*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sanusi Junid didenda RM1,000 kerana pukul pekerja KLIA
SEPANG (Selangor) -- Bekas Menteri Besar Ke dah, Tan Sri Sanusi Junid,
didenda RM1,000 ($458) oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin selepas
beliau mengaku salah terhadap dua tuduhan sengaja mencederakan dua orang
pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 5 Mei
lalu.

Majistret Kamal Baharin Omar mengenakan hukuman denda berjumlah RM500
atau penjara sebulan bagi setiap tuduhan mencederakan Encik Shaiful
Abdul Rahman, 25 tahun, seorang pekerja khidmat pelanggan KLIA, dan
Encik Mohamed Nazri Ishak, 25 tahun, seorang pekerja Syarikat
Penerbangan Malaysia (MAS).

Tan Sri Sanusi, 57 tahun, yang juga Presiden Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIA) dan bekas Menteri Pertanian.

Beliau, yang membayar denda itu, dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun
Keseksaan, yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda
sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Dalam rayuannya, Tan Sri Sanusi berkata beliau menjadi marah apabila
kedua-dua pekerja itu lambat membawa kerusi roda untuk ibu saudaranya
yang meraung kesakitan selepas ubat bius yang disuntik seorang doktor di
sebuah hospital di Singapura sudah tidak berkesan.

Menurut laporan akhbar, Tan Sri Sanusi memukul, menendang dan me nampar
kedua-dua pekerja itu beberapa kali apabila kerusi roda yang dimintanya
lambat dihantar oleh pekerja berkenaan.

Sebelum meninggal dunia, ibu saudaranya berpesan menyuruh Tan Sri Sanusi
menyelesaikan kes itu secepat mungkin. -- Bernama, Utusan Malaysia.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: usthamz <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke