*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ayat Bible (Markus 11:12):
> Pada keesokan harinya sesudah Jesus dan kedua belas 
> muridNya meninggalkan Batania, Jesus merasa lapar. Dan dari jauh
> Ia melihat pohon ara yang sudah berdaun. Ia mendekatinya untuk
> melihat kalau-kalau ia mendapat apa-apa pada pohon itu. Tetapi
> waktu Ia tiba di situ. Ia tidak mendapat apa-apa selain daun-daun
> saja, SEBAB MEMANG BUKAN MUSIM BUAH ARA. Maka kataNya kepada pohon
> itu: _'Jangan lagi seorangpun makan buahmu selama-lamanya'_

ABRAHIM:
>Jika motifnya hendak ke pokok kayu ara itu, bukan kerana dia 
>lapar dan sebaliknya sebab dia hendak mengutuk yahudi,sudah 
>tentu dia akan mengutuk pokok itu samada dia lapar atau tidak.

TIGER:
Kita memperkatakan tentang ayat Matius 11:12 kerana ia menyentuh
isu keTuhanan Nabi Isa (Jesus). Soalannya, adakah benar dia itu
Tuhan Yang Mahakuasa? Kalau dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui,
tentu dia sudah tahu pokok ara itu tidak berbuah kerana secara
jelas dalam Matius 11:12 terdapat kata-kata, "SEBAB MEMANG BUKAN
MUSIM BUAH ARA." Kalau bukan musim buah, tentu sekali pohon ara
tidak berbuah. Kita hairan kenapa Jesus pergi kutuk pohon ara itu.
Seolah-olah Jesus agaknya sudah gila dan perbuatannya mengutuk
pohon yang tidak berbuah itu adalah tidak rasional.

Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa semua makhluk, termasuk pohon
memuji dan mengucap tasbih terhadap Allah. "Langit yang tujuh
dan bumi serta sekalian makhluk yang lain padanya, sentiasa
mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan
bertasbih serta memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan
tasbih mereka.."(Surah Al-Isra' 17:44). Kita tidak faham kenapa
pohon yang memuji kebesaran Tuhan kena kutuk pula oleh Tuhan.
Persoalan yang timbul, adalah masuk akal kepercayaan orang
Kristian yang mengatakan Jesus itu Tuhan ????

>Tatapi dia hanya mengutuk pokok kayu tu bila dia dapati pokok 
>tu tak ada buah. Katakanlah pokok tu ada buah, adakah Jesus 
>akan kutuk pokok tu selepas dia makan buah ara tu.

Mungkin orang Kristian akan menjawab bahawa memang Jesus sudah
tahu pohon ara itu tidak berbuah. Motifnya ialah menunjukkan
betapa degilnya bangsa Yahudi yang menolak ajaran Jesus dan
merancang untuk membunuhnya. Kemudian pohon ara itu mati akibat
dikutuk oleh Jesus, mungkin juga itu kejadian simbolik yang
melambangkan negara atau bangsa Yahudi akan hancur?

>Lagi satu, takkanlah, "tuhan" boleh kutuk pokok kayu ara kot?
>Dia sendiri jadikan pokok tu tak kan lah dia nak kutuk pokok 
>tu balik?

Orang Kristian kata Jesus adalah Tuhan Semesta Alam.

>P/s pls respond if you ever get my message. I am not sure 
>whether you get my message or not.

Terima kasih kerana mengambil perhatian terhadap penulisan saya.
Harap sdr sudah membaca satu lagi penulisan saya yang berjodol
"Adakah Ruh Qudus itu Tuhan?". Dengan memahami apa yang saya 
huraikan sdr akan melihat bahawa ajaran Kristian adalah satu 
rekaan manusia, bukan ajaran Nabi Isa yang sebenarnya.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke