Pemuda PAS buat kunjungan ke ibu pejabat polis
Oleh Ismail Hashim

ALOR SETAR, 3 Okt (Hrkh) - Lawatan muhibbah Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah ke
Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Kedah positif dengan kedua belah pihak
dapat saling berbincang dalam suasana ceria.
Ketua Polis Kedah, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Tuan Hairuddin Mohamad sangat
gembira menerima kunjungan dari Pemuda PAS itu yang bertujuan mengambil
maklumat tentang saluran kerjasama yang dapat dibuat.
Di masa yang sama, Ketua Pemuda PAS Kedah, Saudara Aris Awang menyifatkan
pertemuan itu sangat positif setelah kedua belah pihak dapat bertukar
maklumat dan perbincangan.
Turut hadir dalam kunjungan adalah semua Jawatankuasa Pemuda Kedah dan
pegawai-pegawai tinggi Jabatan Polis Negeri Kedah yang juga disertai sama
beberapa Ketua Polis Daerah-daerah.
Perbincangan berlangsung dalam keadaan harmoni itu melibatkan beberapa
perkara pokok berkaitan dengan hubungan! Polis dan masyarakat dan kerjasama
Pemuda PAS terhadap Polis untuk membantu mengenai gejala sosial terutamanya
di Alor Setar.
Seorang ketua polis daerah merakamkan rasa kagum atas kedewasaan atau
kematangan sikap Dewan Pemuda PAS setelah tiga tahun berurusan dengan mereka
di daerahnya.
Kunjungan selama sekitar dua jam itu berlangsung di Bilik Mesyuarat IPK di
Jalan Stadium, di sini pada 30 September lalu berakhir dengan penyampaian
sumbangan balang mineral pot keluaran Jitra Pot yang diterima oleh Tuan
Hairuddin dari Saudara Aris.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - 35mm Quality Prints, Now Get 15 Free!

Reply via email to