*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
abc  wrote:

>
> Satu dua buku ???? .. 2 things awak seorang Penipu atau memang SALESMAN
> Wahabi.

1. buku sejarah lama kata ummat Islam nusantara ni terima ISlam, antara lain,
melalui salesman yg berniaga, yg mengembara jauh membawa dagangan mereka dan
jumpa ramai  orang, macam-macam background,  di tempat yg dilawati oleh salesman
ini. Salesman ini bukan hanya niaga tapi sentiasa "belajar" dari setiap
pelanggan yg ditemui  - maka ramailah "guru" yang ditemui oleh salesmen ini yang
menjadikan pembelajarannya itu  satu "budaya diri" dan mereka akhirnya dapat
diterima oleh masyarakat tempatan yg sebelum ini bukan muslim.
Berbagai macam jenis manusia dijumpainya malah merentasi budaya dan etika,
carahidup dan tamaddun, dari yg macam guna copstik hinggalah yg makan garpu..

Barangkali ini adalah antara cara Islam mudah diterima di Nusantara ini,
disamping kaedah lain - yg diusahakan oleh mubaligh zaman silam.
Kita berterima kasih kpd salesmen tersebut dimana kerja mereka dan keprihatina
mereka tidaklah sedikit.

2. Malangnya  datang juga  salesmen Kristian yg menyebabkan Pilipina dan kawasan
lain tu tak jadi Islam tapi jadi Kristian, malang.   Pengaruh Kristian datang ke
sini dengan senjata pistol dan letupan di tangan mereka (Portugis Belanda dan
British). Mereka menang, wapaupun mereka merupakan "pendatang" dari tanah yg
jauh. Itu sebahagian sejarah.

3. Jatuhnya khalifah Islam pada tahun 1924 menyebabkan ummat Islam hari ini
seperti anak ayam kehilangan ibu. masing-masing bawa diri. Tidak ada tempat
khusus untuk mengadu bila timbul perkara-perkara tertentu yg besar, murtad,
selisih faham, dll.
Unit-unit otonomi kerajaan kecil yg bertebaran,(dari Moroko hingga ke sempadan
China)  yg selama ini memerintah dengan sendiri telah sedia diperkotak-katik dan
dibahagi-bahagikan secara terancang hinggalah wujudnya pecahan kecil yang
menyebabkan lebih mudah musuh ISlam terus menguasai mereka, walaupun negara itu
diberi kemerdekaan.  Penemuan benua Amerika beberapa kurun sebelum itu , yg
sepatutnya ditemui oleh ummat Islam menjadi faktor penting berterusannya tekanan
yg hebat diterima oleh ummat ISlam.
masih ramai ummat Islam yg masih enak dalam tidur mereka...
hinggalah tiba-tiba anak jiran mereka menjadi murtad, dan barulah mula heboh.

4. Ketika semakin tenatnya nasib ummat, maka beberapa pendekatan/KAEDAH  cuba
dilakukan oleh anak-anak ayam tanpa ibu ini. Bila dah tak ada ibu maka
faham-faham ajelah - yang ini kata gini yang lain kata gitu dan tiadanya kata
putus dalam perselisihan sesama anak-anak ini.

5. Kita sekarang sedang hidup di satu zaman yg mana khalifah Islam "baru sahaja
jatuh" - kurang dari dari 80 tahun yg lalu. Sedangkan lebih 1000 tahun yg lalu
pada amnya sistem khalifah sentiasa wujud bagi menjaga kebajikan ummat, walaupun
ada kelemahan di sana-sini dan di masa-masa tertentu.


Bukak balik buku seerah Rasul, itupun kalau pendekatan itu menjadi kaedah dalam
nak kita belajar Islam.


waLLahu a'lam











 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to