*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Inile dia namanya POLITIK ISLAM dan memperjuangkan Islam yang SYUMUL. DARAH dah 
melimpah-limpah di Masjidil Aqsa dan perang besar akan meletus bila-bila masa, politik 
dia masih bersekitar MAKAN dan HIBURAN.

------Original Message------
From: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Sent: October 6, 2000 9:59:43 AM GMT
Subject: H-Net* ULASAN SEMASA



 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Dua tiga minggu ini, saya kekurangan idea nak tulis. Puas dok perah otak, tapi 
idea tak mai mai jugak.

Awal minggu lepas contohnya, saya dok pikir nak tulis pasal Olimpik; nak ulas 
kejayaan pasukan kita. Tapi tunggu punya tunggu, tengok-tengok depa balik tak 
bawa apa-apa pun. Frust jugak la sebab kata orang alang-alang depa dok perabih 
duit cukai kita buat belanja pi Sydney tu, kurang-kurang bawalah balik mai 
pingat emas ka, perak ka apa ka. Ini tidak, pi lenggang balik pun lenggang!

BUAT PERABIH BERAS SAJA!

Saya pada mulanya dok harap la jugak kat team badminton atau pun team hoki 
bawa balik pingat. Team badminton tu saya dok ingat kita nie masih macam dulu, 
kalau tak emas pun paling kurang gangsa mesti confirm. Yg team hoki tu pulak; 
saya sungguh-sungguh dok harap depa boleh bawa balik mai sekurang-kurangnya 
pingat gangsa. Awat daknya; saya naik kesian bila tengok iklan dua orang budak 
kecik, sorang kurus sorang gemuk yang sanggup pi ambik upah koyak nyiok, basuh 
kereta, lap kasut dan lain-lain lagi tu; semata-mata kerana nak pi Sydney. 
Anak-anak saya yg kat sekolah rendah tu pulak cukup minat dengan budak kecik 
dua orang tu; kalau tengah makan, sanggup depa berhenti makan nak bagi laluan 
kat iklan tu.

Ish, ish, kesian sungguh saya tengok budak dua orang tu; sanggup bangun 
subuh-subuh, ambik bas pi KLIA nak naik kapal pi Sydney!

NASIB BAIK DEPA TAK DAK PASSPORT; KALAU TIDAK NAYA SAJA DEPA WEI.
HABIS BUTA SAJA DUIT SIMPANAN DEPA; TAPI PASUKAN NEGARA, BUKAN KATA PINGAT 
GANGSA, ITIK ANGSA PUN TAK DAPAT!!

[ "Majulah Sukan Untuk Negara"  - Piiirahhh!!!!]

Awal minggu ini pula, dalam keadaan rela dalam paksa, kerajaan kita 
mengisytiharkan bahawa harga minyak kereta naik sekupang seliter (10 sen). 
Kita tengok berita luar negeri dua tiga minggu lepas, bila harga minyak naik, 
depa mogok bagai nak rak; tapi di Malaysia nie - alah, biasa la macam isu 
ayam, isu gula, isu Tol dan juga isu murtad tempoh hari.

BISING-BISING PUN, PALING KUAT 2 MINGGU,  LEPAS TU BALIK  SEMULA JADI MACAM 
AYAM DAGING - BUAT HAL-HAL SENDIRI, BALIK TEMPAT KERJA CARI MAKAN  
MASING-MASING - BILA TIBA MUSIM SEMBELIH SEKALI LAGI, NANTI KITA BUAT BISING 
SEKALI LAGI!!

Antara cerita lawak dalam kes minyak naik harga ini ialah kenyataan Muhyideen 
Yassin (yang cukup tidak popular di kalangan orang-orang Utara tak kira PAS 
tak kira UMNO kerana kes PLSB tempoh hari).  Beliau memberi amaran bahawa 
kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika ada mana-mana pihak 
menaikkan harga barangan atau pun perkhidmatan kerana kenaikan harga minyak 
ini. Untuk itu, The STAR 2/10 melaporkan bahawa kementerian beliau telah 
menghantar lebih daripada 700 orang penguatkuasa ke seluruh negara untuk 
mengawal keadaan.

LAWAK LAWAK!!!

APA MUHYIDEEN INGAT, 700 ORANG TU CUKUP KA NAK JAGA SELURUH NEGARA?
KALAULAH SETIAP KEDAI MAMAK DI SELURUH NEGARA PAKAT  PENAIK HARGA ROTI CANAI 
DARIPADA RM0.50 JADI RM0.60 SEKEPING; LARAT KA 700 ORANG TU NAK CEK SEMUA 
KEDAI-KEDAI MAMAK NI??

Saya dok pikir kalau pegawai Muhyideen tanya mamak tu apasal dia penaik harga; 
nanti mamak tu selamba saja jawab:

"Saya mai kerja naik motor; motor mau pakai minyak; minyak naik harga, jadi 
itu roti pun kena naiklah jugaklah harga!!"

