assalamualaikum warrahmatullah
netters yang budiman,
seorang sahabat mengadu kepada ana, suaminya memberi kebenaran dengan kata
lain mengizinkan beliau melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTA, tetapi
dengan syarat "kalau ada jate lain dalam hati mu, jatuh talak"
persoalannya sekarang, masalah dalam hati siapa yang boleh kawal, kecuali
Allah yang tahu. semudah itukah nilai cinta dan kasih sayang seorang suami.
tambahan dengan kedudukan sahabat ana tadi sebagai isteri kedua yang
terpaksa sentiasa bersaing untuk mendapatkan perhatian suami.
sebagai pelajar beliau kenalah join dengan study group untuk siapkan
assignment. bila ada discussion suami mula perli semacam. beliau tambah
tertekan kerana suaminya semakin nampak tidak memahami keadaannya yang
berkejar-kejar dari pejabat untuk ke kuliah hampir setiap malam. bila ada
krisis dengan suami, beliau dibiarkan, tidak bercakap berhari2. balik rumah
pun tak bercakap, buat air atau hidangkan makanan tak nak sentuh.
netter budiman;
apa yang perlu sahabat ini lakukan untuk melegakan hati dan jiwanya
disamping dapat meneruskan pelajaran hingga berjaya nanti. tentang kata-kata
suaminya di atas tadi, bagaimana nak buat.
semoga cadangan dan idea netters akan dapat ana sampaikan kepada sahabat ini
untuk dijadikan panduannya.
* sahabat ini bernikah hampir tiga tahun dan masih belum dikurniakan anak.
ini adalah salah satu sebab kenapa beliau memilih untuk melanjutkan
pelajarannya.
wassalam.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
Share information about yourself, create your own public profile at
http://profiles.msn.com.
-------------------------- eGroups Sponsor -------------------------~-~>
Beliefnet- Religion and spirituality from A to Z.
http://click.egroups.com/1/9039/9/_/200786/_/971110335/
---------------------------------------------------------------------_->
///// JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat http://www.jim.org.my
//////////////////////////////////
Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah
Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian
Langganan : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED]
Unsub : Hantar E-mail kosong ke [EMAIL PROTECTED]
Untuk urusan pengiklanan, sila hubungi: Aris Sipan "[EMAIL PROTECTED]".