*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kadang-kadang saya rasa terlaluan menulis sesuatu tanpa asas.
Tentang konspirasi itu sudah lama wujud dan perkara ini pernah
disebut oleh Almarhum Prof. HAMKA, seorang alim dan pendakwah
Indonesia yang terkenal. Saya ada membaca penulisan yang dibuat
oleh beliau lebih kurang 23 tahun dahulu sebelum dia meninggal.
Memang di Nusantara ini, beliau melawat banyak tempat berceramah
termasuk Malaysia.

Dalam sebuah buku, Prof. HAMKA mendedahkan pengalaman beliau
ketika sampai di lapangan terbang Singapura. Ketika itu beliau
ditahan dalam sebuah bilik, kononnya passportnya sedang diteliti
oleh pihak keselamatan Singapura. Kemudian dia dihalang dari
memasuki Singupura berdakwah kerana pemerintah Singapura 
bimbang ceramah-ceramah berbau politik. Pihak Singapura tidak
membenarkan Prof. HAMKA masuk Singapura kerana dibimbangi
orang-orang Melayu Islam Singapura mendapat ilham daripada
tokoh ugama itu untuk berjihad menentang pemerintah kafir
Singapura. ITULAH SEBABNYA...konspirasi Yahudi + Amerika +
Singapura sudah lama wujud. Prof. HAMKA sendiri yang mendedahkan.

Ada orang berkata Lee Kuan Yew berlakun. Cuma saya nak komen, apa
akan terjadi kepada rakyat Singupura dalam jangkamasa 20 tahun
akan datang? Sekarang ini Cina Singapura bertambah ramai, tambahan
pula orang Cina Taiwan dan Hongkong yang kayaraya mencari tempat
untuk tinggal. Mereka menjadikan Singapura sabagai tempat mereka
bertapak, kemudian bilangan rakyat Cina Singapura menjadi terlalu 
padat dan ke mana pula mereka mahu tinggal? Kita tidak pelik
jika Singapura akan membina kekuatan senjata dan tentera yang
hebat. Tujuannya untuk menakut-nakutkan Malaysia. Barangkali
pada jangkaan orang Cina Singapura, orang Melayu sekular boleh
dibeli dengan wang. Jika ditawarkan wang berjuta-juta ringgit,
maka banyak tanah Melayu di Johor mungkin dijual kepada Cina
Singapura.

Saya berkata begitu kerana membaca minda Lee Kuan Yew. Kenapa
dia berani mencabar Malaysia? Mungkin dalam kepala dia mahu
mengambil tanah Johor, dan dia percaya orang Melayu banyak
bersikap bertolak ansur. Demi kestabilan matawang Malaysia
dan ekonomi, orang Melayu boleh dicucuk hidung dengan sogokan
WANG.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke