*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salaam

Macam biasalah saya ronda ronda kat KL...nak menghabiskan minyak yang harga 
RM1.10 supaya boleh diisi dengan minyak harga RM1.20. Ni niat ikhlas nak 
kurangkan subsidi petrol yang membebankan keRAJAan Mahathir. Entah macamana 
terserempak seorang yang tak ada rumah sedang mundar mandir di Jalan Parlimen. 
Tak tau la samada dia ni homeless atau/dan ada mental problem. Orang nya 
berbangsa Melayu kusut masai. Tapi kalau kasi dia ni mandi jacuzzi dan kasi 
pada Mak Andam memang akan segak orang nya. Bukanlah nak sebut apa tapi dalam 
negara kita yang makmur ( tak ada kena mengena dengan kuih makmur...nak raya 
nih ) dan kaya raya ...sebab apa ada homeless dok merempat di jalan raya ??.

 Orang homeless tu pulak pakai T Shirt yang ada lambang dacing BN ...dah lah 
tu gambar dacing besar bukan main kat baju tu dan berdiri/ berjalan di Jalan 
Parlimen dengan latar belakang bangunan Parlimen. Ada yang tak kena ke dengan 
scenario nih? Nasib baik kamera saya dah tak ada kodak kalau tidak mau jugak 
di rakamkan dan hantar pada The Star. Terima kasihlah pada kerajaan BN yang 
menguasai Parlimen.


Sebut pasal The Star..beberapa hari lepas ada dalam surat khabar tu ...gambar 
sekeluarga berketurunan India...laki bini dan anak kecik kecik 5 
orang...tinggal dalam KHEMAH. Nak ulang perkataan nih ...LIVING IN THE BLOODY 
MAKE SHIFT TENT. Ini di Malaysia atau di Afrika ?? Rupanya di Klang Selangor ( 
negeri paling maju dalam galaksi )

Apa sebab kita nak gah sangat...berkokok serupa ayam pada dunia semua kalau 
ada orang homeless duduk dalam tent dan ada yang minum air terus dapat taun ?? 
Ni ke
yang kita nak bangga bangga kan sangat dengan harta kekayaan negara ??? 
Sendiri mau ingat laaaa..


Salam hormat...Chief

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to