*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkah tuan-tuan percaya berita yang mengatakan Tokguru Nik
Aziz menganjurkan acara maksiat?? Cuma saya nak beritahu, dalam
istana Sultan Kelantan ada banyak talibarut UMNO. Mereka sentiasa
mencari jalan supaya kerajaan pimpinan Tokguru Nik Aziz difitnah.

=======================
Majlis PTN kecoh -- 500 berjubah, berserban desak jamuan makan 
malam dibatalkan

KOTA BHARU 14 Okt. _ Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-50 Pegawai 
Tadbir Negeri (PTN) di sebuah hotel terkemuka di sini malam ini 
kecoh apabila kira-kira 500 orang berjubah dan berserban mendesak 
ia dibatalkan.

Majlis itu dihadiri oleh Sultan dan Raja Perempuan Kelantan, anggota 
Exco Kerajaan Negeri, Annuar Tan Abdullah dan pegawai-pegawai 
kerajaan negeri.

Seorang lagi anggota Exco Kerajaan Negeri, Takiyuddin Hassan, 
yang dijadualkan hadir bagaimanapun tidak datang kerana dikatakan 
berada di Pulau Pinang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, pekarangan hotel di 
Jalan Post Office Lama itu tiba-tiba dibanjiri oleh kumpulan 
tersebut yang membantah penganjuran majlis sambil bertakbir.

Mereka cuba menyerbu dewan tempat majlis berkenaan berlangsung.
Difahamkan majlis itu menyelitkan acara hiburan, antaranya disertai 
oleh penyanyi Nora.

Mereka difahamkan marah dengan sikap kerajaan Pas yang mendakwa
memperjuangkan Islam tetapi membenarkan majlis dan acara hiburan 
tersebut diadakan.

Kumpulan itu turut mempersoalkan sikap kerajaan negeri yang begitu
bertegas menghalang majlis hiburan yang dianjurkan oleh rakyat 
biasa, tetapi membenarkan pula jika dianjurkan oleh pembesar dan 
pemimpin kerajaan negeri.

Apabila keadaan menjadi semakin kecoh, Pemangku Ketua Polis Daerah 
Kota Bharu, Penguasa Zulhasnan Najib Baharuddin menggunakan pembesar
suara meminta kumpulan tersebut bersurai tetapi tidak diendahkan.


Selepas itu, kumpulan tersebut yang tidak sempat membuka sepanduk-
sepanduk yang dibawa, telah bertolak-tolak dengan pihak polis 
sehingga ada di kalangan mereka terjatuh di atas jalan raya.

Kumpulan itu kemudiannya berpecah dan melarikan diri di sebalik
rumah-rumah kedai berhampiran sambil dikejar oleh polis.

Sehingga pukul 10 malam ini, polis menahan tiga orang daripada 
mereka untuk disoal siasat.

Sementara itu, Sultan dan Raja Perempuan Kelantan tiba di pekarangan
hotel tersebut kira-kira pukul 9.30 malam dengan diberi kawalan 
ketat.

Bagaimanapun apabila menyedari kehadiran Sultan dan Raja Perempuan,
sebahagian anggota kumpulan tersebut kembali berkumpul di Lorong 
Che Kadir berhampiran hotel tersebut dan terus bertakbir serta 
meminta majlis itu dihentikan.

Polis berjaya mengawal mereka daripada bertindak ganas. Ketua Polis
Negeri, Datuk Mohd. Yunus Othman, yang turut berada di tempat 
kejadian enggan memberi sebarang ulasan.

Annuar pula ketika ditemui berkata, beliau tidak mengetahui punca
kumpulan tersebut meminta majlis berkenaan dibatalkan dan siapa
penganjurnya.

Beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Tiger <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke