*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>>''Adalah jelas dan nyata berdasarkan kepada laporan pasukan doktor yang
dilantik oleh Majlis Hakim, 
>>secara mental dan fizikal Suharto tidak layak dibicarakan. 
>>Oleh itu semua tuduhan yang dibuat oleh pendakwa raya tidak boleh diterima
(digugurkan),'' katanya. 
Komen:
Suatu masa nanti apabila Dr.M tidak lagi menjadi PM (kalau umur beliau masih
panjang), adakah beliau akan menggunakan taktik yang sama???

>>''Malah melalui banyak wawancara yang dijalankan dengan beliau, 
>>Suharto tidak memahami arahan yang diberikan, seperti kalau disuruh duduk,

>>beliau akan mematikan pendingin hawa,''katanya. 
>>Selain itu, kata Dr. Marlina, bekas Presiden itu juga menjalani ujian
kepura-puraan, 
>>ternyata hasilnya, Suharto kebinggungan. 

Komen:

Kalau setakat suruh buat lain, lain yang dibuat, tang tu sapa-sapa pun boleh
buat... tak gitu??
Bagaimana agaknya method ujian kepura-puraan??
Adakah spt kalau tersalah lakukan sesuatu, kejutan letrik sederhana
dikenakan, atau seumpamanya???
Suharto dibebaskan rakyat merusuh di Jakarta
JAKARTA 28 Sept. - Keadaan di Jakarta menjadi tegang hari ini apabila
beratus-ratus pelajar mengadakan tunjuk perasaan kerana tidak berpuas hati
dengan keputusan mahkamah menggugurkan dakwaan terhadap bekas Presiden
Indonesia, Suharto. 
Para saksi berkata, pasukan tentera Indonesia terpaksa melepaskan tembakan
amaran terhadap para penunjuk perasaan semasa mereka mula berhimpun di
hadapan kediaman Suharto di tengah Jakarta. 
Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan walaupun ramai
pelajar yang panik melarikan diri selepas tembakan dilepaskan. 
Mereka kemudian membelasah para penyokong Suharto dan membakar beberapa
kenderaan termasuk sebuah bas yang membawa para penyokong bekas Presiden
itu. 
Kekacauan itu yang berlaku kira-kira 500 meter dari kawasan perbicaraan
Suharto di Jakarta Selatan menyebabkan sekurang-kurangnya 10 orang cedera
parah. 
Sepuluh minit selepas kekacauan itu, beberapa tembakan turut kedengaran
apabila para pelajar berkenaan terus merusuh dan bertembung dengan
anggota-anggota polis. 
Mahkamah Tinggi Jakarta Selatan hari ini membuat keputusan menggugurkan
semua tuduhan penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang dihadapi oleh bekas
Presiden Suharto setelah mendapati beliau tidak layak untuk dibicarakan atas
sebab kesihatan. 
Majlis Hakim yang diketuai oleh Lalu Mariyun mengarahkan, bekas Presiden
yang berusia 79 tahun itu dibebaskan daripada tahanan kota yang dikenakan
oleh Jabatan Peguam Negara sejak 3 Ogos lalu. 
''Adalah jelas dan nyata berdasarkan kepada laporan pasukan doktor yang
dilantik oleh Majlis Hakim, secara mental dan fizikal Suharto tidak layak
dibicarakan. Oleh itu semua tuduhan yang dibuat oleh pendakwa raya tidak
boleh diterima (digugurkan),'' katanya. 
Suharto dituduh melakukan perbuatan berkenaan ketika menjadi pengerusi
kepada sembilan yayasan, sewaktu beliau masih menjadi Presiden Republik
Indonesia. 
Jika sabit kesalahan Suharto boleh dihukum penjara 20 tahun atau
sebanyak-banyaknya seumur hidup serta dikenakan denda maksimum sebanyak 30
juta Rupiah (RM15,000). 
Pendakwaannya diketuai oleh Muchtar Ariffin dengan dibantu oleh tujuh yang
lain, manakala Suharto dibela oleh lapan peguam yang diketua oleh Juan Felix
Tampubulon. 
Perbicaraan yang mendapat perhatian ramai itu telah dijalankan di Auditorium
Kementerian Pertanian, di Jalan Harsono di sini. 
Ketika membaca lebih lanjut keputusan hakim itu, Lalu berkata, Majlis Hakim
juga membuat keputusan berkenaan demi memberi kepastian undang-undang
terhadap kes tersebut setelah Suharto sudah tiga kali berturut-turut tidak
dapat hadir ke mahkamah kerana masalah kesihatan. 
''Oleh kerana pendakwa raya sendiri tidak dapat memberi jaminan untuk
memastikan kehadiran Suharto dan pasukan doktor pula secara tegas menyatakan
Suharto dalam keadaan sakit serta tidak layak dibicarakan, maka Majlis Hakim
menggugurkan tuduhan ke atasnya,'' kata beliau. 
Katanya, dalam bidang mental, Suharto hanya mampu mengenal orang di
sekitarnya secara dangkal, beliau juga tidak dapat memahami apa yang
diperkatakan orang lain kecuali dilakukan secara berulang dan perlahan. 
Sebelum ini ketika membentangkan laporan pemeriksaan kesihatan ke atas
Suharto, ketua pasukan doktor bebas yang dilantik oleh Majlis Hakim, Prof.
Dr.M.Zakaria berkata, pasukan itu sepakat bahawa Suharto tidak mempunyai
kemampuan dari segi mental atau fizikal untuk menghadiri persidangan di
mahkamah. 
Beliau berkata, melalui pelbagai pemeriksaan yang dijalankan Suharto
mengalami gangguan kesihatan yang sesetengahnya bersifat kekal. 
Manakala salah seorang anggota pasukan doktor berkenaan, Dr. Marlina
S.Mahajudin menegaskan, Suharto tidak berpura-pura sakit bagi menggelakkan
beliau dibicarakan. 
''Suharto mengalami gangguan saraf yang serius di mana melalui pemeriksaan
yang dijalankan, beliau sama sekali tidak tahu bagaimana untuk melukis
orang. 
''Malah melalui banyak wawancara yang dijalankan dengan beliau, Suharto
tidak memahami arahan yang diberikan, seperti kalau disuruh duduk, beliau
akan mematikan pendingin hawa,''katanya. 
Selain itu, kata Dr. Marlina, bekas Presiden itu juga menjalani ujian
kepura-puraan, ternyata hasilnya, Suharto kebinggungan. 
''Malah beliau tidak tahu yang mana satu jarum pendek (jam) dan jarum
panjang,'' katanya. - Utusan 
Daripada: ZULKIFLEE BAKAR 

© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke