*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Lee Kuan Yew bawa arahan dari Barat dan Israel?


Assalamualaikum,

Hingga sekarang maseh menjadi tanda tanya apakah sebab sebenarnya Lee Kuan 
Yew yang begitu lama tidak ke Kuala Lumpur telah datang baru-baru ini. Ada 
sumber-sumber yang mendakwa Lee Kuan Yew ke KL dengan membawa arahan-arahan 
untuk Dr Mahathir dari kuasa-kuasa Barat dan Israel. Arahan tersebut adalah; 
Dr Mahathir perlu membanteras kebangkitan Islam dan dalam perkara ini 
sasaran utama adalah untuk melumpuhkan PAS. Jika Dr Mahathir gagal maka 
beliau digesa meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Dr 
Mahathir diberi tempoh lebih kurang enam bulan untuk memperlihatkan 
bukti-bukti yang nyata bahawa segala tindakan beliau untuk menyekat arus 
kebangkitan Islam dan melumpuhkan PAS itu adalah berkesan.

Menurut sumber-sumber maklumat ini, kuasa-kuasa Barat dan Israel sangat 
bimbang dengan kebangkitan Islam di Malaysia dan pengaruh PAS yang semakin 
kuat. Kuasa-kuasa Barat dan Israel melihat kenyataan-kenyataan Dr Mahathir 
mengenai Islam terutamanya tentang hukum-hukum hudud di awal tahun 90an 
sebagai telah menyinggong perasaan rakyat beragama Islam dan merupakan 
antara sebab-sebab utama yang telah mencetuskan arus kebangkitan Islam di 
Malaysia. Arus kebangkitan Islam tersebut mendapat momentum yang kuat 
(gathered strong momentum) apabila Dato Seri Anwar Ibrahim difitnah dengan 
begitu kejam sekali.

Arus kebangkitan Islam di Malaysia ini perlu disekat dan dihapuskan demi 
untuk menjaga kepentingan Barat dan Israel bukan sahaja di Malaysia dan 
Singapura tetapi juga di rantau Asia Tenggara. Kuasa-kuasa barat melihat 
kebencian orang Melayu terhadap Dr Mahathir antara sebab yang telah mencetus 
dan membakar semangat kebangkitan Islam, dan oleh demikian “Dr Mahathir must 
go if he were to fail in removing the threat posed by Islamic extremism to 
western interests in Malaysia, Singapore and the Southeast Asia region.”

Dikatakan pada mulanya kuasa-kuasa Barat dan Israel dengan tegas mengarahkan 
Dr Mahathir meletak jawatan, tetapi atas rayuan dari Lee Kuan Yew mereka 
memutuskan untuk memberi Dr Mahathir peluang dan tempoh untuk mengubah 
keadaan.

Dikatakan arahan dari Barat dan Israel itu ada kaitan dengan Pak Lah diberi 
sebahagian tugas-tugas PM untuk melapangkan masa bagi Dr Mahathir merancang 
dan melaksanakan langkah-langkah untuk membanteras arus kebangkitan Islam 
dan melumpuhkan PAS dan BA. Suatu strateji yang terperinci dikatakan sudah 
pun siap dan dilaksanakan. Salah satu dari strateji tersebut adalah dengan 
berusaha untuk memperdayakan rakyat bahawa UMNO itu lebih Islam dan PAS 
adalah sumber ajaran sesat.

Malah Dr Mahathir sudah pun melancarkan roadshow bermula dengan negeri Kedah 
untuk memburuk-burukan PAS. Dr Mahathir telah menuduh di TV bahawa Tok Guru 
Nik Abdul Aziz mensajikan 'air kotor' kepada rakyat yang mengunjungi 
rumahnya di Kota Bharu. JAKIM dan lain-lain badan agama sudah diarah 
meningkatkan propaganda bahawa konsep negara Islam itu adalah ajaran sesat 
dan PAS adalah kumpulan ajaran sesat.

Antara strateji utama yang sudah pun terbantut adalah strateji jangka pendek 
untuk mengujudkan keadaan supaya tercetusnya huru-hara di Terengganu dengan 
isu royalti minyak. Strateji ini sudah dikira terbantut akibat dari 
kebijaksanaan Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang dan Kerajaan BA di Terengganu 
dalam menghadapi isu tersebut mengikut landasan-landasan agama dan 
undang-undang. Reaksi secara keganasan (violent reaction) yang 
diharap-harapkan oleh Dr Mahathir dari rakyat Terengganu telah tidak 
berlaku. Namun begitu strateji menyekat Terengganu dari menerima royalti 
minyak tetap penting dari segi matlamat jangka panjang untuk melumpuhkan 
kedudukkan kewangan Terengganu.

Dikatakan juga bahawa dua tiga bulan ini amatlah penting sekali bagi Dr 
Mahathir yang perlu meyakinkan majikan beliau, iaitu kuasa-kuasa Barat dan 
Israel, dengan tanda-tanda awal bahawa strateji membanteras arus kebangkitan 
Islam dan melumpuhkan pengaruh PAS yang dilancarkan oleh beliau itu adalah 
berkesan. Sama-sama kita lihat apa yang akan dilakukan oleh Dr Mahathir 
untuk memuaskan kuasa-kuasa Barat dan Israel itu.

Dalam berusaha untuk melumpuhkan Islam dan PAS, Dr Mahathir juga dikatakan 
sedang menangani gerakan dari dalam parti untuk mengulingkan beliau. 
Kononnya artikel ‘Mencipta semula UMNO’ oleh Anuar Musa merupakan 
detik-detik permulaan tentangan terhadap Dr Mahathir dari dalam parti. 
Entahlah?

Dr Mahathir dilihat tertekan dari tiga penjuru: tekanan dari majikan beliau 
iaitu kuasa-kuasa Barat dan Israel; tekanan dari dalam parti berupa gerakan 
untuk mengulingkan beliau; dan tekanan berupa kebijaksanaan 
pemimpin-pemimpin BA dalam menghadapi segala taktik kotor UMNO-BN. Tidaklah 
hairan kalau pemerintahan dharurat merupakan ‘last resort’ yang amat penting 
dalam strateji survival politik Dr Mahathir.

Tarabulsi
25 September 2000



_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Anas Othman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke