neraka apabila jadi abu tiadalah lagi hidup.
> e. Mayat itu tiada merasai azab atau nikmat kecuali pada masa
> sakaratul-maut dan dalam kubur.
> f. Bahawa Zat Allah berdiri antara langit dan bumi.
> g. Bahawa Nabi Muhammad hanya melihat Tuhan didalam dunia sahaja dan
> manusia yang lain pula melihat tuhan hanya dalam dunia sahaja.
>
> KAUM MURJI’AH - 12 PUAK
> Antara I’tiqad mereka :
> a. Selepas membicarakan rukun Iman tiada lagi yang difardhukan oleh
> Allah.
> b. Bahawa Allah menjadikan sekelian makhlukNya tetapi tiada menyuruh
> melaksanakan kejahatan dan tiada melarang meninggalkan kejahatan.
> c. Sesiapa mengucap Lailahaillallah maka bebas melakukan taat atau
> berbuat maksiat.
> d. Barang siapa mengesakan zat, sifat, asma’ dan af’al Allah maka tiada
> sekali-kali tersurat atasnya dosa besar.
> e. Bahawa Allah Ta’ala itu jauhar atau a’radh (sel atau nukleus).
> f. Sah sujud kepada matahari, bulan  dan bintang atau makhluk yang lain
> seperti sujud kepada Allah.
> g. Iman itu ilmu, barang siapa tiada berilmu jadi kafir.
> h. Sesiapa yang tiada mengetahui amar dan nahi jadi kafir.
> i. Iman seseorang itu pada tiap-tiap tahun sentiasa berkurang tiada
> bertambah.
> j. Dirinya jadi mukmin jika dikehendaki Allah dan tiada jadi mukmin jika
> tiada dikehendaki Allah (syak atau zan atau waham) akan keimanan
> dirinya.
> k. Zat Allah serupa dengan manusia.
> l. Wajib dan sunat, haram dan makruh sama sahaja kerana kesemuanya titah
> perintah Allah.
> m. Zat Allah tiada bersifat dengan segala sifat ujudiah.
> n. Boleh mengikut perintah atau arahan syaitan atau jin samada Jin Islam
> atau kafir walaupun perintah melaksanakan segala yang haram.
>
> (B) DUA PUAK YANG SESAT SYARIAT DALAM MAZHAB FIQH YANG EMPAT
> i) Bida’ah dholalah karohah yang jadi fasik .
> ii) Bida’ah dholalah haram yang jadi murtad.
>
> MAKSUD BIDA’AH BHOLALAH IAITU;
>       Suatu penambahan atau pengurangan kepada asal hukum wajib, haram,
> sunat, makruh, harus tidak mengikut qowaid syariyah
>        Qowaid syariyah
> i) Syarat
> ii) Sebab
> iii) Mani’
> iv) Sah
> v) Batal
> Dan tidak ada hubungkait dengan makna dan makni Al-Quran, hadis, ijmak
> ulamak dan qias.
>
> (c) TERJEBAK KEDALAM 13 PUAK TASAUF ( SUFI ) YANG SESAT
> 1.  KAUM MARJI’AH
> ? I’tiqadnya apabila sampai kepada darjah kekasih Allah, tidaklah kasih
> akan yang lain selain Allah. Terangkat taklif syara’ dan segala ibadat
> dan halal segala yang haram, segala yang difardhu boleh buat dan boleh
> tinggal. Puak-puak ini setengahnya sangat gemar bertelanjang tiada
> menutup aurat. Segala harta di dunia ini kepunyaan Tok Adam. Mereka
> anak-cucu Adam dan halal kesemuanya.
> 2. KAUM AULIYA’IYAH
> ? I’tiqadnya pabila kepada darjah wali terangkat segala taklif syarak
> dan wali lebih besar daripada Nabi.
> 3. KAUM SYAMRAKHIYAH
> ? I’tiqadnya menghalalkan zina dan berpura-pura berlaku warak dikhalayak
> ramai.
> 4. KAUM IBAHIYAH
> ? I’tiqadnya sanggup menahan diri daripada berbuat perkara-perkara
> mungkar dan juga tidak sanggup menyuruh manusia dengan kebajikan dan
> mereka juga menghalalkan zina.
> 5. KAUM HALIYAH
> ? I’tiqadnya mereka menari-nari dan bertepuk tangan dan ada yang pengsan
> serta mereka sandarkan pekerjaan mereka itu kepada sunah Rasulullah yang
> perlu diikuti.
> 6. KAUM HURIYAH
> ? I’tiqad mereka sama seperti kaum Haliyah, cuma mereka kata tatkala
> pengsan itu, “Datang kepada kami bidadari, maka kami jima’ akan dia.
> Apabila sedar daripada pengsan mereka pergi mandi junub.
> 7. KAUM WAQI’YAH
> ? I’tiqad mereka bahawa zat Allah dan segala sifat-Nya , asma-Nya dan
> af’al –Nya tidak boleh dikenali. Hamba sama sekali tidak akan sampai
> kepada makrifatullah.
>
> 8. KAUM MUTAJAHILIYAH
> ? I’tiqad mereka tidak memakai pakaian-pakaian yang bersih, suka kepada
> pekerjaan yang jahat dan suka kepada perempuan dan zina.
> 9. KAUM MUTAKASILIYAH
> ? I’tiqad mereka meninggalkan usaha ikhtiar, meminta kepada orang ramai
> dan memaksa-maksa orang ramai memberi zakat dan sedekah kepadanya.
> 10. KAUM ILHAMIYAH
> ? I’tiqad mereka selalu mendapat ilham ketuhanan, meninggalkan
> mempelajari serta membaca Al-Quran, meninggalkan zikir dan segala
> selawat kerana Al-Quran itu menjadi hijab untuk sampai kepada
> makrifatullah. Mereka lebih suka mempelajari serta menghafal segala
> bait-bait syair.
> 11. KAUM HULULIYAH
> ? I’tiqad mereka zat Allah menjelma di dalam diri manusia atau dalam
> juzuk-juzuk daripada alam.  Mengharuskan memandang kepada
> perempuan-perempuan yang elok-elok dan lelaki-lelaki yang elok-elok
> rupa  kerana disitu ada tajalli ketuhanan; suka bersuluk dan berzikir
> campur lelaki dan perempuan sambil memeluk cium yang elok pula kerana
> itu bekas tajalli ketuhanan jika dapat anak di dalam majlis itu, anak
> itu anak tajalli ketuhanan; semua amalan hanya berniat sahaja.
> 12. KAUM WUJUDIYAH
> ? Yang mulhid atau zindiq; I’tiqad mereka, diri mereka dan zat Allah
> sama jenis ujud dan ujudnya Allah itu bertempat dan bermasa serta boleh
> dilihat dengan mata kepala.  Mereka hanya semata-mata membahaskan
> tentang keujudan zat Allah mengikut khayalan mereka sahaja.
> 13. KAUM MUJASSIMAH
> ? I’tiqad mereka zat Allah itu berjisim seperti manusia.
> PERINGATAN:-
> Puak-puak ini ialah mereka-mereka yang sesat dalam aqidah, syariat dan
> akhlak dari kaca mata Ahlus Sunnah Wal Jamaah tetapi diri mereka itu,
> tetap mereka mengaku betul dan benar dalam semua kerja buat mereka.
> Asas seseorang itu menjadi kufur atau murtad dan bida’ah dholalah iaitu
> :
> 1.     Jahil Murakab
> - Menerima dan beramal sesuatu yang baik dan jahat dengan tidak
> berbetulan sasarnya atau perkataan dan perbuatan seseorang itu tidak
> bertepatan dan tidak selari seperti asalnya samada dalam bab aqidah,
> syariat dan akhlak .
> 2. Jahil Basit
> - Berdegil atau keras hati didalam menerima ilmu dan amal yang baik
>   sehingga diberitahu berita gembira atau takut sama sahaja, tidak
>   ada apa-apa kesan atau tidak boleh menerima dan melaksanakan
>   sesuatu yang betul di dalam bab aqidah, syariat dan akhlak, samada
>   diajar atau ditegur.
> 3. Rabtul A’di
> - Berpegang teguh pada hukum adat dalam hidup dan   kehidupan
>   dengan menolak semua sekali hukum syarak dan hukum akal.
>
>  HUKUM SYARAK :
>  i. Wajib
>  ii. Haram
>  iii. Sunat
>  iv. Makruh
>  v. Harus
> Tiap-tiap satu hukum syarak itu ditentukan oleh lima (5) Hukum Taklif
> untuk membolehkan seseorang itu berada padanya :
> i. Syarat
> ii.   Sebab
> iii.  Mani’
> iv.  Sah
> v. Batal
>
> Hukum Akal itu ialah :
> i. Wajib
> ii. Mustahil
> iii. Harus
>  4. Taqlidur Rad’di
> - Ikut membabi buta tanpa merujuk kepada hukum syarak dan hukum
> akal serta kepada ulamak-ulamak yang faham dan beramal dengan
> ilmunya.