Lepas tu, bila drebar teksi mai makan roti canai kat kedai mamak tu pulak, dia 
pun kena penaik jugak harga tambang dia walaupun pada asalnya dia mungkin tak 
kisah dengan kenaikan RM0.10 seliter tu. Ya lah, mana aci, harga roti canai 
naik tapi tambang teksi  tak naik, not fairlah. Mana aci mamak roti canai saja 
yg
makan, drebar teksi pun nak jugak!!

Semuanya ini serba berkemungkinan.

Buktinya, akhbar the STAR 2/10 melaporkan bahawa MAS bercadang menaikkan harga 
tambang untuk penerbangan dalam negeri antara Sabah/Serawak dan Semenanjung 
dalam masa terdekat ini. Bila orang tanya Ling Leong Sik, dia pun tak boleh 
nak kata apa. Cumanya dia jawab bahawa kerajaan akan mendapatkan pandangan 
rakyat sebelum memutuskan kenaikan tersebut.

PIIIRAH KALAU RAKYAT TAK BERSETUJU PUN, APA KITA BOLEH BUAT.
TANG NAIK NAIK JUGAK - MANA MUHYIDEEN, TOLONG PI LUKU KEPALA LING LEONG SIK 
NIE SAT!!

[Kan Kementerian Muhyideen dah kata, kerajaan tidak akan teragak-agak 
mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yg mengambil kesempatan di atas 
kenaikan harga minyak ini - The STAR 2 Oktober dan the STAR 5 Oktober 2000]

Nak jadi cerita lagi, nak habag kata, kementerian Muhyideen yg cuma berani 
kacau orang-orang kampung yg melabur dlm PLSB; kali ini jadi lagi bercelaru:

The STAR 2 oktober juga melaporkan bahawa bil elektrik kita kat rumah mungkin 
akan naik selepas Disember ini kerana Tenaga Nasional guna gas asli dari 
Petronas. Jadi, ada kemungkinan dengan kenaikan harga minyak ini,  Tenaga 
Nasional kena bayar lebih kat Petronas selepas tamat perjanjian sekarang pada 
Disember ini. Nak cover cost balik, TNB kena charge kat customer; dan kerana 
kita adalah customer, maka nak tak nak kita jugak yang kena bayar!

BAYAR JANGAN TAK BAYAR - NANTI KENA POTONG LEKTRIK APA MAU BUAT?

Celaka punya Muhyideen, kata kenaikan harga minyak tak membebankan kita; 
piirahhh!!

Nak jadi cerita lagi; Persekutuan Persatuan-Persatuan Pengusaha Bas Sekolah 
Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa:

"At the moment, we are not increasing our fares. We are willing to bear the 
cost. However, we will have to reconsider this if the prices of other items 
such as lubricants, tyres and spare parts increase" - The STAR 2/10.

Terjemahan:
" Buat masa ini kami tak bercadang untuk menaikkan harga tambang; kami sanggup 
menanggung kos tambahan itu, tapi kami mungkin akan menaikkan tambang 
sekiranya benda-benda lain seperti minyak pelincir, tayar dan spare part lain 
juga naik harga"

TU DIA; HANGPA BAYANGKAN, KALAU MINYAK NAIK HARGA, BIL ELECTRIC NAIK HARGA, 
MESTI KILANG-KILANG YG BUAT SPARE PARTS DAN LAIN-LAIN LAGI ITU JUGA KENA 
PENAIK HARGA - UNTUK COVER COST. HABIS TU, LOGIKLAH KALAU LEPAS NIE TAMBANG 
BAS ANAK-ANAK PUN KITA NAIK HARGA JUGAK!!

Celaka punya Muhyideen, kata kenaikan harga minyak tak membebankan kita; 
mangkuk hayun betoi!!!

Cukuplah takat nie dulu, tak tau nak kata apa dah; cuma jangan terkejut kalau 
hangpa pi makan mana-mana kedai mamak tiba-tiba hangpa tengok roti canai 
sebesar tapak tangan yg kalau letak depa muka, nipis bebayang boleh tengok 
muka kawan kat depan, tiba-tiba harga dia dah naik jadi RM0.80 sekeping. Bila  
tanya mamak itu apa pasal. Nanti dia jawab:

"Tarak boleh buat apa-apa encik; itu saya punya motor punya minyak harga sudah 
naik, saya punya anak punya bas sekolah, tambah jugak ada naik. Saya punya 
rumah bil lektrik juga sudah naik, ini kedai punya bil lektrik pun ada naik; 
semua sudah naik; kalau saya terus jual satu keping lima puluh sen. Matilah 
saya encik!!!"

MANGKAQ PUNYA MUHYIDEEN YASSIN; CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
MACAM MANA ENTAH DEPA BOLEH AMBIK DIA JADI NAIB PRESIDEN!!!

Wassalamu
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________
FREE Personalized Email at Mail.com
Sign up at http://www.mail.com/?sr=signup

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: ari man <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke