*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ----- Original Message ----- From: ahmad lutfi othman <[EMAIL PROTECTED]> To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]> Cc: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]> Sent: Friday, September 29, 2000 12:34 PM Subject: Re: Untuk Sebaran Dan Siaran Pihak Tuan > > > > > KDN Tolak Empat Permohonan Permit Penerbitan Ahmad Lutfi > > > KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuktikan amalan cekap dan > pantasnya apabila mengambil masa tidak sampai tiga bulan untuk menolak > hampir semua permohonan mendapatkan permit penerbitan (PP) oleh bekas Ketua > Editor Detik yang juga bekas Pengarang Wasilah, sebuah majalah remaja yang > baru diharamkan, > > Lutfi yang memohon enam permit baru-baru ini mendapat jawapan balas satu > perenggan daripada pegawai tinggi di Unit Kawalan Penerbitan, KDN, Tengku > Mahmood Tengku Ismail pada 28 September 2000. Setakat ini empat permohonan > berkenaan ditolak, yakni majalah komik bulanan, Puteri Reformasi, majalah > mingguan politik semasa, Reformasi, majalah bulanan semasa, Retak dan > majalah dwi-bulanan, Debat. > > Seluruh isi surat KDN itu dipetik: "Saya di arah merujuk kepada permohonan > tuan dan dukacita dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mengambil > keputusan menolak permohonan tuan tersebut." > > Ketika dihubungi, Lutfi berkata, beliau menghantar permohonan Debat pada 25 > April, sementara bagi permohonan lain dibuat pada 29 Jun 2000. Dan pada 6 > September lalu, Lutfi menulis surat kepada KDN minta penjelasan mengapa > permohonan majalah Debat tidak mendapat apa-apa khabar berita walaupun telah > dihantar sejak hampir lima bulan lalu. > > Dalam wawancara eksklusif dengan majalah Tamadun, Mei 2000, Ketua Penolong > Setiausaha, Unit Kawalan Penerbitan KDN, Tengku Mahmood Tengku Ismail > memberi jaminan bahawa: "Dalam masa tiga bulan (KDN boleh meluluskan sesuatu > permohonan). KDN sekarang sudah dilengkapi dengan komputer, jadi kami > jangkakan tempoh masa itu memadai untuk urusan memproses." > > Bagi Lutfi, dari satu segi, keputusan segera yang dibuat KDN boleh dipuji. > Tetapi, katanya, yang lebih penting dari itu, KDN seharusnya memperincikan > apa yang dirasakan tidak kena dan perlu diubah dalam permohonannya. > > Dalam suratnya kepada seorang pegawai KDN yang bertanggungjawab menguruskan > soal permohonan majalah, Mohd Nor Mohd Daud, Lutfi memberi perakuan: > "Sekiranya ada apa-apa yang perlu kami betulkan, kami boleh memindanya di > mana yang bersesuaian bagi memenuhi syarat-syarat kelulusan KDN." > > Ditanya apa reaksinya dengan keputusan KDN itu, Lutfi berkata dia akan > membuat rayuan, di samping terus menghantar permohonan baru yang lain. > "Sekarang ini pegawai-pegawai KDN kian giat merampas makalah yang dianggap > mereka tiada permit, dan saya sendiri kalau boleh mahu mengelak daripada > menerbit makalah-makalah yang dianggap haram oleh KDN. Tapi sehingga saya > mendapat permit penerbitan saya perlu terus berkarya, meskipun melalui jalan > yang tidak digemari pemerintah, apa boleh buat." > > "Dan sepatutnya KDN memberikan alasan mengapa permohonan saya ditolak. > Apakah menjadi dasar Unit Kawalan Penerbitan KDN untuk menolak permohonan > menerbitkan sebarang makalah politik, atau memang benar desas-desus > mengatakan nama saya telah disenarai-hitamkan KDN," tambah Lutfi lagi. > > "DETIK DAN Al-WASILAH SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP KEBEBASAN > MEDIA" > > > > > > > > _________________________________________________________________________ > Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com. > > Share information about yourself, create your own public profile at > http://profiles.msn.com. > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "Aris Adnan" <[EMAIL PROTECTED]>