> 5. Tahsinul Aqli
> - Mengikut kebijaksanaan pemikiran, menolak hujah Al-Quran, Hadis, Ijmak
> Ulamak dan Qias dalam aqidah, syariat dan akhlak.
> 6. Hululliah
> - Mengiktiqad zat Allah itu menjelma di dalam alam, menyerupai sesuatu
> daripada alam zahir dan batinnya.
> Umpama iktiqad Yahudi iaitu zat Allah menjelma dalam alam, menyerupai
> Nabi Allah Uzair a.s.
> - Iktiqad Kristian zat Allah menjelma dalam alam menyerupai Mariam dan
> Isa a.s.
> 7. Tanasikhul Arwah
> - Mengiktiqad zat nabi-nabi, wali-wali dan malaikat menjelma masuk
> dalam diri seseorang dan orang yang mendapat penjelmaan itu boleh
> menzahirkan beberapa yang menyalahi kebiasaan bagi membukti
> kebenarannya.
>
> Peringatan:- Tidak ada dalam nas, hujah Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulamak
> dan Qias mengatakan roh nabi-nabi, wali-wali dan malaikat diizinkan oleh
> Allah menjelma masuk ke dalam diri seseorang, hanya yang ada roh jin
> dengan mempernamakan dirinya sebagai nabi, wali dan malaikat kerana
> menipu daya manusia untuk terjun dalam sesat aqidah, syariat dan akhlak
> dalam Islam.
>
>  8. Iktiqad Wahdatul Wujud
> - Mengiktiqad zat Allah menjelma pada mana-mana tempat dalam  diri dan
> bersatu dengan roh sehingga di kala itu orang itu mengaku dirinya
> Tuhan.  Meninggalkan segala amalan syariat, menghalalkan segala yang
> haram dan terangkat segala taklif syarak pada dirinya.
> Umpamanya nikah batin, sembahyang hanya dengan niat dan lain-lain.
>
> Peringatan :-
> Maksud gugur taklif syarak pada istilah ahli sufi, ialah gugur
> taklif Syarak pada makam yang ia tinggalkan dan masuk melaksanakan
> taklif syarak pada pangkat dan tingkat dirinya berada, yang menuju
> sasarnya, baik, paling baik, agung baik, maha baik iaitu aqidah,
> syariat, akhlak Nabi Muhammad s.a.w zahir dan batinnya.
>
> 9. Menghuraikan Al-Quran, hadis dan kitab-kitab ulamak dengan jahil
> kaedah bahasa Arab atau tidak memasuki mana-mana majlis pengajian atau
>      tidak mengambil daripada mereka yang mahir bahasa Arab lagi a’lim
>       serta beramal dengan ilmunya atau jahil qowaid syarak.
>
> BAB 2
>
> Tanda-tanda sesuatu amalan itu dan orang yang beramal itu berada dalam
> sesat aqidah, syariat dan akhlak di atas nama murtad, munafik, zalim,
> fasik itu ialah ilmu dan amal yang :-
>
> 1.  Ada perjanjian yang disertakan dengan sumpah bagi
>     memaksakan diri seseorang itu beramal dengan segala yang
>     baik (wajib, sunat, harus) dan meninggalkan segala yang jahat
>     (haram dan makruh).
> a. Mereka memansuhkan sama sekali 3 hukum syarak dengan
>     sengaja  iaitu :
>               i.  Hukum Sunat
>              ii.  Hukum Makruh
>             iii.  Hukum Harus
> b. Memberatkan ke atas diri 2 hukum syarak dengan sengaja
>     iaitu :
>           i.  Hukum Wajib
>     ii.  Hukum Haram
>     c.  Menaikkan taraf :
>      i.  Hukum Sunat menjadi Wajib
>     ii.  Hukum Harus yang hampir kepada sunat menjadi wajib
>    iii.  Hukum Makruh menjadi haram
>    iv.  Hukum Harus yang hampir kepada Makruh menjadi haram
>      d.  Mubaiah pula kepada orang yang fasik, munafik, zalim dalam
>           ilmu dan amalnya.
>      e.  Tidak mengikut kaedah mubaiah yang betul mengikut Qowaid
>           Syariyah dalam bab syariat dan sufi (akhlak).
> 2. (a) Patuh pada perjanjian yang sama dengan hukum syarak
>          (wajib, sunat, haram, makruh dan harus) bagi mendapat
>           sesuatu yang menyalahi kebiasaan.
>      (b) Patuh pada perjanjian yang harus dalam hukum syarak bagi
>           mendapat sesuatu yang menyalahi adat.
>      (c) Patuh pada perjanjian yang haram dalam hukum syarak.
>            - Mendatangkan hukum syarak yang baru dengan
>              memansuhkan  hukum syarak yang asal kerana patuh dan
>              taat dan ikut telunjuk khadam yang menjadi sahabat dalam
>             semua kerja buatnya (menukar Ubudiahnya dalam ilmu dan
>             amalnya daripada Ubudiah kepada Allah ke Ubudiah kepada
>             khadam yang menjadi sahabatnya).  Lihat huraian pada bab
>             Istidraj, sihir, Ihanah dan Sya’wazah.
> 3.  Jenis-jenis latihan yang ada sifat marah atau dimarahi bagi
>      menzahirkan perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan.
>      - Menzahirkan rupa Tanasikhul Arwah iaitu penjelmaan rohani
>        daripada jin ke dalam diri samada cara tersembunyi atau nyata
>        yang disangka nabi atau wali atau malaikat.
> 4.  Mengiktiqad segala wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan
>      sesuatu yang dihajati (berada dalam syak, zon dan waham)
>      -  Terjebak dalam iktiqad Jabariah, Qodariah dan Muktazilah.
> 5. Tidak tahu asal usulnya, paling kurang sampai kepada ulamak-
> Ulamak muktabar yang dipercayai ilmu dan amalnya.
>        -  Mengambil ilmu dan amal
>           i.  Meniru ilmu dan amal tiada berguru.
>          ii.  Mengambil daripada dalam mimpi
>       iii.  Daripada buku-buku
>       iv.  Daripada mereka-mereka yang terputus salasilah dengan guru
>             yang di atasnya atau orang jahil, zalim, munafik, fasik atau
>
>            daripada orang-orang kafir, padri, rahib dan sami-sami.
>
> BAB 3
>
> PERKARA-PERKARA YANG MENYALAHI KEBIASAAN.
> Ada lapan jenis perkara mencarik adat yang Allah zahirkan di atas muka
> bumi, sebagai makhbul doa dan menunaikan hajat manusia.
>  Empat perkara luar biasa yang dipuji :-
> 1. Irhas.
> 2. Mukjizat.
> 3. Karamah.
> 4. Maunah.
>
> Empat perkara luar biasa yang dibenci :-
> 1. Sihir peringkat tinggi yang menghampiri Karamah di
>           namakan Istidraj.
> 2. Sihir peringkat pertengahan.
> 3. Sihir peringkat rendah yang dinamakan Ihanah.
> 4. Sihir peringkat bawah yang dinamakan Sya’wazah.
>
> Allah kategorikan manusia ke dalam dua golongan yang besar :-
> 1. Golongan yang maksum daripada dosa  besar dan dosa kecil dari awalnya
> sehingga akhirnya  dan sentiasa bertambah tinggi darjat iman, syariat
> dan akhlaknya di sisi Allah, mereka inilah golongan nabi-nabi dan
> rasul-rasul Alaihimussola tuwassalam.
> 2. Mereka ini pula dikategorikan :-
> a. Sayyed Ulul Azmi hanya Habibuhu, Abduhu Warasuluhu, Muhammad s.a.w
> sahaja.
> b. Empat Ulul Azmi iaitu :-
> 1. Saidina Nuh Najiyullah a.s
> 2. Saidina Ibrahim Khalilullah a.s
> 3. Saidina Musa Kalimullah a.s
> 4. Saidina Isa Ruhullah a.s
>
> Dua puluh orang baki Rasul-Rasul yang tersebut namanya di dalam
> Al-Quran.
> Dua ratus lapan puluh lapan baki Rasul-Rasul a.s
> Seratus dua puluh empat ribu ( 124,000 ) nabi-nabi a.s kata setengah
> ulamak atau dua ratus empat puluh ribu ( 240,000 ) nabi-nabi a.s kata
> setengah ulamak yang lain.
>
> Golongan ini wajib di imani oleh setiap orang muslim lagi mukmin bahawa
> mereka itu maksum atau tidak disentuh oleh dosa besar dan kecil melalui
> lidah, anggota dan hati mereka itu selama-lamanya samada dalam bab
> aqidah, syariat dan akhlak. Pada diri mereka ini Allah zahirkan
> perkara-perkara luar biasa jenis baik yang dinamakan:-
>
>  a.  Irhas – perkara yang mencarik adat yang Allah zahirkan kepada
>                         nabi-nabi pada masa kecil, sebagai tanda atau
> bukti ia akan
> diangkat oleh Allah menjadi Nabi atau Nabi lagi Rasul membawa  risalah
> ketuhanan setelah ia dewasa.
>
> b.  Mukjizat – perkara luar biasa yang Allah zahirkan kepada Nabi
>      dan Nabi-Nabi lagi Rasul yang membawa risalah ketuhanan untuk
>      dirinya atau untuk disampaikan kepada manusia pada zamannya.
>      Pangkat Iman, Islam dan Ihsan mereka ini sentiasa bertambah
>      tinggi tiada pernah susut ke belakang sekali-kali.
>
> BAB 4
>
> Perkara-perkara luar biasa yang baik yang Allah zahirkan ke atas
> orang-orang muslim lagi mukmin :-
> 1. Dinamakan Maunah
> 2. Dinamakan Karamah
>
> Golongan manusia kedua, kelompok yang bukan nabi dan bukan nabi-nabi
> lagi rasul yang mana mereka ini terjebak ke dalam dosa besar dan dosa
> kecil yang diistilahkan sebagai :-
> 1. Kafir.
> 2. Munafik.
> 3. Fasik.
> 4. Zalim dan lain-lain.
>
> AHLI MAUNAH
>  a.  Mengambil ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul pada
>                zamannya umpama sahabat-sahabat r.a.
>  b.  Mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil
>                ilmu dan amal daripada nabi-nabi dan rasul-rasul umpama
> tabi’in
>                mengambil daripada sahabat.
>  c.  Mengambil ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil
>                ilmu dan amal daripada mereka-mereka yang mengambil ilmu
> dan
>                amal daripada nabi nabi dan rasul-rasul umpama tabi’
> tabi’in
>                mengambil daripada tabi’in mengambil daripada sahabat,
> sahabat
>                mengambil daripada rasul.
>  d.  Mereka-mereka yang mengambil ilmu dan amal daripada mereka-
>                mereka………………… selagi tidak berlaku kiamat yang akhir
> mengambil
>                daripada nabi-nabi dan rasul-rasul.
>
> Kesemua mereka itu, melatih diri dengan ilmu dan amal itu dengan niat
> untuk berjihad dengan diri dan harta.
> a.  Bagi menjaga maruah Agama Islam itu sendiri.
>   b.  Bagi menjaga maruah diri dan keturunan yang beragama Islam
> c. Harta.
> d. Negara (Tanah air) di mana kesemua latihan itu tujuannya
>      keluar daripada dosa besar dan dosa kecil (Syirik Uluhiyah
>      dan Syirik khafi) melalui lidah, anggota dan hati di semua
>      tempat, waktu dan masa.
> Peringatan :-    Segala rupabentuk ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
> dan segala rupa bentuk amalan khusus daripada segala jenis wirid, segala
> jenis jampi, doa yang diambil daripada ulamak-ulamak yang ahli pada
> babnya yang ada salasilah dan wasilah kepada Rasululah, sama ada
> daripada ayat Al-Quran, selawat, tasbih, istighfar, ahzab, asma ulhusna
> dan lain-lain, begitu juga segala rupa bentuk latihan pertahan diri
> walau di atas apa rupa bentuk tapak dan nama yang  dinamakan latihan
> yang diamalkan oleh mereka-mereka ini dinamakan ajaran yang baik.
> Perkara-perkara mencarik adat yang Allah zahirkan pada diri zahir dan
> batin mereka ini dalam apa juga suasana dan keadaan, dinamakan Maunah
> dan Karamah. Suatu yang baik itu ialah sesuatu yang memantapkan aqidah,
> syariat dan akhlak ke arah baik, paling baik, agung baik, maha baik. Di
> kalangan kelompok orang-orang melayu muslim lagi mukmin, latihan
> pertahan diri yang dilatih oleh mereka ini dinamakan “silat” yang
> bererti “hubung kait” atau “kaitan” yang berasal daripada perkataan
> asalnya “Als-Sil Silati” atau “salasilah”. Nabi Muhammad pernah menjadi
> jaguh gusti menjatuhkan dua jaguh gusti arab jahiliah.
>
> Manusia-manusia yang kafir, munafik, zalim, fasik yang telah keluar
> daripada daerah kafir, munafik, zalim, fasik melalui lidah anggota dan
> hati, apabila masuk beramal atau melatih diri dengan ilmu dan amal yang
> mereka pelajari untuk menuju atau terjun ke dalam baik, paling baik,
> agong baik, maha baik itu mestilah melalui, suasana-suasana seperti
> berikut supaya cita-cita untuk berada di dalam baik, paling baik, agong
> baik, maha baik zahir dan batin itu berhasil dan menjadi keyataan.
> A)  Kerana rasa gerun, hebat kecut lesu dengan segala ancaman- ancaman
> seksa
>      dan neraka yang dijanji oleh Allah ke atas orang-orang yang derhaka
> (kufur
>     dan maksiat) semasa hidup di atas dunia, sehingga tidak ada masa dan
> ruang
>     untuk melarikan diri, melindung diri dan tiada tempat untuk berlutut
> memohon
>     pertolongan dan bantuan. Kumpulan ini diibaratkan seumpama anak umur
> 1 hari
>     hingga 12 tahun dengan ayah dan ibunya.  Dalam menerima dan
> melaksana
>     segala perintah, untuk mengabdi diri zahir dan batin begitu juga
> nisbah kenal
>     dirinya sebagai anak dan kenal ayah dan ibunya yang
> sebenar-benarnya, sebagai
>     penjaga, pendidik, pemelihara, pentarbiah dirinya dalam hidup dan
> kehidupan.
> 1. Dikala itu, hendaklah melatih menzahirkan pada diri zahir dan batin
>       perangai-perangai atau sifat-sifat baik iaitu :
> a.  Segera taubat, keluar daripada segala bentuk salah
>      dan dosa lidah, anggota dan hati dengan menyesal
>      diatas kesalahan yang dilakukan.
> b.  Keluar daripada kesalahan dan tempat salah kepada
>      kebaikan dan ke tempat yang baik.
> c.  Berazam tidak akan kembali mengulangi kesalahan itu
>      atau kembali ke tempat salah itu selama-lamanya. Jika
>      ada bersangkutan sesama manusia mesti memohon
>      ampun maaf minta halal dunia akhirat dan bayar harga,
>      jika menjadi kepayahan hendaklah pohon kepada Allah
>      ampunkan segala dosanya, memberi kemaafan atau
>      halal dan membayar harganya di akhirat kelak.
> 2.  Sabar
> 3.  Malu
> 4.  Amanah
> 5.  Benar (Sidiq)
> 6. Tawakal
> 7.  Khauf
>  8.  Zahid
>  9.  Syukur
> 10.  Redha
> 11.  Habbah
> 12.  Ikhlas dan lain-lain sifat terpuji paling kurang 50% ke 80% dan
> menghilangkan sifat-sifat jahat pada diri iaitu :-
> a. Mengekali berada dalam dosa.
> b. Lekas marah
> c. Kianat
> d. Dusta
> e. Takabur
> f. Riak
> g. Ujub
> h. Suma’ah
> i. Tamak
> j. Kasihkan dunia untuk dunia
> k. Mengumpat
> l. Mengadu domba
> m. Kedekut
> n. Iri hati dan lain-lain perangai jahat paling kurang 50% ke 80%.
>  Kesemua itu akan diperolehi :-
>  a.  Melalui tarbiah dan didikan
>  b.  Keluar daripada cakap yang sia-sia
> c. Keluar daripada keluh kesah dunia untuk dunia
> d. Berlapar pada siang hari dengan berpuasa paling kurang Isnin –
> Khamis.
> e. Menghidupkan malam dengan ibadah-ibadah sunat.
>
> B)  Kerana rasa rindu yang amat sangat dengan syurga dan segala
> nikmat-nikmat
>      yang dijanjikan oleh Allah pada orang beriman dan beramal soleh
> (Iman dan
>     taat) sehingga seolah-olah merasai nikmat syurga itu pada masa ini.
> Lebih-lebih
> lagi pohon Allah kurniakan semasa hampir mati, semasa di Alam Barzah,
> semasa
> di Yaumil Mahsyar dan pohon Allah masukkan ke dalam syurga tanpa hisab.
> Dikala itu hendaklah melipat gandakan, menghiaskan pada diri zahir dan
> batin dengan segala perangai yang baik sehingga mengjangkau  80% ke 100%
> dan membuang semua perangai jahat zahir dan batin sehingga mengjangkau
> 80% ke 100%. Kumpulan ini diibaratkan seumpama anak berumur 12 tahun –
> 18 tahun dengan ayah dan ibunya.  Dalam menerima dan melaksana segala
> perintah, untuk mengabdi diri zahir dan batin begitu juga nisbah kenal
> dirinya sebagai anak dan kenal ayah dan ibunya, sebagai penjaga,
> pendidik, pemelihara, pentarbiah dirinya dalam hidup dan kehidupan.
>
> Untuk mencapai cita-cita ini antaranya hendaklah memaksa diri melazimkan
> perkara-perkara di bawah ini:-
> 1. Keluar daripada keluh kesah dunia untuk dunia.
> 2. Berjaga malam.
> 3. Berlapar pada siang hari.
> 4. Berhenti daripada berkata sia-sia.
> 5. Menghadiri majlis tarbiah dan taqlim.
>
> Dikala itu Allah akan menzahirkan perkara-perkara luar biasa melalui
> lidah, anggota dan hati mereka (A dan B) ini yang dinamakan Maunah.
>
> Ahli Karamah.
>  Iaitulah golongan ahli Maunah yang sudah istiqomah melatih diri
> keluar daripada dosa besar dan dosa kecil melalui lidah, anggota dan
> hatinya di semua tempat waktu dan masa berada dan sudah sampai kepada
> tahap Makrifatullah yang hakiki di mana mereka sudah bersih zahir dan
> batin daripada segala sifat-sifat yang jahat sehingga melebihi 100% dan
> sentiasa menggandakan hias diri dengan sifat-sifat yang baik zahir dan
> batin seumpama yang ada pada diri zahir dan batin Nabi Muhammad s.a.w.
> Mereka inilah juga, dikenali sebagai pewaris nabi-nabi dalam bab ilmu
> dan amal sama ada aqidah, syariat dan akhlak, melalui lidah, anggota dan
> hati dan menjadi Uswatun Hasanah kepada manusia pada zamannya. Zahir
> mencarik adat pada mereka ini dinamakan Karamah. Bandingan mereka ini
> kalaulah nabi-nabi dan rasul-rasul itu Quran asli, mereka ini
> diibaratkan Quran photostat yang pertama atau bandingan anak umur 18
> tahun ke atas dengan ayah dan ibunya. Segala perintah dan arahan ayah
> dan ibunya itu dilaksanakan dengan penuh rela dan redha walaupun pada
> asalnya suatu paksaan yang mesti dipatuhi dan ditaati. Sudah pastilah
> segala apa juga hak milik daripada ayahnya itu akan diwariskan kepada
> dirinya sahaja. Tidak kepada yang lainnya (anak yang derhaka).
>
> Peringatan :-
> Wasilah dan Rabitah dengan ahli-ahli yang baik pada zahir dan batin
> (nabi-nabi, rasul-rasul dan Auliaillah Hisolihin). Sama ada mereka itu
> masih hidup atau yang sudah mati di atas makna Tabaruk (mengambil
> berkat) dan Taqarub (menghampiri diri) zahir dan batin dengan kemuliaan
> dan ketinggian darjah iman, syariat dan akhlak mereka itu zahir dan
> batin di sisi Allah. Menjadi suatu amalan yang baik, suatu dorongan,
> suatu keperluan yang amat dituntut untuk segera mencapai darjah
> Makrifatullah yang hakiki di sisi Allah dan untuk
> Segera keluar daripada dosa besar dan dosa kecil (Syirik Uluhiyah dan
> Syirik Khafi atau kufur, maksiat) kepada iman dan taat, dan untuk segera
> menghias diri dengan aqidah, syariat dan akhlak-akhlak mulia zahir dan
> batin seumpama mereka itu dan untuk segera Ijabah atau makhbul doa,
> melalui penuturan atau gerak anggota atau qosad hati yang dinamakan
> Maunah dan Karamah peringkat tinggi. Terhindar sama sekali daripada
> bertaulan dan gangguan dengan segala rupa bentuk khadam yang bersyarat.
>
> BAB 5
>
> Perkara-perkara luar biasa yang menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak
> seseorang muslim.
> Terdapat empat perkara luar biasa yang lazim nyata atau zahir pada diri
> manusia yang derhaka kepada Allah, sebagai makhbul doa dan ujian
> daripada Allah ke atas mereka itu,
> Perkara-perkara luar biasa itu dinamakan :-
> 1. Istidraj atau sihir peringkat tinggi yang menghampiri Maunah dan
>      Karamah pada sekali imbas pandang.
> 2. Sihir peringkat pertengahan.
> 3. Sihir peringkat rendah yang dinamakan Ihanah atau silap mata.
> 4. Sya’wazah (sihir yang paling keji yang tidak menepati sasaran
> kehendak tuan punya sihir itu).
> Manakala golongan manusia yang terjebak di dalam perkara luar biasa yang
> salah lagi sesat ini, terbahagi kepada dua golongan :-
> 1. Golongan ulamak dan orang-orang soleh yang pura-pura.
> 2. Golongan orang-orang kafir, munafik, zalim atau fasik.
> Lazimnya kedua-dua golongan ini mengambil ilmu dan amal daripada :-
> 1. Kitab-kitab.
> 2. Orang-orang yang terputus salasilahnya oleh sebab jahat adabnya
> dengan guru yang di atasnya.
> 3. Mengambil daripada dalam mimpi atau menyusun sendiri kalimah-kalimah,
> ayat-ayat jampi serapah mentera yang terkeluar daripada Qowaid Syari’yah
> yang betul atau  mengada-adakan segala rupa bentuk pemujaan yang kesemua
> itu tujuannya supaya disanjung, dipuja, dipuji, dihormati dan digelar :-
>
> a.  Maha Jaguh, Bapak Jaguh, Tok Jaguh.
> b.  Raja, Panglima, Hulubalang, Tok Pawang.
> c.  Tok Bomoh, Tok Dukun, Tok Mudin, Mak Bidan
>                          dan Mak Andam dan lain-lain lagi.
> Istidraj atau sihir yang menghampiri Maunah atau Karamah ini pada sekali
> imbas pandang akan berlaku ke atas diri ulamak-ulamak dan orang-orang
> soleh yang pura-pura, bila mana mereka mengambil ilmu dan amal :-
> a.  Daripada kitab-kitab.
> b. Mereka terputus salasilah dengan guru yang di atasnya oleh
>      sebab jahat adabnya.
> c. Mengambil ilmu dan amal daripada guru-guru yang terputus
>      salasilah ilmu dan amalnya dengan ulamak-ulamak muktabar
>      yang di atasnya oleh sebab jahat adabnya.
> d. Mengambil ilmu dan amal daripada dalam mimpi, daripada pertapaan
> (Uzlah) atau daripada orang-orang yang bertapa yang tujuan itu seperti
> yang telah disebutkan.
> Ketika itu Allah akan menghantar jin-jin Islam yang soleh dan a’lim
> seumpamanya datang dalam mimpi atau jaga dengan mengaku diri nabi-nabi,
> wali-wali atau malaikat mengajar ilmu dan amal menolong dalam kerja
> buatnya. Kalau sebenarnya nabi-nabi, wali-wali atau malaikat itu datang
> kepadanya, nescaya Allah akan zahirkan ke atas dirinya seperti yang
> diisyarat atau diucapkan oleh nabi-nabi, wali-wali atau malaikat itu.
> Maksudnya diri orang itu zahir dan batin akan berada seperti yang
> diucapkan dengan izin Allah. Jika yang datang itu jin sama ada Islam
> atau kafir kepada ulamak-ulamak atau orang-orang soleh yang pura-pura
> dalam mimpi atau jaga maka dia mesti (tidak dapat tidak) akan menetapkan
> syarat kepada sahabatnya yang manusia itu untuk diterima sebagai taulan
> dan rakan yang beserta dalam semua kerja buat melalui lidah, anggota dan
> hati ialah, segala syarat yang sama dengan hukum syarak. Bagi
> menyakinkan ulamak-ulamak dan orang-orang soleh itu, dengan apa yang
> dilaksanakan itu benar. Dan bentuk mengikut hukum syarak, maka dikala
> itu nyatalah pada diri ulamak atau orang soleh itu segala rupa bentuk
> yang menyalahi kebiasaan yang hampir sama dengan Maunah dan Karamah dan
> mula dari saat itu, ulamak dan orang soleh itu telah mencampakkan
> dirinya ke dalam Syirik Uluhiyah (Murtad) dalam semua rupa bentuk amalan
> syariatnya, selagi mana ia patuh dan tunduk pada syarat-syarat tersebut.
>
> Kerana sebenarnya mereka itu telah pun terjebak atau dijebak ke dalam
> satu tipu daya dan pembohongan yang amat halus daripada jin yang memang
> kerjanya untuk menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak anak cucu Adam
> yang soleh, kepada derhaka, paling derhaka, agung derhaka.
>
> Istidraj atau sihir peringkat pertengahan
> Golongan orang Islam yang fasik, zalim dan munafik mengambil ilmu dan
> amal daripada ulamak-ulamak dan orang-orang soleh yang bersahabat dengan
> jin yang patuh pada syarat yang sama dengan hukum syarak disebabkan
> musibah atau hal.
> Ulamak-ulamak dan orang-orang soleh itu akan meletakkan syarat yang sama
> seperti mana ia terima daripada sahabat jinnya kepada muridnya dengan
> dinamakan pula pantang larang. Apabila si murid mengaku menerima ilmu
> dan amal dengan segala syarat-syarat yang dinamakan pantang larang
> daripada ulamak-ulamak dan orang-orang soleh itu, maka Syirik Uluhiyah
> (murtad) yang ada diri ulamak-ulamak dan orang-orang soleh itu turun
> pula pada si murid dan si murid itu beramal yang dirinya berada dalam
> keadaan murtad.
> Ketika itu si murid akan didatangi jin Islam yang fasik atau yang kafir
> dalam tidur atau jaga mengaku dirinya nabi-nabi, wali-wali atau malaikat
> dengan meletakkan syarat yang harus dalam hukum syarak untuk bersahabat
> dan berkawan dalam semua kerja buatnya antaranya :-
>
> a. Syarat dalam bentuk makanan dan minuman seperti pulut putih,
> pulut kuning, ayam panggang, bubur warna, bertih dan sebagainya.
>
> b. Dalam bentuk pakaian kuning, hijau, merah, cincin, azimat, tangkal,
> gelang, mahkota, selendang dan sebagainya.
>
> c. Alat-alat senjata seperti keris, tombak, perang, lembing dan
> lain-lain
> atau ketiga-tiga syarat itu serentak atau dua daripada tiga syarat itu
> serentak.
> Istidraj peringkat rendah atau sihir peringkat rendah
> (Ihanah)
>
>  Golongan orang-orang fasik, munafik dan kafir yang ingin menonjolkan
> kehebatan dan kebesaran. Mereka ini mengambil ilmu dan amal daripada
> orang yang sejenis dengannya daripada segala rupa bentuk jampi serapah
> dan mentera yang terpesong daripada kaedah syarak pada kalimah dan
> ayatnya atau mengadakan segala rupa bentuk upacara pemujaan yang diluar
> batas syarak.
>  Ketika itu mereka akan didatangi jin-jin yang kafir samada di dalam
> mimpi atau jaga dengan segala syarat yang haram dalam hukum syarak,
> sebagai syarat untuk bersahabat dan bertaulan dalam semua kerja buatnya.
>
> Antara nama-nama gelaran jin yang terkenal dalam istilah orang-orang
> melayu ialah :-
> ? Hantu raya, Jin tanah, Polong, Mambang
> ? Bajang, Pari-pari, Langsuir, Toyol, Pelesit
> ? Hantu kubur, Jerangkung, Hantu galah
> ? Tengelong, Harimau jadian, Hantu bungkus dan lain-lain
> Yang seumpama dengannya akan datang bersahabat. Semua jenis jin itu dan
> lain-lain jenis jin, keturunan atau bala tentera Azazil Laknatullah itu
> hanya nama yang diberi oleh orang-orang melayu. Di dalam Al-Quran Allah
> menyebut dengan nama Azazil, Afrit, Syaitan, dan waswasilkhannas dan
> lain-lain istilah.
>
> (Sya’wazah)
>
>  Iaitu suatu perkara luar biasa yang Allah zahirkan ke atas manusia yang
> melampaui batas derhakanya, sehingga setiap permintaannya yang baik,
> tidak dimakhbulkan oleh Allah, bahkan diganti dengan perkara-perkara
> yang lebih jahat dan lebih memalukan dirinya kerana dia tidak
> memperolehi seperti yang dikehendakinya sebagai bukti kebetulannya atau
> kebenarannya di dalam ilmu dan amalnya.
> Risiko yang akan diterima oleh empat (4) kelompok manusia
> yang bersahabat dengan jin.
>
> 1. Mereka inilah dipanggil Kahin, Arrof atau Munajjim seperti yang
> disebut dalam hadis nabi S.A.W
> 2. Mereka-mereka inilah juga sebagai penaja, pengamal, pengembang ajaran
> sesat yang terkutuk yang berada di dalam sesat aqidah, syariat dan
> akhlak dalam masyarakat setempat. Golongan inilah juga yang mempamerkan
> kepada manusia segala rupa bentuk kehebatan dan perkara-perkara luar
> biasa antaranya :-
> a.  Melalui latihan pertahan diri dinamakan “Gayung”. Ruqanah
>      dan Aswadi ialah dua orang jaguh gusti arab Jahiliah yang
>      berlawan gusti dengan nabi Muhammad s.a.w adalah contoh
>      bagi kelompok ini.
>      b.  Perubatan tradisional yang melanggar kaedah syarak, Tukang
>           tilik atau Tok nujum dan lain-lain yang seumpamanya seperti
> yang tersebut dahulu.
>      c.  Kebal, Makan kaca, Minum racun.
>      d.  Mandi minyak panas yang semata-mata mempamerkan
>           kehebatan  dan bukan tujuan perubatan.
>                e.  Segala rupa bentuk pukau memukau dan menurun.
>      f.   Segala rupa bentuk ilmu jurus, sihir menyihir sesama manusia.
>      g.  Segala rupa bentuk hilang diri dengan mengzahirkan diri
> menyerupai beberapa rupa jirim jauhar dan lain-lain kehebatan yang
> kesemuanya itu membabitkan jin samada jin Islam peringkat tinggi,
> peringkat rendah atau jin-jin yang kafir yang termasuk dalam kategori
> syak, zon, waham, khayal semata-mata.
>
> Peringatan:-
> Perkataan “gayung” yang tersebut  di atas ialah satu kalimah yang lazim
> digunakan oleh orang-orang melayu sebelum Islam kepada segala rupa
> bentuk latihan pertahan diri, kemudian barulah latihan pertahan diri itu
> diberi nama dengan ditambahkan pada setiap perkataan “gayung” umpamanya
> GAYUNG HARIMAU, GAYUNG MONYET, GAYUNG KANCIL dan lain-lain lagi mengikut
> cita rasa pengasas-pengasasnya.
>
>      h.  Mengzahirkan segala rupa bentuk latihan pertahan diri yang
> mengikut istilah orang melayu yang dinamakan gayung dengan
> mengambil jin sebagai sahabat dalam semua kerja buat melalui lidah,
> anggota dan hati di semua tempat, waktu dan masa iaitu :-
> ? Melalui pertapaan yang diluar kaedah syarak sufi Islam.
> ? Melalui segala rupa bentuk pemujaan yang direka-reka dan diada- adakan
> yang terkeluar daripada kaedah yang diharuskan dalam syarak.
> ? Melalui segala rupa bentuk wirid, jampi, doa, ayat-ayat Quran atau
> lain-lain doa dan jampi mentera yang tidak betul mengikut kaedah syarak,
> kerana di sana mereka telah pun dijeratkan ke dalam gaung sesat aqidah,
> syariat dan akhlak oleh khadam-khadam daripada jin Islam atau kafir
> dengan segala syarat seperti yang tersebut dahulu.
>
> Segala rupa bentuk ilmu dan amal yang baik yang diamalkan oleh puak-puak
> ini tidak dinilai termasuk di dalam golongan ilmu dan amal yang baik
> yang menjuruskan kepada baik, paling baik, agung baik, maha baik.
> Sentiasalah mereka itu terjun ke dalam jahat, paling jahat, agung jahat,
> kerana mengikut telunjuk Azazil dan anak cucunya Laknatullah.
> Bila mereka mati jin-jin yang menjadi sahabat mereka itu akan mendatangi
> anak cucu keturunannya, menyerupai dirinya dalam mimpi atau jaga
> menuntut supaya diteruskan syarat-syarat perjanjian yang sedia ada.
> Jika berdegil mereka akan dihujani dengan berbagai jenis rupa bentuk
> bala dan penyakit serta halangan dalam segala kerja buatnya.
>
> Tanda-tanda ada gangguan jin yang diistilahkan sebagai keturunan atau
> saka-baka dalam sesebuah keluarga itu antaranya :-
> ? Mandul.
> ? Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
> ? Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.
> ? Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya
> sekali.
> ? Melahirkan anak yang buruk akhlak walaupun ulamak besar kerana ada
> pada dirinya sifat-sifat seperti di bawah ini :-
> a. Lekas marah (panas baran)
> b. Iri hati
> c. Cemburu
> d. Jahat sangka
> e. Mimpi yang menyeronokkan yang jarang-jarang menjadi kenyataan.
> f. Menjelma masuk ke dalam dirinya mengaku wali, nabi atau malaikat
> dengan menzahirkan beberapa yang mencarik adat sebagai bukti
> kebenarannya.
>
> ? Mendatangkan perkara biasa melalui jalan yang luar biasa seperti batu,
> cincin, duit emas, keris dan sebagainya.
>
> Golongan yang tiga ini juga bertindak sebagai Kahin, Arrof atau Munajjim
> dengan melayan manusia–manusia yang datang memohon pertolongan daripada
> mereka dengan segala rupa bentuk ilmu sihir seperti menceraikan manusia
> yang berkasih- kasihan, memisah anak dengan bapa, mendatangkan berbagai
> rupa bentuk penyakit yang dihajati disamping perkara-perkara yang baik.
>
> Tanda-tanda seseorang atau keluarga itu terkena ilmu sihir atau
> disihirkan.
> 1. suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai,
> pukul memukul dan sebagainya.
> 2. Hilang ceria diri dan rumah kediaman.
> 3. Sakit yang berlari-lari atau sakit di antara kulit dan isi yang tidak
> dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik.
> 4. Menjelma masuk ke dalam badan hingga lupa diri.
> 5. Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang
> merosakkan serta menakutkan seperti:
> ? Api menyala dengan sendiri.
> ? Bunyi orang berjalan.
> ? Menangis.
> ? Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.
>
> Antara sebab-sebabnya ialah:
> ? Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan
> sebagainya.
> ? Putus pertunangan.
> ? Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
> ? Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
> ? Rebutan pangkat dalam swasta dan kerajaan.
> ? Rebutan harta pusaka.
> ? Iri hati dengan jiran-jiran sebelah.
> ? Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpamanya.
> BAB 6
>
> Kejadian Jin.
> Perkatan jin
> ? Dari segi bahasa ialah suatu yang tersorok atau tersembunyi atau
> terlindung.
> ? Dari segi istilah(maksud sebenar) ialah sejenis makhluk yang tersorok
> atau tersembunyi di antara malaikat dan manusia, tidak ghaib betul
> seperti malaikat (tidak murni) tidak latiff tetapi boleh menyerupai
> dirinya sebagai murni dan tidak betul-betul berroh dan berjisim seperti
> manusia, tetapi boleh menyerupai diri sebagai manusia berroh dan
> berjisim, sebagai suatu  tipu daya sahaja. Tidak diizin oleh Allah
> menyerupai rupa Nabi Muhammad s.a.w, dan tidak boleh mengaku dirinya
> sebagai Nabi Muhammad s.a.w. Untuk memudahkan faham dan sampai pemikiran
> orang awam, jin itu ialah laser yang tidak murni, kerana asal
> kejadiannya itu api Maarij dan angin Samuun yang suhu panasnya tidak
> boleh dinilai atau disukat dengan suhu panas dunia.
>
>           Mafhum dari ayat Al- Quran;
> a. Maksud ayat 26-27 Surah Al-Hijr :
> “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering
> kontang yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk dan Kami telah
> ciptakan jin sebelum itu sebelum (diciptakan manusia) dari api yang
> sangat panas”
> b. Maksud ayat 15 Surah Ar-Rahman :
>  “Dia menciptakan Jan (Jin) dari nyala api (pucuk api yang
> bernyala-nyala)
> c. Maksud ayat 12 Surah Al-‘Araf :
> “Engkau ciptakan aku (kata Iblis) dari api sedangkan Engkau ciptakan dia
> (Adam) dari tanah.
>
> Dari Mafhum Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a.
> maksudnya:
> “Malaikat diciptakan dari cahaya.  Jan diciptakan dari lidah api
> sedangkan Adam diciptakan dari suatu yang telah disebutkan kepada kamu
> (tanah).”
>
> Keterangan “Al-Maarij”
> a. “Maarij” ertinya nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas
> suhunya atau “Al-Lahab” ertinya jilatan api yang sudah bercampur antara
> satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru.
> (Sesetengah ulama mengatakan “Al-Maarij itu ialah api yang sangat terang
> yang memiliki suhu panas yang sangat tinggi sehingga bercampur antara
> merah, hitam, kuning dan biru.”)
> b. Al-Maarij – api yang bercampur warna.
> c. Al-Maarij sama maknanya dengan “As-Samuun” iaitu api yang tidak
> berasap yang sangat tinggi suhu panasnya.  Sementara As-Samuun ialah
> angin yang paling tinggi suhu panasnya.  Angin samuun yang telah sebati
> dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jan.
> d. Hadis riwayat daripada Ibnu Mas’ud bermaksud :
> “Angin Samuun ini hanyalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian dari
> angin yang sangat panas yang daripadanya Allah menjadikan Jan.”
>
>  Maka dari api inilah Allah Maha Perkasa lagi Maha Berkehendak dan Maha
> Berkuasa menciptakan kejadian Jin, iaitu dari sel atau atom atau
> nukleas-nukleas api.  Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya
> jadilah dia hidup seperti yang dikehendaki pula oleh Allah dan dari situ
> diberi izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang
> disukainya dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w. mengikut
> tahap dan kemampuan masing-masing; dan diarah menerima syariat ugama
> Islam sepertimana diarahkan manusia menerimanya.  Bentuk rupa asalnya
> selepas dicipta dan ditiupkan rohnya itu hanyalah Allah dan Rasul-Nya
> sahaja yang mengetahuinya.  Mengikut kata setengah ulama rupa, tabiat,
> kelakuan, perangai jin 90% mirip kepada manusia.
>  Asal datok Jin bernama “Jan”, beriman dengan Allah melahirkan keturunan
> yang beriman.  Selepas itu menjadi kufur dan kekal dalam kufur
> melahirkan pula keturunan-keturunan yang kufur.  Anak cucunya yang asal
> beriman itu ada yang kekal dalam beriman dan ada pula yang jadi kufur
> dan ada pula yang kembali beriman.  Ada yang baik, ada yang jahat, ada
> yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang ‘alim lagi mukmin, ada yang
> kufur, ada yang murtad, munafik, fasiq dan zalim, ada yang masuk syurga
> dan ada yang masuk neraka.
>
>      Keadaan Jin/Rupa Jin
> a.  Ruang yang kecil boleh dipenuhi oleh berjuta-juta Jin.
> b. Jin yang kekal dalam kafir dan jin Islam yang fasik – rupanya
> huduh-huduh iaitu rupa yang menakutkan dan mengerikan.
> c. Jin Islam yang soleh rupanya elok-elok.
> d. Bentuk-bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu
> tinggi, ada bermacam-macam warna putih, merah, biru, hitam dan
> sebagainya.
> e. Jin Islam yang paling tinggi imannya paling tinggi solehnya dan
> paling baik amalannya dan paling luas ilmunya masih ada pada dirinya
> sifat-sifat mazmumah seperti takabbur, riak, ‘ujub dan sebagainya mudah
> menerima teguran dan pengajaran.
> f. Manakala manusia yang paling jahat ialah manusia yang bersifat dengan
> kesemua sifat-sifat mazmumah seperti sombong, riak, takabbur, ‘ujub dan
> sebagainya.  Mungkin inilah yang lazim dikatakan :
> “Sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik”
>
> Tetapi manusia yang paling jahat payah atau susah menerima pangajaran
> dan teguran kepada baik.
> Jin sepertimana juga manusia berhajat kepada keturunan dan puak-puaknya
> terlalu banyak dan tuturan kata berbagai-bagai loghat atau bahasa.
> a.  Ada ulamak membahagikan jin-jin ini kepada puak-puak yang menunggu
> kubuh,
>      puak-puak yang menunggu gua, puak-puak yang menunggu mayat manusia,
>
>      puak-puak yang menunggu hutan rimba, puak-puak yang menunggu bukit
>      bukau, puak-puak yang menunggu air mata air, tasik, kolam, teluk,
> kuala,
>      pulau dan sebagainya.
