*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Dr.

Untuk pengetahuan Dr. program yang saya sebarkan melalui hizbi-net ini
adalah berbeza sama-sekali dengan skim yang telah diserbu itu. Sebenarnya
sebelum saya menyertai Program Izzah ini saya telahpun dipelawa oleh
seorang sahabt saya untuk mendengar penerangan tentang skim tersebut.
Setelah meneliti dengan dsedalam-dalamnya skim tersebut, saya mengambil
keputusan untuk tidak menyeratinya berdasarkan faktor-faktor berikut:

i) Ianya beroperasi menggunakan sebuah syarikat jualan langsung yang telah
mendapat kelulusan lesen pada sekitar tahun 1993 sedangkan skim tersebut
baru saja dilancarkan pada bulan Jun 2000.

ii) Skim tersebut menjanjikan pulangan yang lumayan dari segi bonus  kepada
ahli yang menaja ahli lain sehingga ke peringkat infiniti dan jika diamati
betul2 ianya akan 'over-paid' pada ahli-ahlinya dan sekaligus menimbulkan
persoalan bagaimana syarikat mampu bertahan dan meraih keuntungan.

iii) Skim tersebut juga tidak mempunyai produk yang boleh dinilaikan dengan
pelaburan sebanyak RM811 tersebut. Tidak seperti Program Izzah yang
memberikan ahli habbatus-sauda' yang sama nilainya dengan pelaburan
sebanyak RM880.00 tersebut.

Untuk keterangan lanjut, Dr. bolehlah melawat ke laman web syarikat yang
diserbu tersebut iaitu di http://www.achieversempire.com dan bandingkan
pelan dan programnya dengan Program Izzah yang saya promotekan ini di
lamannya di http://fly.to/didik

Secara ringkas perbezaannya selain daripada yang diterangkan di atas
Program Izzah sebenarnya tidak terlalu menekankan dari sudut material
tetapi lebih kepada membantu seramai mungkin umat Islam Malaysia untuk
menunaikan Umrah dan Ziarah sedangkan matlamat utama achieversempire adalah
material i.e. bonus yang lumayan kepada ahli yang aktif menaja.

Sekian, terima kasih

Wassalam....

p/s untuk keterangan lanjut mengenai Program Izzah sila hubungi saya
personally di 012-2873171 atau 03-9819509.

----------
From: Dr. Ariffin Bin Haji Abdul-Razak <[EMAIL PROTECTED]>
To: ahmad azli <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Skim piramid umrah diserbu
Date: 03 October 2000 16:22

Skim piramid umrah diserbuAssalammualikum wmt. wbt.,

Adakah perkara ini berkaitan dengan program yang saudara maksudkan
tempohari dalam Hizbi-net?

Harap dapat kepastian.

Wassalam

Ariffin

       
      Tue, 03 Oct 2000 
     

         
        » Iklaneka  
            » myMobile  
              
            » New Straits Times  
            » New Sunday Times  
            » Business Times  
            » Malay Mail  
            » Sunday Mail  
              
            » Berita Harian  
            » Berita Minggu  
            » Harian Metro  
            » Metro Ahad  
            » Sudut Pelajar: Didik  
            » Koleksi Rencana  
              
            » Computimes  
            » Business Computing  
              
            » Keterangan Umum  
            » Arkib Berita sejak 1991  
            » Daftar Online  
            » Khidmat Pelanggan  
            » Syarat Penggunaan  
            » Yuran  
            » Soalan Lazim  
              
            » Speaker's Corner  
            » Forum Perdana  

--------------------------------------------------------------------------
       

       
       

        Berita Nasional | Ekonomi | Hiburan | Mukadepan | Rencana dan
Pendapat | Sukan | Arkib Seminggu |BH Home  
            Mukadepan: Skim piramid umrah diserbu
            Oleh Fazallah Pit
            03 October 2000 
            Hantar kepada kenalan! | Format untuk pencetak 

            SHAH ALAM, Isnin – Sebuah syarikat yang menawarkan pakej
mengerjakan umrah dan ziarah percuma melalui skim pelaburan berunsurkan
piramid dan beroperasi menggunakan lesen jualan langsung, diserbu di sini,
hari ini.

            Syarikat yang berpejabat di bangunan World Wide Business
Centre, di Seksyen 13 di sini dikatakan mengutip lebih RM4.6 juta daripada
kira-kira 6,000 pelabur sejak mula beroperasi awal Jun lalu.

            Serbuan selama dua jam itu dilakukan oleh anggota Bahagian
Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
diketuai Pegawai Operasi, Mohamad Sopa Marjan, mulai jam 11 pagi.

            Beberapa peralatan komputer, dokumen syarikat, senarai keahlian
dan pelbagai kertas iklan turut dirampas.

            Pengarah Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Zainal Abidin Mohd Noordin, berkata
siasatan mendapati syarikat itu beroperasi menggunakan lesen jualan
langsung yang diberikan oleh kementerian kepada sebuah syarikat kosmetik
beberapa tahun lalu.

            Mengikut Seksyen 4 (1) Akta Jualan Langsung 1993, syarikat yang
menjalankan jualan langsung tanpa kebenaran boleh didenda RM100,000,
manakala setiap anggota lembaga pengarahnya boleh dikenakan denda RM25,000
atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

            Difahamkan, setiap ahli skim itu perlu membayar RM811 kepada
syarikat berkenaan dan mencari dua lagi anggota baru dengan setiap mereka
perlu membayar nilai yang sama sebelum mendapat pulangan kira-kira RM6,000
apabila anggota di bawahnya mencapai 32 orang.

            Mereka akan menerima bayaran secara berperingkat sehingga
RM4,800 dalam bentuk wang tunai atau cek, manakala RM2,000 lagi dalam
bentuk pelaburan bagi pakej melancong atau mengerjakan umrah.

            Zainal berkata, kebanyakan pelabur atau mereka yang menyertai
skim itu terdiri daripada orang Melayu kerana tertarik dengan tawaran untuk
mengerjakan umrah.

            “Kami yakin jika struktur pelan pemasaran yang direka oleh
syarikat itu dirujuk kepada kementerian terlebih dahulu, permit jualan
sudah pasti tidak akan diberikan,” katanya.

            Beliau berkata, skim jualan langsung hanya dibenarkan kepada
syarikat yang dapat menawarkan suatu barang yang sama harga dengan nilai
pelaburan. Bagaimanapun, pengeluaran lesen skim jualan langsung telah
dibekukan oleh kementerian sejak Jun lalu.

            Katanya, syarikat itu turut menawarkan pakej pelancongan ke
luar negara, antaranya ke Arab Saudi, India, Afrika dan Australia jika
pelabur tidak berminat mengerjakan umrah dan ziarah.

            “Kita juga mungkin mendakwanya kerana menggunakan pelan
pemasaran berunsurkan sistem piramid yang tidak menawarkan sebarang produk
dan merugikan peserta baru,” katanya.

            Syarikat berkenaan, yang mempunyai laman web sendiri juga
dikatakan merancang memperluaskan perniagaan dengan membuka cawangan di
bandar lain dan menambah tawaran kepada kereta, rumah dan komputer. 

            Zainal menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada
kementerian sebelum menyertai mana-mana skim jualan langsung yang diragui
operasinya.

            “Orang ramai perlu berhati-hati dengan penawaran skim seumpama
itu kerana biasanya hanya peserta awal yang mendapat keuntungan, sebaliknya
peserta akhir mengalami kerugian.

            “Lazimnya, syarikat seperti ini beroperasi dalam masa singkat
dan melarikan diri bersama wang peserta apabila sudah mendapat banyak
keuntungan,” katanya.

            Sementara itu, pengarah urusan syarikat berkenaan ketika
ditemui berkata, apa yang berlaku ialah berpunca daripada kesilapan
teknikal.

            Beliau yang enggan dikenali berkata, syarikat itu sudah
beroperasi sejak tujuh tahun lalu dan baru beberapa bulan menukar namanya
kerana aktiviti bidang perniagaan yang diceburinya sudah berubah.

            Beliau berkata, perubahan nama syarikat itu sudah dimaklumkan
kepada Pendaftar Syarikat manakala urusan dengan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Pengguna berhubung perkara itu sudah dilakukan sejak
beberapa bulan lalu.

            “Sekitar Julai lalu, kami sudah memohon lesen jualan langsung
dan ia masih dalam proses lagi. Kami juga memohon penukaran nama syarikat
kosmetik kepada nama syarikat sekarang,” katanya.


            Berita lain di Mukadepan [03 October 2000 ]: 

              a.. TLDM tahan dua anggota Abu Sayyaf

              b.. Malaysia enggan bayar penalti halangan eksport

              c.. Polis tangkap ‘JPJ bergerak’

              d.. SHASHA semakin matang kendali gosip
           
     
      Berita Nasional | Ekonomi | Hiburan | Mukadepan | Rencana dan
Pendapat | Sukan | Arkib Seminggu |BH Home  
  
----------------------------------------------------------------------------
----

 
Mail webheads for site related feedback and questions. Get sales for other
kind of help. 
      Copyright © The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Balai
Berita 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia. 
      Powered by: Zope, Red Hat, Apache, Python, Php3, Perl  



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "ahmad azli" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke