Subject: Kekerasan satu-satunya jalan usir Zionis - Sheikhul Azhar
Date: Thu, 5 Oct 2000 12:18:35 +0800

Kekerasan satu-satunya jalan usir Zionis - Sheikhul Azhar
KAHERAH, 3 Okt (AFP) - Sheikul Azhar, Shaikh Mohammed Sayed Tantawi,
menegaskan bahawa 'kekerasan' adalah satu-satunya jalan yang sesuai bagi
umat Islam menghadapi serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Jeruselam
baru-baru ini.
Shaikh Tantawi, dalam kenyataannya kepada akhbar pembangkang Mesir, Al Wafd,
Ahad lepas, berkata kejadian yang berlaku di masjid Al-Aqsa itu menyokong
prinsip 'hanya kekerasan boleh menghalang kekerasan'.
"Kekerasan hendaklah menjadi satu-satunya senjata kita bagi menghadapi
Israel," kata Sheikh Al-Azhar itu lagi.
Sejak minggu lalu seramai 26 rakyat Palestin disahkan terbunuh akibat
serangan tentera Israel di Jeruselam, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
"Tindakan Israel itu adalah perbuatan jenayah yang diharamkan oleh Syariah
dan d! ikutuk oleh akal yang waras," kata beliau.
"Umat Islam dan bangsa Arab hendaklah saling bergantung dan membantu saudara
kita di Palestin bagi menumpaskan musuh mereka," tegasnya.
Shaikh Tantawi juga mengutuk lawatan pemimpin parti Likud Israel, Ariel
Sharon ke persekitaran masjid al-Aqsa, yang telah mencetuskan kemarahan umat
Islam Palestin.
Katanya lagi, peristiwa pembunuhan umat Islam Palestin itu adalah "bukti
bahawa Israel tidak mahu keamanan, hendak memperkuatkan kedudukannya, dan
memaksakan hegemoninya ke atas rantau tersebut".



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Photos - 35mm Quality Prints, Now Get 15 Free!

Kirim email ke