> b.  Jenis-jenis Jin :
> 1. Iblis   :  (Bapa) Pujaan kepada semua jenis jin,iblis dan syaitan
> 2. Asy-Syaitan  :  Syaitan-syaitan
> 3. Al-Maraddah  :  Peragu-peragu (pewas-was)
> 4. Al-‘Afaariit  :  Penipu-penipu
> 5. Al-A’waan  :  Pelayan-pelayan
> 6. Al-Ghawwaasuun :  Penyelam-penyelam
> 7. Al-Tayyaaruun :  Penerbang-penerbang
> 8. At-Tawaabi’  :  Pengikut-pengikut (Pengekor)
> 9. Al-Quranaa’  :  Pengawan-pengawan
> 10. Al-‘Ummaar  :  Pemakmur-pemakmur
>
> c.  7 Raja Jin (Alam) Bawah Yang Kafir
> 1. Mazhab
> 2. Marrah
> 3. Ahmar
> 4. Burkhan
> 5. Syamhurash
> 6. Zubai’ah
> 7. Maimon
>
> d.  7 Raja Jin (Alam) Atas Yang Islam
> 1. Rukiyaail
> 2. Jibriyaail
> 3. Samsamaail
> 4. Mikiyaail
> 5. Sarfiyaail
> 6. ‘Ainyaail
> 7. Kasfiyaail
> e.  Raja Jin yang menguasai kesemua jin-jin tersebut bernama THOTHAMGHI
> YAM
>      YA ALI.
> f.  Majoriti puah-puak jin terdiri dari gulungan kafir.  Islam hanya
> gulungan
>      minoriti sepertimana manusia dibumi.  80-90% jin menyerupai
> manusia.
> g. Anak-anak Iblis yang mempunyai kerajaan yang besar adalah seramai
> lima
> orang :
>      1.  Thubar -  Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
>      2.  Daasim -  Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan
> silatul-rahim,
>           rumahtangga, keluarga, sahabat-handai, jemaah dll.
>      3.  Al-‘Awar -  Merasuk manusia untuk meruntuhkan akhlak, berzina,
>        minum arak, liwat, berjudi juga gejala sosial.
>      4.  Mabsuut -  Merasuk manusia dengan mengadu-domba, fitnah,
> dengki-
>          khianat, sum’ah dll.
>      5.  Zalanbuur -  Merasuk manusia dengan api pertengkaran permusuhan
>
>        pembunuhan.
> h. 4 raja Jin Ifrit yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi
> menteri
> kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. (Jin yang paling jahat)
> 1. Thamrith
> 2. Munaliq
> 3. Hadlabaajin
> 4. Shughal
> i. Sementara malaikat yang mengawal kesemua jin-jin di atas bernama
> Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH
>
>      Perbezaan di antara perkataaan Jin, Ifrit Dan Syaitan
> a.  Perkataan jin ditujukan kepada segala makhluk halus yang tersembunyi
> di
>      antara malaikat dan manusia dan ianya tidak kelihatan oleh manusia.
>
>      Pengetahuan mereka lebih luas dan panjang umurnya.
> b.  Perkataan Ifrit pula ditujukan kepada satu gulungan jin yang sangat
> kuat dan
>      bijak menipu dan sangat busuk hati terhadap manusia.  Gulungan ini
> tersangat
>      sombong lagi amat durhaka.
> c.  Perkataan syaitan ialah ditujukan kepada satu gulungan jin yang
> sangat
>     sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan
>     mendapat kutukan Allah hingga kiamat.
> d. Perkataan Iblis ialah ditujukan kepada satu jin yang sangat kuat
> taatnya dalam
>     beribadah kepada Allah sehingga ia di angkat oleh Allah menjadi
> ketua atau
>     kutub kepada seluruh malaikat dan jin, kemudian ia dilaknat oleh
> Allah menjadi
>     makhluk yang agung kufurnya kepada Allah, oleh sebab angkuh dan
> takbur
>     dirinya di atas asal usul kejadiannya terhadap kejadian Adam a.s
> yang dilantik
>     menjadi khalifah Allah yang terakhir di atas alam ini.
> e.  Firman Allah bermaksud :
>      “Iblis menjawab : Sebab Engkau telah menghukum saya dengan
> tersesat, saya
>       akan menghalang halangi mereka dari jalan-Mu Yang Lurus.  Kemudian
> saya
>       akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari
> kanan dan
>       kiri mereka.  Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka
> bersyukur
>      (taat).”
>
>      Bermula dari saat itulah syaitan melancarkan gerakan permusuhan
> dengan
>      manusia sehingga kiamat.  Allah menjelaskan 3 jenis permusuhan
> syaitan
>      dengan manusia :
>      i. Kejahatan (As-Suu’)       :  Iaitu berkenaan dengan dosa-dosa
> (maksiat) hati
>                   dan segala anggota badan.
>      ii. Kekejian (Al-Fahsyaa’)  :  Iaitu kejahatan yang lebih buruk
> atau jahat lagi,
>                kekejian ini adalah sebahagian kedurhakaan
>          (maksiat) kepada Allah.
>      iii. Berbohong terhadap Allah.
>
> ? Kecepatan bergerak Jin melebihi cepat gerak cahaya dalam satu saat.
> ? Umur jin tersangat panjang dan ada yang beribu tahun lama hidupnya.
> ? Jumlah banyaknya jin iaitu seluruh manusia daripada Adam sehingga
> kiamat x haiwan-haiwan x batu-batu x pasir-pasir dalam bumi dan
> tumbuh-tumbuhan ini hanya 1/10 jumlah keseluruhan Jin.  Manakala jumlah
> keseluruhan 1/10 jumlah keseluruhan malaikat.  Jumlah keseluruhan
> malaikat hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang maha mengetahui.
> ? Alam kediaman Jin ialah lautan, daratan, udara dan “Alam Mithal” suatu
> alam yang antara alam manusia dan alam malaikat.  Jika ditakdir diberi
> oleh Allah s.w.t. kepada kita melihatnya jika jarum yang jatuh dari atas
> tidak jatuh di atas bumi hanya jatuh di atas belakang-belakang mereka.
> ? Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis Nabi s.a.w. bermaksud :
>     “Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian
>      malam maka tahanlah anak-anakmu kerana sesungguhnya syaitan
> berkeliaran
>     ketika itu dan apabila telah berlalu suatu ketika malam maka
> tahanlah merka
>     dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah,
> padamkanlah
>     lampu-lampu serta sebutkan nama Allah, ikatkan minumanmu serta
> sebutkan
>    nama Allah dan tutuplah sisa-sisa makananmu serta sebutkan nama Allah
>
>    (ketika menutupnya)”.
>
> (Maksudnya syaitan-syaitan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar
> sehingga menjelang petang merupakan saat mereka berkeliaran mencari
> rezeki baik lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa.)
>
>      Kejadian makhluk mengikut apa yang difahamkan bahawa :
> a.  Asalnya kejadian manusia itu ialah campuran :
>   i.  Jisim Kathif iaitu tanah dan air.
>  ii.  Jisim Syafaf iaitu murni – api dan angin.
> iii.  Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan “Latifatur-
>       Rabbaniah”.  Sesuai dengan manusia sebaik-baik kejadian dan
> ciptaan Allah
>       dan khalifah Allah.
>
> b.  Manakala kejadian Jin pula :
>       i.  Jisim Syafaf murni iaitu api dan angin.
>      ii.  Nurani-iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan
> dengan
>           kejadian jin.
> c.  Binatang :  i.  Jisim Kasyif
>     ii.  Jisim Syafaf
> d.  Batu-batu dan tumbuhan :  Jisim Kasyif semata-mata.
> e.  Malaikat :  Nurani semata-mata.
>
> Kata setengah Ulama’ :  ‘Azazil itu bukanlah moyang jin, sebenarnya satu
> jin yang paling abid dikalangan jin yang diangkat menjadi ketua
> ahli-ahli abid kepada jin dan malaikat.  Dia menjadi angkuh dan takabbur
> di atas keilmuan, ketaqwaan dan banyak ibadat serta asal-usul
> kejadiannya.  Maka Allah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.
>
> a.  Iblis apabila menyentuh peha kanan dan peha kirinya terbit 33 biji
> telor.
>      dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya.  Tiap-tiap
> pasang itu
>      apabila menyentuh peha kanan dengan peha kiri terbit pula seperti
> dahulunya
>      begitulah sehingga kiamat.
> b.  Jin pula apabila disentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin
> perempuan
>      terus mengandung dan beranak terus mukallaf.  Begitulah berlaku
> sehingga
>      kiamat.
