*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>===== Original Message From Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
Assalamualaikum,
Antara sedar atau tidak, kira-kira seminggu yang lalu, genaplah setahun
pertemuan 'tidak rasmi' antara Syed Hamid Albar mewakili Malaysia dengan rakan
sejawatannya dari negara haram Israel, David Levy di New York bertarikh 26
September 1999.
DAN, ANTARA SEDAR ATAU TIDAK, MUNGKIN SECARA TAKDIR ATAU KEBETULAN; SETAHUN
SELEPAS PERTEMUAN ITU, MINGGU LEPAS - LEBIH KURANG 89 ORANG SAUDARA KITA
SEISLAM MATI DISEMBELIH HIDUP-HIDUP OLEH KAWAN BARU SYED HAMID INI DI BUMI
PALESTINE!!
[Orang dok habag dah kata jangan dok buat kawan dengan Yahudi, tapi dok buat
pekak jugak.....mangkuk hayun punya UMNO!!]
Ini bukan nak maki hamun UMNO membabi buta, tapi hakikatnya cukup jelek
sekali.....membuatkan kita jadi panas hati...sunguh-sungguh panas hati; nak
kawan dengan Yahudi punya pasal, sanggup pi jemput depa mai lawan Kriket kat
sini. Tak cukup dengan itu, sanggup pula pi taja anak-anak haram Yahudi mai
buat student-exchange program kat sini.
BILA KITA BUAT DEMO; KITA PULAK KENA BELASAH!
Mangkuk hayun betoi!!!
DAN, MUNGKIN KERANA SECARA KEBETULAN PERTEMUAN HAMID DAN DAVID ITU DIBUAT
DALAM BULAN SEPTEMBER , DAN KEBANGKITAN INTIFADA KALI KEDUA INI JUGA BERMULA
PENGHUJUNG SEPTEMBER YANG LALU; MAKA NAK TAK NAK IANYA TERUS MENGINGATKAN KITA
KEPADA NOSTALGIA LAMA - KISAH PERJUANGAN KUMPULAN GERILA "THE BLACK SEPTEMBER"
YANG CUKUP DIGERUNI ISRAEL SUATU KETIKA DULU!!
[Bilakah agaknya kumpulan sebegini akan muncul semula?]
Untuk yang sudah lupa sejarah atau pun memang tak pernah diajar sejarah kisah
saudara-saudara seislam kita di bumi Palestine berjuang untuk membebaskan
tanah air mereka daripada cengkaman Yahudi, di sini saya perturunkan sedikit
catatan sejarah untuk penghayatan bersama. Insyaallah saya akan cuba tulis
seringkas mungkin.
Kalau kita baca Sejarah Israel versi Yahudi, kita akan diberitahu bahawa bumi
Israel hari ini adalah tanah air tok nenek mereka dahulu kala; dikatakan
mereka bahawa negara Israel ini sudah pun diduduki oleh Tok Nenek mereka sejak
1800
tahun sebelum kelahiran nabi Isa. Kemudian diceritakan juga bagaimana Israel
dijajah bersilih ganti sehinggalah kerajaan British dan sekutu-kutunya
mengisytiharkan Israel sebagai sebuah negara untuk orang2 Yahudi seluruh dunia
pada tahun 1947.
Untuk pengetahuan, sejarah telah mencatatkan bahawa Jerusalem yang ketika itu
berada di bawah pemerintahan kristian telah jatuh ke tangan tentera Islam di
bawah pemerintahan Khalifah Umar pada tahun 638. Pada tahun 1099, Jerusalem
ditawan semula oleh tentera Kristian. Seratus tahun kemudian, tentera Islam
berjaya mengambil alih semula Jerusalem daripada tentera Kristian.
Selama beratus-ratus tahun lamanya selepas itu , Israel berada di bawah
pemerintahan Khalifah Islam bersilih ganti sehinggalah penubuhan kedutaan
British yang pertama di Jerusalem dalam pertengahan tahun 1800. Ketika itu, di
ketika mana pemerintahan empayar Othmaniah sedang berada dalam keadaan nazak;
seorang kenamaan British berdarah Yahudi bernama Moses Montofiore mula
mencanangkan idea penubuhan negara Yahudi Israel pada tahun 1839. Selepas
itu, kemasukan beramai-ramai orang2 Yahudi dari seluruh pelusuk dunia pun
bermula.
Kemasukan beramai2 org2 Yahudi ini berterusan sehinggalah selepas Perang Dunia
2, di mana orang2 Islam sudah hilang sabar dengan keadaan ini. Di ketika
keadaan makin meruncing, British dan sekutunya mengisytiharkan penubuhan
negara
Israel untuk orang Yahudi pada tahun 1947.
Selepas British berundur pada tahun 1948, peperangan pun meletus; setahun
kemudian setelah genjatan senjata diisytiharkan, tentera2 Yahudi dengan
bantuan sekutu baratnya telah berjaya menguasai sebahagian besar bumi
Palestine.
INILAH PERMULAAN KEPADA "PERJUANGAN YG BELUM SELESAI" YANG TERUS MENERUS
DIPIKUL OLEH SAUDARA-SAUDARA SEAGAMA KITA DI BUMI PALESTINE HINGGALAH KE HARI
INI!!
[Mungkin sudah tiba masanya UMNO pi bagi penerangan kat semua
menteri-menterinya tentang hakikat ini supaya lain kali jangan dok pi hulur
tangan kat mana-mana Yahudi sesuka hati!!]
Pada tahun 1967, berlaku peperangan antara Israel dan Mesir, Jordan serta
Syria yang dikenali sebagai Peperangan Enam Hari, kerana setelah enam hari
berperang Israel pun menang. Bukan takat menang, tapi mereka juga berjaya
menawan Bukit golan, Tebing Barat , Semenanjung Gaza dan Gurun Sinai.
Sejarah mencatatkan bahawa peperangan ini dan beberapa siri peperangan sebelum
dan selepas itu (1948, 1956, 1967, 1973) telah mengakibatkan lebih daripada
500,000 orang2 Palestine terpaksa melarikan diri ke negara2 berdekatan
sebagai pelarian; menumpang teduh buat sementara dengan harapan suatu hari
nanti mereka akan dapat kembali semula ke rumah masing-masing.
Perjuangan untuk membebaskan bumi Palestine diteruskan dari luar terutama di
Jordan yang pernah menjadi pangkalan PLO suatu ketika dulu.
Di penghujung tahun 1960an, penculikan kapalterbang oleh gerila-gerila
Palestine seakan sudah menjadi berita biasa. Bagi mereka, itu adalah satu cara
untuk menarik perhatian masyarakat dunia terhadap perjuangan mereka.
Kemuncaknya ialah penculikan beberapa buah kapal terbang milik Amerika,
British dan Switzerland secara serentak pada bulan September 1970; dibawa ke
sebuah kawasan gurun di Jordan dan kemudian diletupkan. Tragedi ini
menyebabkan berlaku pertelingkahan antara kerajaan Jordan dan pejuang2
Palestine.
Akibatnya berlaku pertempuran antara askar2 Jordan di bawah arahan Al-Malik
Hussein dan tentera2 PLO. Kerana tiada pilihan, orang2 Palestine terpaksa
membawa diri sebagai pelarian ke bumi Labenon. Dalam pertempuran itu,
dianggarkan 5000 orang telah terkorban.
Selepas kejadian ini, lahirlah satu kumpulan gerila Palestine yang paling
digeruni, diberi nama "The Black September". Kalau anda masih ingat sejarah,
pada tahun 1972, kumpulan ini telah menggempur kampung Sukan Olimpik di
Munich,
Jerman dan menawan 11 ahli sukan Yahudi. Apa yang mereka minta sebagai
pertukaran dengan tebusan berkenaan ialah pembebasan rakan-rakan mereka di
penjara Yahudi. Dalam operasi menyelamatkan tebusan itu, berlaku pertempuran
menyebabkan semua 11 orang Yahudi itu terbunuh.
RASANYA KALAULAH KUMPULAN "THE BLACK SEPTEMBER" INI MASIH WUJUD, SAHIH SYED
HAMID INI DAH KENA PENAMPAR SEBAB DOK GATAL PI HULUQ TANGAN NAK BUAT KAWAN
DENGAN MAMAT YAHUDI ITU TEMPOH HARI!!
Selepas diusir dari Jordan, masyarakat Palestine berundur ke Lebanon; dan di
situ mereka meneruskan perjuangan bersenjata mereka untuk mengusir Israel dan
seterusnya mendapatkan kembali tanah air mereka drpd genggaman Yahudi.
Beberapa siri serangan dilancarkan dari semasa ke semasa ke Wilayah Utara
Israel; di samping pertempuran2 biasa dengan militia2 pro-Israel di negara
Lebanon.
Pertempuran2 biasa dengan puak2 pro-Israel ini akhirnya bertukar menjadi
Perang Saudara yang sengit di Lebanon pada tahun 1975. Walaupun sibuk dengan
Perang Saudara ini, pejuang2 Palestine masih sempat menyerang beberapa
kedudukan Yahudi di utara Israel dan lain2 kepentingan Israel di seluruh
dunia. Hasilnya, pada tahun 1978, Israel menyerang dan seterusnya menawan
wilayah selatan Lebanon.
Pun begitu, ini tidak melemahkan semangat pejuang Palestine untuk terus
berjuang; mereka terus mengasak kedudukan Israel di wilayah utaranya
menggunakan Lebanon sebagai pangkalan. Hasilnya, Israel melancarkan operasi
"Peace in the
Galilee" pada bulan June 1982.
Operasi besar-besaran Israel ini melibatkan ketumbukan 76,000 tentera, 1,250
kereta kebal, 1,500 troop carrie beserta sokongan padu tentera laut dan
tentera udara. Mereka melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah kedudukan
Palestine di
Lebanon. Setelah 40 hari bertahan, pejuang2 Palestine terpaksa berundur dari
Beirut. Seramai lebih kurang 3,600 pejuang Palestine terpaksa berundur buat
seketika, meninggalkan anak2 dan isteri2 mereka di khemah2 pelarian, dengan
penuh kepercayaan bahawa Barat dan Masyarakat Antarabangsa akan menjaga dan
menyelamatkan anak2 dan isteri2 mereka drpd diganggu gugat oleh tentera
Yahudi.
MALANGNYA, SEBAIK-BAIK SAHAJA PASUKAN PERTAHANAN ISRAEL MEMASUKI BEIRUT,
PEMBUNUHAN BESAR-BESARAN DI KHEMAH PELARIAN SABRA DAN SHATILLA PUN BERMULA!!
Dianggarkan lebih daripada 25,500 orang2 Palestine dan Lebanon telah terkorban
atau mengalami luka parah akibat kekejaman tentera Yahudi dalam tempoh lebih
kurang sebulan (4 hb Julai 1982 hingga 15 hb Ogos 1982). Rujuk "Third
World Quaterly" Volume 6 issue 4 October 1984 page 934-949.
40% daripada mangsa kekejaman Yahudi ini ialah kanak-kanak; dan termasuk dalam
senarai ini ialah seorang mangsa yang diabadikan kenangannya dalam sebuah lagu
ciptaan Zubir Ali (?) yang saya tak pasti tajuknya, tapi korusnya masih
saya ingat hingga hari ini; dan saya yakin sahabat-sahabat yang seangkatan
dengan saya tentunya masih ingat lagi senikata lagu tersebut:
"MUNIR DITEMBAK PEEENUH LUKA.....TAAPI AJALNYA BEEELUM TIBA!!!"
[Mendayu-dayu dan sayu sungguh apabila mendengar lirik dan lagu itu!]
Akhir kalam, kekejaman tanpa batas puak Yahudi terhadap saudara-saudara
seislam kita di Palestine sana tidak mengenal wanita tua atau anak kecil;
mereka bagaikan sudah naik gila bermain dengan darah orang Islam. Kerana itu,
sesiapa sahaja yang sanggup bersalam dengan mereka, tak kira Hamid Albar atau
Hamid Othman, maka secara otomatik darah 25,500 insan malang di khemah
pelarian itu turut terpalit ke tangan mereka-mereka yang berkenaan.
Kerana itu, kita ingin tulis dengan penuh ikhlas di sini, kalau pun kita tak
mampu nak pergi Palestine untuk turun berjuang bersama mereka, kasihanilah
anak-anak isteri mereka yang terpaksa hidup menumpang di bumi orang, dan yang
paling penting doakanlah kejayaan mereka dari jauh; janganlah pula kita nak
menambahkan lagi luka di hati mereka dengan menghulur tangan berjabat salam
dengan Yahudi, musuh utama mereka dan musuh utama kita hingga ke akhir zaman.
HARI INI, KALAU KITA PI HABAG KAT PAK-PAK ARAB KATA MALAYSIA PERNAH CUBA PI
BERJABAT SALAM NAK BUAT KAWAN DENGAN YAHUDI TEMPOH HARI ; DALAM KEADAAN 89
MAYAT TERBUJUR KAKU MERAH BERDARAH DI PALESTINE SANA; KITA TIDAK HAIRAN KALAU
PAK-PAK ARAB INI AKAN MENYUMPAH MALAYSIA SEPARUH MATI!!
"Hidup Malaysia!!"
Wassalamu,
Ahmad Baharudin Kasbi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>