M G G Pillai <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

ADUAN POLIS DR. KUMAR TERHADAP MIC

Laporan Polis : 17-10-2000
Balai Polis : Pusat Ipoh Perak
No.Repot : ssu.1983/2000
Pengadu : Dr. Jeyakumar

SALINAN REPOT

Saya membuat aduan polis ini kerana menerima maklumat bahawa pihak MIC akan
menggugut dan memakai keganasan untuk menghalang para pembantah yang akan
menghadiri Siasatan Terbuka SPR yang akan berlangsung di Pejabat Daerah
Tanah Sungai Siput (u) esok (17-10-2000)

20 orang ahli dan penyokong Parti Sosialis Malaysia telah mengemukakan 402
bantahan terhadap pengundi-pengundi palsu pada 1-9-2000.Siasatan Terbuka SPR
telah bermula pada 12-10-2000 dan berterusan pada 13-10-2000 dan 14-10-2000
dan lebih daripada 90 pengundi palsu telah digugurkan daripada senarai
pengundi Sungai Siput. Siasatan ini akan berterusan esok 17-10-2000.

Pengacauan Pihak MIC

Pada 12-10-2000 ! En.Danial Vello,seorang pengundi palsu yang menghadiri sessi
terbuka telah marah dan memaki seorang ahli PSM.

Pada 13-10-2000 En.Danial Vello dan En.Loganathan(seorang pemimpin MIC
tempatan) telah mengugut dengan kata,
"akan pukul kami,
"kalau berani buatlah bantahan"
"teach you'll a lesson"
Dua aduan polis SSU 1970/2000 dan SSU 1971/2000 telah dibuat mengenai ini.

Pada 14-10-2000 seorang ahli MIC bernama En.Ganesan telah memaki dan marah
dengan suara yang tinggi.Dan pada hari ini (16-10-2000) saya telah
diberitahu oleh beberapa orang kawan di Sungai Siput bahawa ramai ahli MIC
telah berkumpul di Taman Tun Sambanthan dan akan datang ke Pejabat Tanah
pagi esok.

Keganasan Pihak MIC Pada Masa PilihanRaya Nov.1999

Pada 3-12-99 En.Loganathan telah memabawa 15 orang samseng yang menyerbu
masuk ke dalam pejabat PSM di Taman Lintang Sungai Siput (sila rujuk aduan
polis SSU 2337/1999,SSU 2338/1999,SSU 2339/1999, SS! U 2340/1999, SSU
2341/1999)

Pada 29-11-99 hari mengundi kumpulan samseng yang sama telah menyerang
seorang Juru Video PSM dan menghancurkan kamera video beliau dan merampas
pita video(rujuk laporan polis SSU 2334/99 dan SSU 2308/99)

Pihak kami telah mengenalpasti samseng-samseng yang terlibat serta pemimpin
MIC yang membawa mereka.Kami hairan dan kecewa,individu-individu ini masih
sedang memakai kekerasan dan keganasan untuk menghalangg kami.

Oleh kesemua ini, saya mahu meminta perlindungan polis supaya memastikan
siasatan awam SPR berjalan lancar tanpa sebarang ugutan dan keganasan dan
supaya keselamatan ahli-ahli dan peyokong Parti Sosialis Malaysia terjamin.



-----------------------------
Dr. Jeyakumar



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.

Kirim email ke