*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, saya dapati http://www.salamku.com telah menyiarkan artikel 
baru mengenai 'Keterangan Al-Quran Mengenai Awan"

KETERANGAN AL-QURAN MENGENAI AWAN

Ahli-ahli sains telah mengkaji jenis-jenis awan dan mereka mendapati bahawa 
awan yang mempunyai hujan terbentuk menurut sistem tertentu dan 
langkah-langkah yang khusus yang berkait-rapat dengan jenis angin dan awan 
tertentu.

Satu jenis awan ialah awan ‘cumulonimbus’ yang dikaitkan dengan petir (Lihat 
gambarajah 18.1). Ahli kajicuaca telah mengkaji bagaimana awan-awan 
‘cumulonimbus’ dibentuk dan bagaimana mereka menghasilkan hujan, hujan batu, 
dan kilat. Mereka mendapati awan ‘cumulonimbus’ melalui beberapa peringkat 
untuk menghasilkan hujan:
1) Awan-awan ditolak oleh angin: Awan ‘cumulonimbus’ mula terbentuk apabila 
angin menolak beberapa awan ‘cumulus’ yang kecil ke satu kawasan dimana 
awan-awan kecil itu bercantum.
2) Percantuman: Kemudian awan-awan kecil bercantum membentuk awan yang lebih 
besar.
3) Pertindanan: Apabila awan-awan kecil bercantum, proses pergerakan-ke-atas 
(‘updrafts’) didalam awan yang lebih besar bertambah kerap. Pergerakan ini 
lebih kuat di kawasan pusat berbanding ditepi awan. Ianya menyebabkan awan 
membesar keatas, menyebabkan awan itu bertindan-tindan. Proses perkembangan 
ke arah atas ini menyebabkan awan memasuki kawasan yang lebih sejuk di dalam 
atmosfera di mana titis-titis air dan hujan batu terbentuk dan mula 
berkembang menjadi lebih besar. Apabila butir-butir air dan hujan batu 
menjadi terlalu berat untuk awan menanggungnya, mereka mula berguguran 
daripada awan sebagai hujan, hujan batu, dan lain-lain.

Allah subhanahuwata’ala berfirman di dalam al-Quran:

"Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak 
perlahan-lahan, kemudian dia mengumpulkan kelompoknya, kemudian Dia 
menjadikannya tebal berlapis-lapis?-Selepas itu engkau melihat hujan turun 
dari celah-celahnya…” (Surah An-Nur, 24:ayat 43) Makna penuh sila klik 
disini.
Ahli kaji cuaca baru sahaja mengetahui mengenai pembentukan awan, struktur 
dan fungsinya dengan bantuan peralatan moden seperti kapal terbang, satelit, 
komputer, belon, dan lain-lain untuk mengkaji angin dan arahtujunya, untuk 
mengukur kadar kelembapan dan variasinya, dan untuk menentukan paras tekanan 
atmosfera dan variasinya (rujuk gambarajah 18.2).


Gambarajah 18.1 (Nak tengok? sila ke http://www.salamku.com
Awan 'Cumulonimbus' dilihat dari angkasalepas

Ayat berikut, selepas menyatakan mengenai awan dan hujan, menerangkan pula 
mengenai hujan batu dan kilat.:

"...Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang 
(awan) yang ada padanya; lalu ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa 
yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. 
Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, 
hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan." (Surah An-Nur, 24: 
ayat 43) Makna penuh sila klik disini.
Ahli kaji-cuaca telah mendapati awan ‘cumulonimbus’ yang menurunkan hujan 
batu mencapai ketinggian 25000 hingga 30000 kaki (4.7 hingga 5.7 batu), 
seperti sebuah gunung, sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Quran (maksud):

"Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) 
yang ada padanya..." (Surah An-Nur, 24: ayat 43)Makna penuh sila klik 
disini.
Ayat ini mungkin menimbulkan tandatanya. Mengapakah ia menyatakan 
...‘Sinaran kilat’ ketika merujuk kepada hujan batu?

Adakah ini bermakna hujan batu merupakan penyebab utama kepada berlakunya 
kilat? Mari kita lihat apa yang buku 'Meteorology Today' ('Kajicuaca Kini') 
kata mengenai perkara ini. Ia menerangkan bahawa awan mendapat suatu tenaga 
seperti elektrik apabila hujan batu melalui kawasan di dalam awan yang 
dipenuhi titis hujan terlampau-sejuk dan krstal ais. (‘supercooled droplet 
and ice crystals’). Apabila titis air bertembung dengan hujan batu, ia terus 
membeku dan mengeluarkan haba yang amat tinggi. Ini menjadikan permukaan 
hujan batu lebih suam daripada persekitarannya yang dipenuhi krystal ais 
itu.

Apabila hujan batu bertembung dengan krystal ais, suatu fenomena penting 
terjadi. Elektron bergerak daripada benda lebih sejuk kearah benda lebih 
panas. Justeru, hujan batu menjadi bercas negatif. Kesan yang sama berlaku 
apabila titis air terlampau-sejuk bertemu dengan ketulan hujan batu dan 
secebis daripada ais becas negatif terkopak daripada ketulan itu. Cebisan 
bercas positif yang lebih ringan ini kemudiannya dibawa ke bahagian atas 
awan oleh pergerakan-keatas ('updrafts'). Setelah dibiarkan bercas negatif, 
hujan batu jatuh ke bahagian bawah awan, menyebabkan bahagian bawah awan 
menjadi bercas negatif. Cas-cas negatif ini dilontarkan ke tanah sebagai 
kilat. Justeru, kami membuat kesimpulan daripada analisa ini bahawa hujan 
batu merupakan penyebab utama kepada kilat.


Gambarajah 18.2

Maklumat mengenai kilat baharu sahaja ditemui faktanya. Sehingga tahun 1600 
masehi, pendapat Aristotle mengenai kajicuaca diterimapakai secara meluas. 
Sebagai contoh, beliau berkata bahawa atmosfera mempunyai dua unsure, 
kebasahan dan kekeringan. Beliau juga berkata bahawa bunyi guruh ialah bunyi 
hasil daripada pertembungan di antara unsur kekeringan dengan awan yang 
berdekatan, dan kilat pula ialah kebakaran yang terjadi bila unsur 
kekeringan bertemu dengan api yang kecil. Inilah diantara pendapat-pendapat 
yang popular ketika al-Quran diwahyukan seribu empat ratus tahun dahulu.

Kalau nak tengok gambar, sila ke sana http://www.salamku.com

Wassalam

Mati itu Pasti. Tegakkan Solat Sebelum Terlambat

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to