*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Gerenti majoriti sidang netters tak baca Utusan Melayu/Merapu.

Tadi saya baca sebab dapat free di ofis. Dalam ruangan debat, Astora Jabat 
buat lawak bodo semacam taukenya Mahadera. Dalam rencana mereng bertajuk 
"Rogol Dalam Bas dari Sudut Hudud", Astora (Astro??) kata antara lain,

"Kenapa Nik Aziz tidak melihat wujudnya pakaian seperti dalam negara 
masyarakat majmuk itu dari sudut hikmah untuk menguji kekuatan iman orang 
beriman?"

Ewah-ewah. Pandainya dia. Kalau saya faham dari ayat 3 suku ini, Astora 
pertahankan wanita pakai seksi konon sebagai ujian iman lelaki Islam. Macam 
ini memang sah Astora dah lebih sudu dari kuah ni. Rasanya Hamid Othman pun 
tak sanggup buat lawak sebegini. Memang sah, Astora berhujjah bukan pakai 
nas, tapi pakai otak. Mana ada nas yang merelakan wanita membuka aurat 
sebagai ujian kepada lelaki Islam? Ayat mana? Hadis mana? Ijmak ulamak bila? 
Qias oleh siapa?

Sebagai mencari keuntungan politik dari tragedi perogolan jurutera wanita 
tempohari, Astora juga menulis begini,

"Dari manakah empat saksi itu boleh didapati kerana tiada seorang pun yang 
melihat jenayah paling dahsyat yang berlaku dalam bas itu. Tidakkah ini 
bererti penjenayah boleh terlepas dari jenayahnya dengan mudah saja jika 
dilaksanakan hukuman hudud yang dilaung-laungkan PAS?"

Ehh... bunyi macam pernah dengar sahaja lojik tak berakal begini beberapa 
tahun lepas. Dulu datang dari Mahathir bila dia mempertikaikan hukum hudud 
tajaan PAS kononnya tak adil ke atas mangsa rogol.

Astora ini buat-buat lupa atau memang pelupa atau buat-buat tak tau atau 
memang tak tau?? Dengar khabar, dia amat arif fasal kanun jenayah syariah? 
Saya ni bukannya tahu setara mana. Tahu sikit pun sebab baca buku mengenai 
kanun jenayah syariah terbitan Kelantan beberapa tahun dahulu.

Kalau betul ingatan saya, dalam buku tu ada tulis, walaupun tak ada 4 saksi 
tidak bermakna penjenayah boleh lepas begitu sahaja. Maka hukuman takzir 
seperti penjara atau denda boleh dikenakan.

Dalam ayat di atas, Astora macam tak boleh beza antara suruhan Allah 
subhanahu wata'ala dengan laungan PAS. Hukum hudud bukannya laungan PAS 
semata-mata. Tetapi tuntuan agama dan suruhan Allah subhanahu wata'ala.

Dari hanya dua ayat di atas, jelas seperti apa yang dikatakan Azizi, Astora 
sekarang bukannya berdebat untuk Islam. Tetapi untuk UMNO dan untuk 
menghentam PAS semata-mata. Sampaikan isu jurutera dirogol kejam pun 
dipolitikan olehnya, mendahului Mahathir atau Rais Yatim pula kali ini.

Kita bersimpati dengan mangsa rogol itu. Dan kita sedih tragedi itu berlaku. 
Kita juga sedih bila Astora cuba mempolitikkan isu setragis itu.

Semoga ada manafaat.

Wassalam.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

Share information about yourself, create your own public profile at 
http://profiles.msn.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke