*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum....!

Membaca 'hadis' yang dihantar oleh sdr. Muhammad Kulani membuatkan saya
terasa seram dan geram dengan dakyah syi'ah yang terkandung di dalamnya.
Izinkan saya membuat beberapa pemerhatian dari segi matan (isi) 'hadis' yang
mana, dengannya kita dapat mengetahui bahawa ia adalah suatu hadis rekaan
kerana banyak sekali perkara tidak logik dan 'unsur jahat' yang terkandung
di dalamnya.

Persoalan sanadnya pula sengaja saya tinggalkan, kerana saya tidak mengenali
al-Tabarsi yang kononnya periwayat 'hadis' ini, bahkan, tidak pernah pun
diakui sebagai seorang ahli hadis yang berwibawa. Namun, beberapa persoalan
ringkas dari segi sanad yang perlu kita perhatikan:

i) Siapakah 'eyewitness' kepada kejadian ini, yang kemudiannya melaporkan
kejadian ini? 

ii)Oleh kerana mesyuarat tertutup, hanya 6 orang ahli majlis syura yang
mungkin, bahkan hanya Ali RA yang logik meriwayatkan begini, sedangkan cara
olahan 'hadis' ini bercampur-aduk dan lebih bersifat 'laporan orang ketiga'.

iii) Kalaupun Ali RA yang melaporkan, kepada siapa pula, dan siapa pula
selepas itu sehingga sampai kepada al-Tabarsi?

Jelasnya, paling tinggi pun taraf 'hadis' ini dari segi sanadnya, ialah
peringkat mu'allaq (tergantung) yang tentu sekali tidak boleh dipakai dalam
perkara dasar sebegini.

Dari segi matan hadis pula, 'hadis' ini mempunyai banyak unsur yang tidak
logik dan bersifat menghasut serta bersangka buruk terhadap para sahabat RA.
Ada tiga unsur utama yang saya temui yang mewajibkan saya untuk menolak
hadis ini dari segi matannya:

i) Matan 'hadis' mengandungi unsur menghina, menghasut dan menuduh para
sahabat RA, termasuk Abu Bakar dan Umar (RA) sebagai penipu, tidak beramanah
dan mementingkan diri.

ii) 'Hadis' ini juga bersifat mengagungkan Ali RA secara melampau
sehinggakan beberapa  ayat al-Qur'an dan hadis yang ditujukan kepada orang
lain juga, dikhususkan kepada Ali RA seorang. Ia seolah-olah hanya Ali
sahajalah yang baik dan boleh diharapkan, yang lain jahat dan buruk semuanya.

iii) Dalam masa yang sama, 'hadis' ini juga merendahkan kredibiliti Ali RA
yang cuba diagungkan pada bahagian ii) di atas. Berlaku percanggahan
bilamana Ali yang digambarkan dengan hebat sekali, tiba-tiba dibayangkan
sebagai terpaksa akur dan tunduk kepada majlis syura, walaupun digambarkan
berlaku penyelewengan yang ketara dan asas dalam prosedur syura tersebut.
Sifat Ali RA yang sepatutnya bukanlah orang yang akan tunduk kepada
kejahatan dan kebathilan, serta tidak takut untuk mati dalam mempertahankan
haq. 

Ketiga-tiga unsur di atas kalau digabungkan bermaksud SEMUA para sahabat
adalah teruk, cuma Ali RA yang paling baik, cuma mengalah dengan keadaan.
Ini merupakan suatu pembohongan yang nyata dan keji. 

Beriman dengan 'hadis' ini bermakna menolak semua hadis-hadis yang ada
kerana kesemua para sahabat sebagaimana digambarkan adalah tidak beramanah
dan tidak teguh pendirian mereka. Maknanya semua hadis tak boleh dipakai.
Alangkah buruknya implikasi daripada hadis ini!

Hadis sebegini patut dibanteras dan penyebarnya patut dihukum sebagaimana
fatwa al-Haithami, bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan dan kecelaruan
dalam kefahaman Islam yang sebenar. 

Semoga pengirimnya sedar dan insaf dengan apa yang telah dilakukannya dan
semoga kita semua tidak terpedaya dengan sebarang hadis maudhu' yang
merosakkan ini.

Wassalamu'alaikum....!

Saudaramu dalam Islam,


Rozi Bin Muda



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Rozi Bin Muda <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to