> c.  Bunian atau lebih masyhur dikalangan orang-orang Melayu dipanggil
> “Orang
>      Ghaib” ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki
> atau
>      perempuan manusia maka anak daripada hasil itu dikenali dengan nama
> Bunia–
>      mengikut manusia dalam beberapa perkara dan mengikut jin dalam
> beberapa
>      perkara pula.  Bunian ini selalu datang kepada manusia dengan
> memberi
>      berbagai-bagai perkara atau pertolongan antaranya :
> 1. Keris-keris.
> 2. Batu-batu yang dikatakan berhikmat.
> 3. Jenis-jenis ubat-ubatan.
> 4. Juga mengajar cara-cara berubat samada melalui bomoh, pawang atau
>  bidan.
> d.  Jin merasuk manusia melalui berbagai-bagai rupa dan cara dan manusia
>
>      menggunakan khidmat jin untuk membuat khianat kepada sesama manusia
>
>      pun melalui berbagai-bagai rupa dan cara juga.
> e.  Seperti juga manusia biasa yang berada dalam tingkat-tingkat Iman,
> Ilmu dan
>      amalan yang berasaskan kepada Awam, Khawas, Khawasil-khawas, maka
> jin
>      juga berada dalam gulungan tersebut :
> 1. Jin Islam yang Awam.
> 2. Jin Islam yang Khawas.
> 3. Jin Islam yang Khawasil-khawas.
>
> f.  Gulungan jin kafir kebanyakannya berugama Yahudi, Kristian, Komunis
> dan
>     sedikit daripada mereka berugama Buddha, Majusi serta tidak
> beragama.
> g.  Gulungan Jin yang kafir dan jin Islam yang awam segera datang
> memberi
>      pertolongan kepada manusia samada dalam mimpi atau di dalam jaga.
>      Lazimnya pertolongan itu yang membawa kepada rosak aqidah.
> h.  Manusia yang bersahabat dengan jin akan berperangai seperti
> sahabat-sahabat
>      jin yang bertaulan dengan samada kafir Islam yang awam, khawas atau
>
>      khawasil-khawas.
> i.   Di dunia semua jin boleh melibat manusia manakala manusia yang
> khawas atau
>      khawasil-khawas sahaja boleh melihat jin selain para Nabi dan
> Rasul.
>      Sementara di akhirat pula semua manusia mukmin ahli syurga boleh
> melihat jin
>      manakala jin yang khawas atau khawasil-khawas sahaja yang boleh
> melihat
>      manusia.
> j. Jin Islam yang awam atau jin kafir suka merasuk manusia yang awam
> dengan berbagai-bagai cara kerana pada pandangan mereka manusia-manusia
> yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya sebaliknya adalah rupa seekor
> binatang.  Manusia yang khawas dan khawasil-khawas, jin tidak dapat
> merasuk mereka tetapi mereka itu datang pula untuk bersahabat.
> k. Manusia yang selamat dari gangguan jin, iblis atau syaitan ialah
> manusia yang  setiap waktu dan masa berada dalam Tauhid Allah melalui
> lidah, anggota dan hati, iaitu berada dalam aqidah syariat dan akhlak
> Rasulullah.  Jalan paling dekat untuk berada dalam tauhid Allah itu
> hendaklah kita jadikan diri kita serta mereka-mereka yang setiap waktu
> masa dan ketika berada dalam Tauhid Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w.,
> sekelian Nabi-nabi dan Rasul a.s., sahabat-sahabat agung Rasulullah,
> ahli keluarga Rasulullah, para-para kekasih Allah samada yang masih
> hidup atau yang sudah mati, nescaya akan menyampaikan diri kita zahir
> dan batin berada dalam tauhid Allah di semua tempat waktu dan masa
> melalui anggota, lidah dan hati seumpama mereka, yakni selamat daripada
> gangguan-gangguan jin-jin Islam atau kafir, iblis, syaitan atau
> seumpamanya.
>
> l.  Kata ulamak :
>   “Kun Ma’allah fain lam takun ma’allah, fakun ma’a man ma’allah
>      fainnahu yu shiluka illah”
>
>      Maksudnya : “Hendaklah jadikan diri kamu serta Allah maka jika kamu
> tidak
>       boleh jadikan diri kamu serta Allah hendaklah jadikan diri kamu
>       serta mereka yang serta Allah, maka sesungguhnya yang demikian
>       itu akan menyampaikan diri kamu kepada Allah”
>
> m.  Diri manusia mukmin yang menjadi kekasih Allah itu menjadi “Kalbu
> Alam”
>      atau “Jantung “Alam” atau “Pusat Alam” yang dikurnia Allah daya
> atau kuasa
>      graviti mengikut darjah ketinggian Iman, ilmu dan amalannya disisi
> Allah.  Diri-
>      diri yang lain itu hanyalah di bawah atau di dalam kuasa atau
> graviti mereka.
>
> ? Kata Syeikh Abdul Wahhab  Asy-Sya’rani di dalam kitabnya Yawaqitu wal
> Jawahir, bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangat
> keji.  Katanya, “Barangsiapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan
> jin daripada sekedudukan dengan ulamak, maka orang itu sangat jahil.
> Kerana yang lebih ghalib atas jin itu adalah perbuatannya dan
> perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia
> yang fasik.  Maka orang yang berakal lari ia daripada bersahabat dan
> bersekedudukan dengan dia, seperti larinya daripada bersahabat dan
> sekedudukan dengan manusia yang fasik.”
>
> Katanya lagi : “Tiada sekali-kali aku lihat akan seseorang yang
> sekedudukan dengan jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadian itu
> api dan api itu sangat banyak geraknya itu datanglah berlebih-lebihan
> perbuatan dan perkataan orang itu.”
>
> Katanya lagi : “Bahawa jin itu terlebih keras fitnahnya atas yang
> sekedudukan dengan dia daripada manusia.”
>
> Berkata Syeikh Muhyuddin Arabi di dalam kitabnya Futuhat.  “Adalah orang
> yang sekedudukan (bersahabat) dengan jin itu tiada beroleh ilmu akan
> Allah.  Kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat-Nya.”  Dan
> terkadang menyangka oleh orang yang sekedudukan dengan dia itu bahawa
> segala perkara yang dikhabarkan oleh jin itu daripada barang yang
> berlaku di dalam alam itu adalah “KARAMAH” daripada Allah Ta’ala
> baginya.  Maka sangkaannya itu adalah batil dan hanya adalh yang
> kesudahan pemberian jin kepada manusia itu, bahawa diberitahu akan
> segala khasiat tumbuh-tumbuhan dan khasiat batu dan khasiat segala isim
> dan huruf, maka iaitu dibilangkan daripada Ilmu Kimia jua, iaitu ilmu
> yang dicela oleh syarak.
>
> Katanya lagi : “Sesetengah yang telah terjawab bahawasanya banyak orang
> sekedudukan dengan jin itu jadilah takabbur atas segala manusia itu dan
> barangsiapa takabbur dimurkai Allah Ta’ala akan dia dan dimasukkan ke
> dalam neraka seperti yang tersebut dalam beberapa ayat Quran dan Hadis
> Nabi s.a.w.”
>
> RENUNGAN
> 1.  Asal-usul bangsa Melayu-campuran :-
> a. Monggol
> b. Cina
> c. India
> d. Parsi
> e. Arab
> 2.  Keujudan bangsa Melayu, sejak zaman Nabi Ibrahim a.s.
>      Ugama orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi
>      Muhammad s.a.w :-
> a. Majusi puja dewa
> b. Hindu puja dewa
> c. Buddha puja dewa
> d. Orang asli puja dewa.
> ? Agama Islam sampai ke Asia Tenggara sekitar tahun 78 ke 80 Hijrah.
> Islam berkembang melalui sistem pondok.
> ? Seratus tahun kemudian golongan istana menerima Islam hanya dengan
> membuang nama-nama yang hodoh dan berhala, tetapi ilmu dan amal dalam
> hidup dan kehidupan tidak mengikut Islam.
> ? Mereka mengutamakan adat sebelum Islam dalam hidup dan kehidupan
> harian.  Sehingga pada masa ini golongan orang awam, tidak dapat
> membezakan di antara  adat sebelum Islam dan perilaku ajaran agama
> Islam, dalam hidup dan kehidupan harian.
> ? Islam memasuki istana sebagai pemerintah selepas 200 tahun kemudian,
> begitulah berlaku di Fatani (Kerisik), Kampung Cam (Kemboja), Sulu,
> Borneo, Sulawesi, Maluku, Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu.
>
> Wallah Hu Taala A'lam
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Hj Mohamad bin Jusoh <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Khairol Azam Mohamad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke