*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

saya juga pernah mengalami perkara yg sama. Bila saya sampai di Edinburgh
airport, pintu gate tak leh nak bukak..panik kaw2 jugak lah masa tu. Dtglah
seorg officer tersengih2 sambil cakap dr jauh ..` You must be from
Malaysia...'. I tak leh nak cakap apalah..
senyum kambing ajelah.

At 09:45 PM 10/8/00 -0700, apanama wrote:
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualikum,
>
>Jangan terkejut kalau pasport canggih anda tak lepas 
>di pintu masuk USA.  Dia orang seolah2 dah biasa dengan
>pasport dari Malaysia yang sangkut automatic verification
>ni. Tapi kat sana kalau tak lepas, anda diarahkan kesatu 
>kaunter berasingan, dia orang buat manual checking sikit,
>kemudian lepas. Bagi yang tak pernah kena, mungkin
>berdebar juga; "apa salah aku ni?".  Tapi lepas tu lega
>sebab "pasport canggih kita' rupanya yang bermasaalah.
>
>Sekian
>
>------
>
>From: ab a <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>
>Sent: Saturday, October 07, 2000 8:09 PM
>Subject: H-Net* Susahnya Melalui Autogate di KLIA
>~~~~~
>> Assalamualaikum,
>> 
>> Saya adalah pengguna kepada Passport Canggih Malaysia 
>> (yang mahal tu). Kita terpaksa bayar RM300.00 utk 
>> memiliki Passport Malaysia yang mengandungi 32 muka 
>> surat. Saya pernah menanyakan soalan kenapa ia mahal 
>> sangat sedangkan bilangan muka suratnya hanya 32? jawapan
>> yang diberikan oleh seorang pegawai Imigresen di Ibu 
>> pejabat Bukit Damansara ialah kerana negara kita telah
>> menggunakan kemudahan Autogate di pintu keluar masuk 
>> negara ( yang saya tahu KLIA sahaja). Saya hanya 
>> menganggukkan kepala. Dalam fikiran, mungkin juga,
>> walaupun seseorang tu selalu keluar masuk negara, dia 
>> masih boleh menjimatkan bilangan muka surat passportnya 
>> kerana tidak perlu CHOP dengan menggunakan kemudahan 
>> Autogate. Buat pertama kalinya saya hanya melihat
>> kemudahan Autogate sewaktu pulang dari luar negara, saya
>> beranggapan system itu amat canggih kerana dengan hanya 
>> meletakkan passport pada alat pembaca, segala Identiti 
>> kita akan dipaparkan di skrin TV dan pintu masuk terbuka
>> secara automatik.
>> 
>> Maka tibalah giliran saya menggunakannya. Setelah saya
>> meletakkan passport saya keatas alat pembaca, segala data
>> Identiti saya terpapar siap dengan gambar sekali, tetapi 
>> pintu automatik tidak terbuka. Saya panik, dan pegawai
>> Imigresen yang bertugas pada masa itu mengatakan saya 
>> Special Case. Kerana tidak berpuas hati, saya menanyakan
>> pegawai tersebut, dan dia menceritakan bahawa nama saya 
>> SAMA dengan nama orang yang kena BLACK LIST. So, autogate
>> tidak akan terbuka. Dia menyuruh saya ke Ibu Pejabat 
>> Imigresen Bukit Damansara (IPIBD) untuk menyelesaikan 
>> masalah ini.
>> 
>> Setelah saya merujuk masalah ini di IPIBD, mereka arahkan
>> saya ke bahagian Siasatan dan seterusnya ke bahagian 
>> Keselamatan. Setelah menunggu agak lama, maka datanglah 
>> seorang pegawai bertugas memohon maaf diatas kesilapan 
>> yang berlaku. Dia janji akan perkara ini tidak akan 
>> berulang lagi, hanya berlaku sedikit kesilapan pada data 
>> peribadi saya.
>> 
>> Dan tibalah masanya saya menggunakan perkhidmatan 
>> Autogate KLIA, sekali lagi kejadian yang serupa berulang,
>> dan pegawai Imigresen KLIA mengatakan dia tidak boleh 
>> menolong saya dalam perkara ini, saya kena merujuk ke 
>> IPIBD. Apa bila saja merujuk ke IPIBD, seorang pegawai 
>> yang menjawab panggilan saya mengatakan pihaknya tidak 
>> boleh berbuat apa-apa kerana dah nama saya sama dengan 
>> nama orang kena black list, nak buat macam mana? Saya 
>> menerima penerangan tersebut dengan hati yang agak kecewa
>> dengan perkhidmatan Imigresen Malaysia.
>> 
>> Terfikir di fikiran saya, system yang digunakan itu 
>> adalah ciptaan manusia, tidak kah ia boleh diubah dengan
>> mengesan No. Kad Penganalan sebagai syarat melalui 
>> Autogate daripada menggunakan nama. Saya tidak boleh
>> menggunakan kemudahan tersebut HANYA NAMA SAYA 
>> SAMA DENGAN NAMA ORANG YANG KENA BLACK LIST.. 
>> INI TIDAK ADIL. Cuba bayangkan kalau system Kad 
>> Pengenalan Baru nanti diperkenalkan, tentunya lebih 
>> banyak masalah akan timbul kerana masalah yg sebegini 
>> pun tidak dapat diselesaikan. Bagi orang yg selalu keluar
>> masuk negara, tentunya passport mereka akan habis tak 
>> sampai dua tahun sekiranya tidak menggunakan kemudahan 
>> Autogate. Jadi utk apakah kita membayar RM300
>> sedangkan kemudahan yang disediakan kita tidak dapat
>> menggunakan?
>> 
>> - Pengembara Kecewa..
>
>
>----------------------------------------------------------------------
>Get your FREE ShyMail account!
>http://www.shymail.com/
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: juliana <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke