*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kristian mahu gilirkan menteri agama


JAKARTA, 29 Sept (Hrkh) - Golongan penganut Kristian di Indonesia kini 
mendesak pemerintah supaya jawatan menteri agama, yang selama ini dipegang 
oleh orang Islam, dipergilirkan kepada penganut Kristian dan agama lain 
juga.

Demikian menurut wakil badan dakwah Islamiyah Indonesia yang mengadakan 
pertemuan dengan rombongan ahli parlimen PAS di sini beberapa hari yang 
lalu.

Menurut wakil itu, golongan Kristian yang berada di belakang PDI-Perjuangan 
(Parti yang dipimpin oleh Naib Presiden Megawati Sukarnoputri) mengajukan 
desakan ini setelah melihat sikap Presiden Gus Dur 'yang amat terbuka', 
walaupun pemikirannya ini sangat merbahaya sekali kepada umat Islam 
seluruhnya.

"Golongan Kristian Indonesia mengambil kesempatan atas kebebasan yang ada 
dan sikap Gus Dur sendiri yang sangat aneh," katanya.

Menurut wakil itu, selama ini jawatan menteri agama dipegang oleh orang 
Islam, memandangkan umat Islam di Indonesia adalah majoriti 88.7 peratus.

Kini, katanya, golongan Kristian di belakang PDI-Perjuangan mahukan jawatan 
itu dan ini tidak akan dibenarkan.

Sementara itu, satu lagi cetusan pemikiran Presiden Gus Dur yang merbahaya 
ialah supaya masjid besar di Jakarta (Masjid Istiqlal) ditadbir oleh 
pelbagai agama.

Ini juga, kata wakil badan dakwah itu, tidak mungkin boleh dilaksanakan

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Anas Othman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke