*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Doa Angin Ahmar 
                           

Doa ini Allah telah berikan kepada Rasulullah melalui Jibril. Allah telah
kurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacanya walaupun sekali seumur
hidupnya. Rasulullah telah membaca doa ini bagi mengubati Syaidina Hassan.
Baginda menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada
umat Islam sekalian. Mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar ini hendaklah
berusaha mengamalkan membacanya seberapa kerap terutama selepas
solat.Yakinlah dengan doa ini kerana dengan keyakinan itu InsyaAllah mereka
yang terkena penyakit Angin Ahmar itu akan segera sembuh, terutama bagi yang
belum terlalu berat penyakitnya. Oleh kerana doa ini terlalu panjang, bagi
yang mampu bolehlah amalkan selalu, bagi yang tidak mampu bolehlah diamalkan
paling kurang sekali seumur hidup. 
                           

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan denganNya kami
memohon pertolongan dan dengan Allah dan dari Allah dan kepada Allah dan
segala pujian tertentu bagi Allah dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah
Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang
terhadapNya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaranNya; segala pujian
tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi
dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan dengan nama Allah
yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah
yang dengan namanya tidak memberi mudarat sesuatu apa jua di bumi dan diatas
langit, dan dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan kami turunkan
setengah-setengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk
orang-orang yang beriman. Ya Allah, aku menjampi dan Engkau yang
menyembuhkan. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang telah Engkau
takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, aku
berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, pembentukku dan pencipta
rupabentukku dan pemberi rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan
Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana,
penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan. Ya
Allah lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan namaMu Yang Maha
Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifatMu yang sempurna wahai yang mempunyai
kebesaran dan kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki 
kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan
kegagahan. Maha Suci Engkau alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala
langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan
dosa-dosa mereka); wahai Tuhan Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin;
wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai
belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih
sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi, wahai Tuhan Yang Maha Gagah dan
tiada sesiapa pun yang mampu mengalahkannya; wahai yang melindungi dan Dia
tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung denganMu dari azab keatas
badan dan kesempitan dan aku berlindung denganMu dari penyakit angin ahmar
dan penyakit yang besar dari menimpa ke atas diri dan ruh, darah dan daging,
dan tulang dan kulit , urat dan urat saraf. Maha Suci Engkau; yang apabila
Engkau mengkehendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan "Jadilah! Maka
jadilah ia". Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai
Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang
memberi pertolongan, wahai Tuhan Yang Maha Gagah, wahai Tuhan Yang Maha
Adil, wahai Tuhan Yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar
tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan
(dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang
menolak, wahai Tuhan yang mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai
Tuhan yang mengafiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang
yang memohon pertolongan. Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan
yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih
Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi
pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah,
wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan
yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup,
wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiriNya, yang membalas mereka yang jujur
dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai
Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang
memberi perlindungan. Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami
sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai
Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan
pembantu orang-orang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan
orang-orang yang bertakawal. Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas
siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap
syaitan yang sangat durhaka,  wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang
sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik pemerintah; wahai Tuhan
sebaik-baik memberi pertolongan wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak
yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat
tua) wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi
orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan 
yang Pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha
Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun
dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan
sebaik-baik pemberi keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari
Pembalasan. Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya Engkaulah
aku memohon pertolongan. Dan kepadaMu aku bertawakal. Dan kepadaMu aku gemar

dengan apa yang ada disisiMu. KepadaMu aku berharap dan hanya Engkau yang
aku taati. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan
penyakit-penyakit dan segala kesakitan dan kesusahan dan darah hitam. Ya
Allah, peliharakanlah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit
Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala
maksiat dan pengsan dan kerunsingan dan kesedihan, dan dukacita dan dari
dipenjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas dan
binatang yang melata, serta permusuhan  (benci membenci) orang awam dan dari
kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barangan
keperluan dan gempabumi dan bala bencana dan keruntuhan bangunan dan
serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang
jahat dan tipu daya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih
berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah
dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku
berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap binatang yang Engkaulah
pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan
lurus. Engkau ialah Tuhanku dan diatas Engkau jua aku bertawakal dan
Engkaulah yang mencukupkan aku dan sebaik-baik yang mewakili, sebaik-baik
pemerintah dan sebaik-baik yang memberi pertolongan. Dan tiada daya dan
upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Dan
cukuplah kami oleh Allah dan sebaik-baik yang mewakili sebagai pemerintah
dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah
yang menyembuhkan, Allah yang memberi afiat. Dan ucap salawat oleh Allah ke
atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan
sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan
Pemerintah seluruh alam.





_______________________________________________________
Say Bye to Slow Internet!
http://www.home.com/xinbox/signup.html


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke