Date: Tue, 17 Oct 2000 17:40:14 +0800

Malay Section

Berita Parlimen
PAS buat rayuan minta isu royalti dibincang di Parlimen

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Haji Fadzil Mohd Noor
membuat rayuan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Mohamad Zahir Ismail
di bawah Peraturan Mesyuarat 43, supaya usul bagi membincangkan penarikan
balik royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu di Parlimen yang
ditolak semalam (16 Okt) dapat dipertimbangkan semula.

Ini kerana beliau berpendapat usul yang dibawa oleh beliau itu melibatkan
pencabulan perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas yang
dibuat pada 1974 dan memenuhi ketiga-tiga syarat sebagaimana mengikut
peraturan yang ditetapkan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1).

"Kita telah kemukakan rayuan hari ini meminta Speaker supaya menimbang
semula kerana ia mungkin terdapat kekeliruan keputusan yang dibuat oleh Yang
Dipertua. Kerana saya masih berpendapat bahawa ia melibatkan penarikan
royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu yang masih sedia termaktub
dalam perjanjian antara kerajaan negeri Terengganu dan Petronas di bawah
Akta Petroleum 1974," ujarnya ketika ditemui di Pejabat Ketua Pembangkang di
Parlimen, hari ini.

Katanya, dalam perjanjian itu jelas menyebut Petronas dikehendaki membayar
royalti.

"Jadi ini jelas memenuhi syarat perkara tertentu dan memenuhi ketiga-tiga
syarat yang ditetapkan," katanya.

Semalam Zahir menolak usul Ustaz Fadzil yang juga Ketua Pembangkang kerana
beliau berpendapat ia tidak memenuhi ketiga-tiga syarat yang ditetapkan
iaitu perkara tertentu, keperluan orang ramai dan berkehendak disegerakan.

Peraturan Mesyuarat 18(1) itu membolehkan sidang Dewan Rakyat ditangguhkan
untuk membincangkan perkara yang dibangkitkan itu.

Comments ? E-mail Us





COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.
eGroups Sponsor

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/

Kirim email ke